Ini antara dilema dialami wanita, keinginan ingin bersama suami memang selalu ada, tapi ada satu perkara yang jadi halangan iaitu rasa pedih dan perit ketika bersama. Tapi pernahkah anda cuba pelincir faraj?
Walaupun dalam masyarakat kita bercakap soal seks dan rumah tangga biasanya dianggap taboo, tetapi kita harus sedar perkara sebegini kadang kala menganggu rumah tangga.
Sedangkan ia sebenarnya boleh diselesaikan jika kita cuba ikhtiar. Jika suami masalahnya adalah ejakulasi pramatang, tetapi bagi isteri rasa pedih dan perit ketika zakar masuk ke dalam faraj antara perkara yang digeruni.
Pelincir faraj elak pedih ketika bersama suami
Jika suami memahami, dia mungkin faham dan bantu anda. Tetapi kadang kala sebagai isteri kita takut suami kecil hati pula bila berterus terang, sedangkan soal seks seharusnya ada komunikasi bersama kerana it takes two to tango!
Jadi di samping berterus terang, eloklah kita juga berusaha menjadi jalan bagaimana untuk mengurangkan perkara yang boleh menganggu keseronokan seks bersama suami.
Aktiviti seksual yang sepatutnya menyeronokkan menjadi tidak syok dan mengerikan apabila berlakunya perkara seperti ini dan ia sekaligus boleh menggangu keseronokan seks anda bersama suami.
Jadi, anda boleh cuba pelincir faraj untuk kembalikan semula keseronokan atau selesaikan masalah faraj pedih ini.
Apakah pelincir faraj?
Pelincir faraj ini biasanya akan terhasil sendiri oleh faraj apabila wanita terangsang secara seksual. Sebab itulah, suami perlu ambil sedikit masa untuk warm up isteri supaya mereka berada dalam keadaan bersedia saat zakar dimasukkan ke dalam faraj.
Bila isteri tidak bersedia atau betul-betul terangsang, disebabkan itu farajnya masih kering dan boleh mendatangkan kesakitan dan pedih.
Namun ada juga sesetengah kes, tubuh hanya mengeluarkan pelincir yang sedikit kesan daripada perubahan hormon, proses menopaus, penuaan atau ubat. Oleh itu, sekiranya melakukan seks wanita akan terasa sakit dan boleh mengganggu lapisan faraj.
Anda boleh cuba gunakan pelincir faraj
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, dicadangkan untuk menggunakan pelincir faraj. Pernahkah anda mencuba pelincir faraj buatan atau lebih dikenali sebagai lubricant?
Kalau anda selalu rasa sakit, lubricant mungkin satu benda yang anda perlu consider! Lubricant ini bukan saja mengurangkan geseran yang menyebabkan kesakitan tetapi juga boleh menaikkan ghairah aktiviti seksual itu.
Selain itu, lubricant ini sangat membantu pengantin yang pertama kali melakukan hubungan intim, rasa terbakar pada kulit, atau vagina yang terlalu ketat.
Jenis-jenis pelincir
#1. Pelincir berasaskan air
#2. Pelincir berasaskan silikon
#3. Pelincir berasaskan minyak
#4. Pelincir semula jadi
Walaupun ada pelbagai jenis pelincir faraj buatan, anda perlu pastikan anda cuba dulu kerana ada yang mungkin tidak sesuai dengan anda.
Ada pelincir yang mempunyai pelbagai bauan yang dikhuatiri tidak sesuai dengan kulit anda.
Ada juga yang mungkin boleh mendatangkan iritasi kepada kulit. Jadi jika anda ada alahan dan sebagainya dengan sesuatu produk, pastikan anda semak dulu kandungan pelincir kerana dikhuatiri kandungan dalam pelincir itu boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda yang akhirnya akan lebih memburukkan keadaan.
Siapa yang ada masalah faraj kering, jenis silikon adalah yang paling baik. Namun kalau anda dalam proses cuba mendapatkan anak pilihlah pelincir yang mesra seperti atau tidak menganggu kesuburan kerana ada sesetengah pelincir ia boleh menjejaskan kualiti kelajuan sperma masuk ke dalam faraj.
Cara buat wanita terangsang
Ada kalanya sukar untuk terangsang menyebabkan faraj wanita kering. Jadi bagaimana caranya untuk buat wanita terangsang? Mungkin anda boleh ajar suami untuk membuatkan anda terangsang.
#1. Lakukan seks lisan
Sebelum anda pergi lebih jauh, sekali sekala ajaklah isteri atau suami buat aktiviti seks lisan untuk warm up hubungan intim kalian. Seks lisan yang dimaksudkan bukanlah oral seks, tetapi ia sebenarya lebih kepada perbualan tentang seks.
#2. Cium leher terlebih dulu
Secara umum, wanita suka lelaki melakukan foreplay sebelum terus kepada seks. Wanita sebenarnya sukakan belaian.
#3. Sentuhan pada bahagian sensitif
Melakukan sentuhan pada bahagian yang sensitif yang lain seperti payudara atau puting payudara kerana kebanyakan wanita mudah terangsang apabila disentuh pada bahagian itu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: huffpost
Baca juga: Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!
Baca juga: Berasmara Dengan Pasangan Di Mana Saja Melalui 7 Cara Seks Mudah & Hangat Ini
Baca juga: Pssst… Ini 10 Posisi Seks Kegemaran Suami Yang Isteri Wajib Tahu Dan Cuba!