Adakah Normal Jika Keluar Susu Semasa Mengandung? Mengapa Ini Terjadi & Apa Ibu Perlu Buat?

undefined

Anda panik apabila mengalami keluar susu semasa mengandung? Jangan panik! Itu adalah cecair kolostrum. Jom semak apa patut anda buat.

Mungkin ada dalam kalangan wanita yang mengalami situasi keluar susu semasa mengandung. Jadi persoalan yang timbul adalah keadaan ini selamat kepada ibu hamil dan bayi yang dikandung?

Jadi apakah sebenarnya susu yang keluar semasa mengandung itu dan sejauh manakah ia selamat untuk ibu dan anak yang dikandung? Ini bermakna bermulanya laktasi pada payudara ibu hamil. Ia adalah tahap pertama laktasi berlaku. 

Laktasi ialah proses menghasilkan dan mengeluarkan susu daripada kelenjar susu dalam payudara anda. Laktasi bermula semasa kehamilan apabila perubahan hormon memberi isyarat kepada kelenjar susu untuk membuat susu sebagai persediaan untuk kelahiran bayi anda. 

Keluar susu semasa mengandung, adakah ia normal?

Oleh itu, ia adalah benar-benar normal apabila keluar susu semasa mengandung daripada payudara anda kerana kolostrum iaitu susu pertama yang dibuat oleh payudara anda.

Payudara anda telah pun menghasilkan makanan berprotein tinggi ini sebagai persediaan untuk kelahiran bayi anda, sejak kira-kira 14 minggu kehamilan.

Sesetengah wanita mengeluarkan kolostrum, manakala ada wanita lain yang langsung tidak mengalaminya. Keadaan ini tidak akan memberi sebarang perbezaan kepada jumlah susu yang anda hasilkan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.

Ia juga biasa jika anda keluar lebih banyak cecair daripada payudara semasa mengandung ketika anda sedang berhubungan seks dengan suami.

Kolostrum itu apa?

keluar susu semasa mengandung

Kenapa ada kesan cecair dari payudara pada bra saya? Apabila puting dipicit, keluar pula cecair melekit yang berwarna oren kekuningan.  Adakah ini susu badan?  Tapi kenapa payudara saya sudah ada susu badan? Saya masih hamil dan bayi saya belum keluar lagi!

Jangan terkejut ibu-ibu hamil semua. Cecair melekit itu bukan susu atau nanah tetapi sebenarnya ia adalah kolostrum. Kolostrum adalah cecair yang kaya dengan nutrien untuk bayi anda. Cecair keluar dari payudara ketika hamil juga dikenali sebagai cecair emas susu ibu.

Lihat gambar perbandingan di atas antara kolostrum (payudara anda keluar cecair ini) dan susu ibu (kanan).

Kolostrum rendah lemak, kaya dengan karbohidrat, protein, dan antibodi1 untuk membantu menjaga kesihatan bayi. Ia kelihatan sedikit kekuningan dan likat daripada susu ibu. 

Anda akan merasakan puting payudara anda sedikit melekit apabila kolostrum keluar kerana ia likat dan menyebabkan puting anda melekit. 

Adakah kolostrum bagus untuk si manja?

Ya! Sudah tentu cecair keluar dari payudara ketika hamil atau kolostrum bagus untuk bayi. Kolostrum2 biasanya keluar dalam jumlah yang sedikit (beberapa sudu teh saja), tapi ia sangat tepu dengan sel hidup yang boleh melindungi bayi dari pelbagai penyakit.

Kepekatan antibodi dalam kolostrum jauh lebih tinggi berbanding dengan susu matang. Ia juga sangat mudah untuk dihadam. Oleh itu kolostrum adalah makanan pertama yang sempurna dan sesuai untuk keperluan bayi anda.

Peralihan daripada kolostrum ke susu badan sebenar

Kolostrum akan berubah menjadi susu matang secara beransur-ansur pada 2 minggu pertama selepas anda bersalin. Semasa peralihan ini, kepekatan antibodi dalam susu akan semakin kurang, dan jumlah susu ibu akan bertambah.

Susu anda juga akan berubah warna menjadi lebih putih dan kepekatannya semakin berkurang.  Namun, jangan khuatir. Ini tidak bermakna bayi anda akan kehilangan kekebalan dan terdedah pada penyakit apabila kolostrum sudah habis. Kolostrum memang tidak selamanya keluar. 

Bayi anda masih akan menerima perlindungan dari susu ibu3 untuk virus dan bakteria yang berbeza. Susu ibu memang terbaik untuk bayi jadi jika bukan kolostrum yang keluar anda tidak perlu risau. Teruskan saja penyusuan anda.

Mengapa keluar susu semasa mengandung?

Adakah Normal Jika Keluar Susu Semasa Mengandung? Mengapa Ini Terjadi & Apa Ibu Perlu Buat?

Pengeluaran kolostrum adalah proses laktasi tahap pertama lakogenesis. Ini bermula sekitar minggu ke-16 kehamilan dan berlangsung sehingga beberapa hari selepas anda bersalin.

Estrogen dan progesteron meningkat dan menyebabkan saluran susu anda membesar dalam bilangan dan saiz. Ini menyebabkan payudara anda menjadi lebih berisi. Kelenjar susu anda mula bersedia untuk pengeluaran susu.

Puting anda menjadi gelap dan areola anda menjadi lebih besar. Kelenjar Montgomery anda iaitu benjolan kecil pada areola merembeskan minyak untuk melincirkan puting anda.

