Pelaku pedofilia sekarang cari mangsa melalui telefon pintar

Kegunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak boleh menjadi isu bukan sahaja dalam segi privasi, tetapi dalam segi keselamatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telefon pintar memang satu keperluan dan kemudahan untuk ibu bapa berkomunikasi bersama anak-anak mereka, terutamanya pada waktu kecemasan – tetapi bagaimanakah kita memastikan kesalamatan kanak-kanak terjamin?

Walaupun pelbagai aplikasi media social seperti WeChat, WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter mempunyai banyak kebaikan untuk berkongsi maklumat bersama ahli keluarga dan rakan-rakan, kanak-kanak yang menggunakan teknologi ini juga boleh terdedah kepada individu yang tidak dikenali.

Di Kuala Lumpur, WeChat paling kerap digunakan untuk mencari mangsa

Berbanding laman media sosial lain, aplikasi WeChat antara aplikasi sosial yang paling kerap digunakan oleh pelaku pedofilia untuk mencari mangsa pada 2015,

Memetik laporan Bernama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Ong Chin Lan berkata dalam tempoh itu, sebanyak 138 daripada 184 kes kanak-kanak mengenali pelaku pedofilia di seluruh negara melalui aplikasi WeChat.

Kanak-kanak belum akil baligh senang menjadi mangsa pelaku pedofilia

Tegas Dr Mariani Md Nor, seorang pakar Psikologi Universiti Malaya, golongan kanak-kanak belum akil baligh merupakan golongan yang perlu dipantau kerana senang menjadi mangsa pelaku pedofilia.

“Kumpulan ini (kanak-kanak) suka bercakap dengan mereka yang suka bercakap dengan mereka. Mereka juga perlukan perhatian jikalau ibu bapa tiada di rumah kerana sedang bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pelaku pedofilia ini pula pandai mencari mangsa dan akan menggunakan telefon pintar ini untuk mencari mangsa. Golongan ini juga pandai ambil hati. Kanak-kanak ini pula teruja apabila ada orang yang melayan dan berkomunikasi bersama mereka,” kata Dr Mariani ketika dihubungi Astro AWANI.

Nasihat: Lebih baik beri telefon pintar kepada anak-anak yang sudah akil baligh

“Umur tujuh atau lapan tahun tidak sesuai lagi. Kalau umur lebih kurang 11 tahun, mereka sudah berdikari tetapi ibu bapa kena beri nasihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap pelaku pedofilia mempunyai keinginan yang berbeza.

“Jangan ingat mereka suka kanak-kanak perempuan sahaja. Kanak-kanak lelaki juga boleh jadi mangsa. Jadi ibu bapa perlu berjaga-jaga tidak kira jantina anak-anak mereka,” katanya.

Sumber Berita: Astro AWANI

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan