Ini 7 sebab mengapa payudara anda rasa gatal, hati-hati dengan no #5!

Payudara gatal boleh terjadi kerana masalah hormon atau masalah kulit. Ketahui 7 sebab mengapa payudara anda gatal dan cara untuk mengatasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda keluar membeli-belah atau pergi ke majlis kenduri, tiba-tiba ketika itulah payudara anda rasa gatal. Malu pula nak garu depan orang ramai bila payudara gatal.

Tapi, anda perlu tahu yang payudara gatal bukan saja terjadi kerana anda ada masalah kulit. Ia juga boleh terjadi akibat masalah hormon. Berikut antara beberapa sebab mengapa payudara anda gatal.

Mengapa payudara gatal? Ini 7 sebabnya…

1. Ekzema dan kulit kering

Ekzema merupakan penyakit kulit yang mengakibatkan kegatalan, sakit, bengkak dan kemerahan.

Selain ekzema, penyakit kulit seperti Psoriasis juga akan menyebabkan ketumbuhan plak berwarna merah atau putih di kulit serta pembekakan di seluruh payudara dan rasa gatal.

Pakar kulit, Shari Lipner dari New York menyarankan anda untuk mandi dengan air sejuk atau air suam untuk mengurangkan rasa gatal.

2. Alahan terhadap sabun atau pencuci

Apabila anda mempunyai masalah kulit sensitif, payudara boleh menjadi gatal akibat bahan kimia dari sabun atau pencuci tersebut. Dr. Shari Lipner berkata, ramai yang mengalami ruam sehingga menyebabkan kegatalan kerana terdedah pada sabun atau pencuci secara berlebihan.

Jika kulit anda terasa gatal akibat sabun dan pencuci, anda dinasihatkan untuk menukar kepada sabun tanpa kimia atau sabun yang sesuai dengan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Tidak mandi selepas bersukan

Memakai bra dari bahan yang tidak menyerap peluh biasanya akan menyebabkan kegatalan, lebih-lebih lagi jika selepas bersukan.

Peluh mengandungi garam yamg juga penyebab kegatalan. Anda disaranlan untuk mengganti bra selepas bersukan dan pilih bra serap peluh.

4. Hamil

Kehamilan menyebabkan terjadinya perubahan hormon pada ibu. Pada masa kehamilan, payudara akan mengalami perubahan besar kerana kelenjar payudara mula menghasilkan susu.

Kulit yang merenggang di sekitar payudara akan terasa gatal. Untuk mengurangkan kegatalan, anda boleh sapu losyen atau krim anti alahan pada payudara selepas mandi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya payudara gatal semasa akan hamil akan hilang selepas bersalin dan menyusu.

5. Radang kanser payudara

Radang kanser payudara terjadi akibat dari sel kanser masuk melalui kelenjar dan kulit di sekitar payudara.

Berbeza dengan payudara biasa yang dikesan melalui benjolan, radang kanser payudara ini juga boleh dikesan melalui kegatalan, ruam dan kulit yang kelihatan seperti bekas gigitan di payudara.

Jika anda mengalami kegatalan dan sudah mencuba pelbagai cara untuk sembuhkannya, anda perlu segera berjumpa pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Menyusu

Ketika menyusu, susu yang melekat di payudara dan puting boleh menyebabkan kegatalan jika ia tidak dibersihkan. Jika bayi suka menggigit puting juga boleh menyebabkan kegatalan.

Anda perlu kerap bersihkan payudara sebelum dan selepas menyusu.

7. Datang bulan

Payudara akan menjadi lebih sensitif apabila disentuh semasa datang bulan. Payudara juga mudah merasa gatal kerana perubahan hormon yang kita alami semasa datang bulan.

Ketika perubahan hormon terjadi, payudara mengalami pembedaran dan kulit renggang menyebabkan kegatalan.

Menjaga kebersihan payudara dengan mandi setia hari dan buka bra sebelum tidur boleh mencegah payudara gatal. Jika payudara anda gatal disertai rasa sakit dan bengkak, anda harus segera berjumpa pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan : theAsianparent Indonesia

Baca juga

6 perubahan pada tubuh badan ini petanda anda sebenarnya sakit!

Penulis

Nadia Ghafar