Badan anda mula membuat kolostrum. Ia sangat berkhasiat dan mengenyangkan serta berfungsi sebagai susu pertama bayi anda.

Ramai ibu tidak menyedarinya kerana mereka mungkin tidak mengalami kebocoran ketika hamil. Ia hanya berlaku kepada sesetengah ibu hamil saja.

Peringkat kedua lakogenesis adalah peringkat yang bermula kira-kira dua atau tiga hari selepas bersalin. Ia adalah apabila pengeluaran susu meningkat. Sebaik sahaja bayi dan plasenta anda keluar, penurunan mendadak dalam estrogen dan progesteron anda menyebabkan hormon prolaktin mengambil alih.

Prolaktin adalah hormon yang menghasilkan susu. Anda akan dapati pengeluaran susu anda meningkat secara mendadak pada peringkat ini. Payudara anda sering berdenyut dan membengkak (atau terlalu penuh dengan susu) sehingga rasa sakit yang teramat hingga ada ibu yang mungkin demam. 

Peringkat ketiga lakogenesis adalah sepanjang proses penyusuan.  Laktasi secara amnya berterusan selagi susu dikeluarkan dari payudara anda.

Lebih banyak susu yang dikeluarkan, lebih banyak susu yang dihasilkan oleh badan anda untuk menggantikannya. Penyusuan yang kerap atau mengepam akan menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak susu. Jangan risau sekiranya susu anda banyak kerana anda boleh buat stok jika anda ibu bekerja.

Apa yang penting jangan stres dan nikmati perjalanan penyusuan anda dengan tenang dan gembira. 

Perlukah saya bimbang jika payudara selalu bocor ketika hamil?

Adakah Normal Jika Keluar Susu Semasa Mengandung? Mengapa Ini Terjadi & Apa Ibu Perlu Buat?

 

Tidak, anda tidak perlu bimbang kalau payudara asyik keluar kolostrum apabila anda hamil. Keadaan ini adalah gejala biasa yang sering dialami oleh semua ibu-ibu hamil. 

Payudara sesetengah ibu hamil boleh mula bocor pada minggu ke-14. Ada yang mengalaminya kemudian, dan ada yang langsung tidak akan mengalaminya!

Kadang-kadang payudara anda mungkin bocor sebelah sahaja, ataupun dua-duanya sekali. Kuantiti cecair yang keluar juga bergantung kepada individu. Badan anda cuma sedang membuat persiapan untuk mula menyusukan anak sebab itulah keluar susu semasa mengandung.

Perlukah saya bimbang jika payudara saya tidak keluarkan cecair semasa hamil?

Anda tidak perlu merasa bimbang kerana tidak semua wanita hamil akan mengalami susu keluar sebelum bersalin. Ada ibu yang hanya mengalami payudara penuh dan bengkak saja tetapi ia tidak mengeluarkan sebarang cecair.

Mungkin ada ibu tertanya-tanya, bilakah susu badan akan terhasil kerana ada sesetengah wanita, payudara anda kering sepanjang kehamilan dan tidak mengeluarkan susu atau kolostrum. Namun anda tidaklah perlu terlalu bimbang kerana ia akan keluar bila anda bersalin nanti.

Jika payudara rasa terlalu penuh, mungkin anda boleh tuam payudara anda. Ada ibu hamil yang tidak dapat menahan sakit apabila payudara mula membengkak.

Anda juga boleh mengelak memakai bra yang terlalu ketat hingga menyebabkan payudara ‘lemas’ dan anda terpaksa menanggung kesakitan dan tidak selesa. Jika berada di rumah, tidak perlulah pakai bra untuk keselesaan anda. 

Payudara membengkak ketika hamil adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. 

Apa yang saya patut lakukan jika payudara bocor?

keluar susu semasa mengandung

Untuk ibu-ibu yang mengalami kebocoran yang banyak kerana keluar air susu semasa mengandung, anda boleh menggunakan breast pad di dalam bra. Breast pad ini direka khas untuk menyerap kolostrum dan mencegah kebocoran yang tidak diingini.

Terdapat dua jenis breast pad dalam pasaran yang boleh membantu: breast pad pakai buang ataupun breast pad jenis kain yang lebih mesra alam. 

Brest pad ini mencegah daripada susu membasahi bra anda dan menyebabkan baju basah dan ketidakselesaan kepada anda. Terdapat pelbagai jenis pad di pasaran termasuklah yang jenis pakai buang dan ada juga yang anda boleh basuh dan guna semula. 

Bagi ibu-ibu di luar sana yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi, kami harap perjalanan anda sentiasa lancar. 

Semoga bermanfaat.

  1. Cleveland Clinic (December 16, 2021). Lactation. my.clevelandclinic.org/health/body/22201-lactation
  2. American Academy of Pediatrics (March 1,2012). Breastfeeding and the Use of Human Milk. pediatrics.aappublications.org/content/129/3/e827
  3. Le Leche League International. Breastfeeding without giving birth (March 20, 2020). www.llli.org/breastfeeding-without-giving-birth-2/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tanda-Tanda Susu Badan Kurang Selepas Bersalin, Ini Punca & Cara Atasinya!

Baca juga: Tambah & Lancar Susu Badan Ibu Dengan Urutan Payudara Oketani, Ibu Menyusu Boleh Cuba Ya!

Baca juga: Susu Badan Berkurang? Ikhtiar Dengan 5 Supplement Tambah Susu Badan Yang Berkesan Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!