Pelihara kucing sememangnya menjadi perkara yang disukai oleh segelintir individu. Binatang ini digemari ramai orang kerana kecomelannya dan merupakan haiwan kesayangan Rasulullah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Anak teringin pelihara kucing jalanan yang dijumpainya
- Anak pelihara kucing jalanan pilih nama Tupperware kerana yakin ibu tidak akan buang
Anak teringin pelihara kucing jalanan yang dijumpainya
Jika sebelum ini, nama-nama kucing yang biasa diberikan adalah Comel, Oyen, Princess, Blacky dan sebagainya.
Tapi berlainan pula dengan kes kali ini di mana seorang kanak-kanak memberikan nama ‘Tupperware’ kepada kucingnya.
Difahamkan dia bertindak sedemikian gara-gara takut kucing yang ditemui itu akan dibuang oleh ibunya.
Anak ingin pelihara kucing jalanan pilih nama Tupperware kerana yakin ibu tidak akan buang
Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa dia pilih nama ‘Tupperware’? Sebenarnya ada makna di sebalik pemilihan nama tersebut.
Ini kerana tupperware adalah barangan kesayangan kebanyakan ibu. Malah, tupperware yang ada di rumah ada meskipun sampai 100 biji sekalipun, jikalau satu hilang dari ‘radar’, para ibu pasti akan perasan.
Oleh disebabkan itu, kanak-kanak ini memilih nama berkenaan untuk diberikan kepada kucing tersebut supaya tidak akan dibuang oleh ibunya.
Pintar betul anak ini. Jauh pula dia fikir sampai sanggup beri nama ‘Tupperware’. Bayangkan kalau nak panggil kucing tu, “Tupperware, oh Tupperware!”. Kreatif juga!
Kesimpulannya, berikanlah keizinan pada anak yang ingin membela kucing. Hal ini sekaligus mampu mendidik mereka berbuat baik dengan binatang dan lebih berdisiplin dalam menguruskannya.
Misalnya memberi makan, membersihkan sangkar dan memandikan kucing. Meskipun ada sesetengah ibu kurang menggemari kerana risau akan bau yang kurang senang, ketahuilah bahawa penjagaan haiwan yang betul dapat mengelakkan ia berlaku. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: (Video) Bayi Perempuan Ini Cuba Berbicara Dengan Kucing Kesayangannya, Comel Sungguh!
Baca juga: Kucing Mati Selepas Tangan Digunting Budak Nakal, Parent WAJIB Didik Anak Sayangkan Haiwan