Payudara kecil susu sedikit, betul ke?
Apabila saya dapat tahu yang saya hamil, perkara pertama sekali yang saya risau adalah tentang saiz payudara saya. Sebenarnya, payudara saya kecil saja. Ramai mengatakan payudara kecil susu sedikit.
Jadi saya pun panik. Betul ke? Apa yang saya patut buat untuk meningkatkan susu badan saya?
Selepas kandungan masuk 5 bulan, saiz payudara saya mungkin naik satu saiz cup (Alhamdulillah, saya excited gila ada payudara besar sikit hehehe), tapi ada pula makcik-makcik bawang yang memerli saya…
“Kecil je breast awak itu. Cukup ke nak menyusu nanti? Nanti anak tak cukup makan pula!”
Amboi. Pedih betul kata-katanya hingga saya balik menangis! Tapi itu semua tak mematahkan semangat saya untuk menyusu badan pada si manja.
7 tips penting tentang payudara kecil susu sedikit
Selepas mendengar kata-kata makcik bawang itu, saya pantas mencari jawapan tentang isu payudara kecil susu sedikit.
Ini antara 7 tips penting yang ibu-ibu hamil boleh amalkan jika kalian risau tentang payudara kecil susu sedikit hingga tak boleh menyusu anak.
Jangan dengar kata-kata orang itu!
#1 Buat kajian tentang penyusuan badan
Memang kedengaran macam logik saja bila orang cakap payudara kecil ini susu badannya sikit saja. Tapi itu sebenarnya adalah mitos!
Menurut Baby Center, saiz payudara TIADA KAITAN dengan berapa banyak susu badan yang anda hasilkan.
Jadi ibu-ibu dengan payudara kecil jangan risau yang kalian takkan bagi anak cukup susu badan. Buat kajian tentang penyusuan badan.
Cari tanda-tanda apa yang menunjukkan bekalan susu badan rendah. Lebih baik anda percaya kajian dari percaya kata-kata orang!
Tips dari saya: Cuba anda baca panduan lengkap tentang proses menyusu badan ini. Ia amat membantu saya!
#2 Beli bra menyusu yang selesa
Kebanyakan bra menyusu sedikit besar umpama hanya sesuai untuk ibu dengan payudara besar saja, kan? Habis ibu-ibu dengan payudara kecil ini macam mana pula?
Jangan risau. Anda bukan terabai untuk selama-lamanya. Walaupun anda tak perlu bra menyusu dengan sokongan tambahan, tapi anda tetap perlu cari bara yang selesa.
Tips dari saya: cari bra menyusu yang senang anda boleh buka, selesa dan fleksibel untuk dipakai dengan apa saja.
#3 Cuba posisi menyusu yang berbeza-beza
Pada mulanya, memang susah nak dapat latching yang betul jika kita memiliki payudara yang kecil. Salah satu laman web terkenal untuk tips penyusuan badan menyarankan ibu payudara kecil mencuba posisi menyusu gaya ‘C’.
Gaya ini dapat membantu anak anda mendapatkan latching yang lebih baik. Satu lagi, dengan posisi menyusu ini, ibu boleh bersandar dan relaks. Ini akan melancarkan lagi penyusuan.
#4 Jangan terlalu stres
Jangan stres sangat mendengar kata-kata makcik bawang itu. Anda juga tidak sepatutnya stres memikirkan sama ada susu badan anda cukup atau tidak.
Susu badan bergantung kepada permintaan bayi. Kalau anda mahu susu keluar lebih banyak, bagi susu badan dengan kerap pada bayi anda.
Buat masa sekarang, nikmati saja saiz payudara anda yang baru itu.
#5 Ambil tahu tentang perkembangan anak
Kalau anda risau tentang mitos payudara kecil susu sedikit, apa kata anda track down atau ambil tahu tentang perkembangan anak?
Dengan cara ini saja anda boleh mengetahui sama ada anak mendapat susu badan yang mencukupi atau tidak. Cuba lihat bagaimana najisnya dan berapa berat badan anak.
#6 Payudara kembali ke bentuk asal lepas habis tempoh menyusu
Tapi jangan terlalu berbangga dengan saiz payudara baru anda itu. Selepas anda menghabiskan tempoh menyusu, payudara itu akan kembali ke bentuk asal!
Menurut sebuah kajian, menyusu badan sebenarnya tiada kaitan langsung mengapa payudara menjadi kendur.
Sebaliknya, hal ini terjadi kerana ibu naik berat badan ketika hamil. Jadi jangan risau payudara anda akan mengendur, ya!
#7 Yakin dengan diri sendiri
Tak kisahlah apa saiz payudara anda, anda kena berbangga dan yakin dengan diri sendiri. Anda adalah ibu yang hebat kerana berjaya menyusu dan memberi nutrisi berguna untuk pertumbuhan anak.
Jadi, mengapa anda perlu stres dan rasa dihina pula, kan?
Artikel diterjemah daripada Romper
Kredit gambar: Today’s Parent
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: