5 Sebab Kenapa Payudara Anda Rasa Gatal Semasa Menyusu

undefined

Payudara gatal ketika menyusukan anak memang tak selesa dan mengganggu penyusuan. Jadi, ketahui apa penyebab dan cara untuk mengatasinya.

Ramai ibu yang mengalami beberapa masalah semasa menyusukan anak, dan payudara gatal adalah salah satu darinya. 

Walaupun ia bukannya satu masalah besar, kadang-kadang ia boleh mengganggu proses penyusuan.

Jadi, ini apa yang anda perlu tahu tentang 5 penyebab payudara anda gatal semasa menyusu dan cara untuk mengelakkannya dari terjadi.

5 penyebab payudara gatal ketika menyusu anak

Penyebab payudara gatal #1 Jangkitan kulat susu

payudara gatal, gatal pada payudara, payudara gatal semasa menyusu, puting gatal, puting payudara gatal

Nama saintifik untuk kulat susu adalah Candidi. Ia adalah sejenis kulat yang dijumpai di beberapa anggota badan.

Tapi kulat ini boleh bertambah dan menyebabkan jangkitan pada tempat-tempat yang lembap seperti di kawasan puting. Kulat susu biasanya penyebab utama payudara gatal semasa menyusu.

Tanda jangkitan kulat susu:

  • Kulat biasanya menjangkiti kawasan puting dan areola yang sentiasa lembap. Kegatalan disertai dengan rasa sakit, lebih-lebih lagi selepas menyusukan anak.

Satu cara untuk mengetahui sama ada anda ada kulat susu atau tidak adalah untuk periksa mulut bayi anda.

Jika lidah bayi anda mempunyai lapisan berwarna putih, kemungkinan besar ia adalah kulat.

Penyebab payudara gatal #2 Mastitis

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/jpg0402f1.jpeg Inilah mastitis; perjuangan penyusuan ibu yang ramai tak sedar

Mastitis adalah pembengkakan payudara kerana susu tersumbat.

Bakteria boleh masuk ke dalam saluran susu melalui puting yang merekah atau luka dan menjangkiti saluran susu dan lemak tisu yang menyebabkan jangkitan payudara.

Tanda masalah mastitis:

Penyebab payudara gatal #3 Strech marks

payudara gatal, gatal pada payudara, payudara gatal semasa menyusu, puting gatal, puting payudara gatal

Sumber: YouTube

Payudara anda penuh dengan susu semasa laktasi dan ia boleh menyebabkan kulit di sekitar payudara merenggang dan membentuk garisan renggangan (strech marks). Strech marks antara punca kenapa payudara gatal.

Tanda gatal payudara kerana kesan renggangan:

  • Garisan halus berwarma merah jambu pada payudara.
  • Kulit merenggang dan kering. Pelembap boleh membantu mengurangkan rasa gatal dan tak selesa.

Penyebab payudara gatal #4 Penyakit kulit

Penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis boleh menyebabkan bengkak, kegatalan dan kemerahan pada kulit.

Salah satu kategori ekzema adalah sentuhan dermatitis yang terjadi akibat sentuhan berterusan pada kulit. Ini memberi kesan kepada kulit payudara ataupun puting dan menyebabkan kegatalan.

Tanda-tanda:

  • Penyakit kulit menyebabkan kulit menjadi kering dan sensitif. Kegatalan yang melampau dan menjadi lebih teruk bila anda garu.
  • Jika ekzema ada pada puting atau areola, anda akan perasan kulit kering dan bersisik di kawasan tersebut.
  • Ekzema tak berjangkit, jadi anda tak perlu risau jika ia akan menjangkiti bayi anda.

Penyebab payudara gatal #5 Jangkitan kulit

payudara gatal, gatal pada payudara, payudara gatal semasa menyusu, puting gatal, puting payudara gatal

Sumber: YouTube

Banyak jangkitan kulit yang boleh menyebabkan payudara gatal. Beberapa contohnya adalah kudis dan kurap.

Tanda-tanda:

  • Kudis boleh menyebabkan ruam halus dan garisan merah pada sekitar puting payudara.
  • Kurap pula adalah jangkitan kulat yang bukan disebabkan oleh cacing. Ia akan membentuk ruam berbentuk bulat biasanya di bahagian bawah payudara.

Cara untuk mengurangkan atau mengelak payudara gatal

  1. Pastikan payudara anda kering: Letakkan pad dalam bra untuk menampung susu lebih pada puting. Anda juga boleh meletakkan bedak anti kulat pada bawah payudara untuk mengeringkan kawasan payudara.
  2. Lap puting dan payudara setiap kali selepas menyusu: Gunakan kain yang dah direndam dalam air hangat untuk membersihkan payudara setiap kali selepas menyusu. Ia akan membersihkan air liur bayi yang boleh menyebabkan kulit rasa tak selesa jika dibiarkan.
  3. Gunakan pelembab: Jika puting anda gatal dan merekah, gunakan pelembab bayi dan basuh puting sebelum meletakkan pelembab.
  4. Pakai pakaian longgar: Baju atau bra yang ketak boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan iritasi jika anda mempunyai ekzema. Jadi pilih pakaian yang longgar dan seleasa.
  5. Kekalkan jadual menyusu yang tetap: Buat jadual menyusu dan cuba untuk mengikutinya. Ia boleh membantu payudara anda untuk kering pada masanya dan mengelakkan bengkak susu.

Payudara gatal ketika menyusu boleh mengganggu anda, lebih-lebih lagi jika ia disebabkan oleh jangkitan kulat atau parasit. Tapi, keadaan ini boleh dirawat dengan rawatan yang betul.

Bila payudara dah tak gatal, anda boleh menyusukan bayi anda semula seperti biasa dan berikan mereka nutrisi terbaik yang mereka boleh dapat.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga

6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!