Jenayah Seksual Di Tempat Awam, Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Terjadi?

" Selepas memasuki kereta api, dia ternampak suspek melihat dia dengan muka yang miang dan kemudiannya telah membisik kata-kata lucah terhadapnya."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenayah seksual merupakan kes yang berat yang perlu ditangani segera!

Polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah menahan seorang lelaki yang disyaki mengganggu seorang penumpang wanita secara jenayah seksual di dalam kereta api LRT Kelana Jaya pada Isnin Mac 13.

"Pasukan polis bantuan kami telah mula bertindak sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu ... apabila penumpang wanita, Nur Dini Van Haeren, seorang pelajar berusia 21 tahun di sebuah universiti swasta di Lembah Klang, mencatatkan status (dalam) Facebook.

"Kami bercakap dengan Dini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rakaman suspek dari rakaman CCTV kami.

"Kami cuba mencari suspek untuk beberapa hari kebelakangan ini, dan kami gembira untuk berkongsi bahawa dia telah berjaya ditahan di stesen LRT Taman Jaya semalam," kata Dato Ir. Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana yang mengendalikan perkhidmatan rel bandar Rapid KL.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suspek berusia 37 tahun dari Lembah Subang, Selangor, telah menyerah diri kepada polis selepas dikenalpasti oleh Dini semalam.

Pada 13 Mac, Dini telah menaiki kereta api di Stesen LRT Kelana Jaya, dalam perjalanan ke pusat bandar. Selepas memasuki kereta api, dia ternampak suspek melihat dia dengan muka yang miang dan kemudiannya telah membisik kata-kata lucah terhadapnya.

Dini, bagaimanapun, terlalu takut dan malu untuk bertindak balas.

Kemudian hari itu, Dini berkongsi pengalaman beliau di Facebook, mengatakan bahawa dia sepatutnya melakukan lebih untuk melindungi dirinya pada ketika itu, seperti menjerit atau memberitahu penumpang lain mengenai pelaku beliau di tempat kejadian.

Dini berkata pasukan Prasarana itu bertindak balas terhadap mesej beliau di Facebook, dan mereka juga menghantar e-mel kepada beliau dengan cara yang paling cepat dan paling berkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Mereka terus meghubungi saya mengenai kejadian itu, dan mereka mengambil perkara itu dengan serius. Ibu bapa saya dan saya sangat kagum, dan sudah tentu, bersyukur.

"Pasukan itu bersama saya sepanjang proses itu, selepas kejadian itu dilaporkan kepada mereka. Kami mengagumi dedikasi dan usaha mereka yang berterusan dalam menangkap pelakunya, dan juga profesionalisme mereka dalam mengendalikan perkara itu, " kata Dini dan ibu bapanya semalam.

Zohari mengingatkan penumpang untuk tetap waspada dan tenang sekiranya mereka menghadapi sebarang keadaan yang tidak menyenangkan dan maklumkan kakitangan dengan segera untuk mendapat sokongan dan bantuan daripada polis bantuan, atau penumpang berdekatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa tips keselamatan diri untuk memastikan perjalanan LRT anda selesa dan selamat dari jenayah seksual:

Sentiasa berwaspada dan tenang- Jangan menunjukkan ketakutan anda kepada mereka. Jika mereka mendapati anda takut, mereka akan menjadi lebih berani untuk kacau anda.

Dapatkan perhatian- Anda boleh menjerit pada pelaku untuk menarik perhatian kepada diri sendiri. Pelaku akan berasa tidak selesa dengan semua perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dapatkan bantuan- Jika anda dalam LRT, terdapat polis bantuan di setiap perhentian, pastikan anda membuat aduan rasmi dan membiarkan polis melakukan kerja mereka. Sebaik sahaja anda membuat aduan, polis akan menyiasat.

Merakam tindakan mereka- Untuk membantu memudahkan siasatan polis, cuba untuk merakam tingkah laku mereka, terutamanya muka mereka untuk memudahkan pihak polis mengenalpasti dan menangkap mereka.

Gambar dan rencana daripada Malay Mail Online

Rencana juga diterjemahkan daripada NST.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh