app

Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 8 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

Memakai pelitup muka boleh membantu mengurangkan penularan Covid-19 jadi ibu ayah perlu menyediakan pelitup muka dengan perlindungan paling maksimum untuk anak-anak.

Hampir semua kanak-kanak di seluruh dunia digalakkan memakai pelitup muka di sekolah. Malah di Malaysia sendiri, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan pemakaiannya untuk sesi persekolahan.

Namun wabak Covid-19 masih menjadi suatu ancaman keselamatan yang serius lebih-lebih lagi berlaku peningkatan kluster pendidikan ketika ini.

Situasi ini boleh membuatkan ibu bapa atau penjaga hilang keyakinan terhadap keselamatan anak di sekolah.

Penting Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah

Sekolah sebagai tempat berkumpul ramai orang sangat berpotensi menjadi titik penyebaran virus Covid-19.

Tambahan pula ada segelintir anak di sekolah tidak mampu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya anak di usia kecil yang masih tidak memahami kepentingan mengekang penularan wabak ini.

Jadi amat penting bagi ibu ayah memberi pemahaman yang jelas kepada anak-anak sebelum melepaskan mereka ke sekolah.

Dengan memastikan kelas mempunyai pengudaraan yang baik, mengamalkan penjarakan fizikal dan kebersihan diri yang baik, serta memakai facemask Malaysia boleh membantu mengurangkan penularan Covid-19.

Jadi pelitup muka apa yang terbaik untuk kanak-kanak? Dan bagaimana ibu ayah yakin bahawa ia akan melindungi anak-anak daripada jangkitan ini?

Pelitup Muka Mengurangkan Penularan Jangkitan Covid-19

Virus Covid-19 disebarkan melalui titisan cecair atau 'droplet' yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk.

Jika kita berada terlalu dekat dengan pesakit Covid-19, khususnya ketika mereka bercakap atau batuk dan ‘droplet’ itu terkena pada mata atau mulut, ia boleh memberi risiko untuk dijangkiti.

Terdapat bukti dari Amerika Syarikat yang menunjukkan memakai topeng muka di dalam bilik darjah boleh mengurangkan potensi kanak-kanak dijangkiti virus itu daripada rakan sekelas mereka.

Sekolah yang mewajibkan topeng muka hanya mempunyai kira-kira separuh daripada kadar jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berbanding sekolah yang tidak mewajibkan pemakaiannya.

Walaupun kajian klinikal rawak yang memfokuskan pada penggunaannya di sekolah tidak disediakan, data daripada ujian penggunaan topeng muka dalam komuniti yang lebih besar menyokong keupayaan mereka untuk mengurangkan bilangan kes Covid-19 yang bergejala dalam komuniti.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesyorkan penggunaan topeng muka pada pelajar berumur 12 tahun ke atas, dan pada pelajar berumur enam hingga 11 tahun di bawah pengawasan yang sewajarnya.

Penutup muka tidak menjejaskan keupayaan anak-anak untuk bernafas, jadi ia selamat digunakan. Walau bagaimanapun, anak-anak yang berkeperluan khas mungkin berdepan kesukaran jika memakainya dan ini harus dinilai berdasarkan kes demi kes.

Pilih Pelitup Muka Yang Beri Perlindungan Maksimum

 

Apabila memilih topeng muka untuk anak-anak, ibu ayah perlu menitikberatkan kesesuaiannya pada muka anak.

Perlu diingatkan, ia perlu dipakai secara kemas, bertutup serapat mungkin. Jika terlalu longgar dan mempunyai ruang terbuka di bahagian hidung dan dagu, tidak ada guna memakainya.

Jika anak tidak selesa juga boleh memberi kesan kepada pemakaiannya. Mereka cenderung untuk menanggalkannya jika dirasakan tidak selesa atas faktor-faktor seperti sukar bernafas dan bercakap, panas, atau terlalu ketat.

Jadi kami senaraikan beberapa jenis facemask terbaik yang boleh anda sediakan untuk anak-anak sebelum ke sekolah.

1. Pelitup muka 3 lapisan pembedahan

Biarpun topeng muka N95 adalah paling baik, namun ia tidak direka untuk kanak-kanak. Memakai jenis tiga lapisan sudah memadai.

Penutup muka jenis tiga lapisan adalah jenis facemask yang selalu digunakan pegawai perubatan dan kesihatan mampu menapis bakteria pada kadar 80 peratus.

Ianya direka untuk melindungi pemakai daripada semburan atau percikan yang boleh memasuki hidung dan mulut pemakai serta boleh menapis keluar zarah besar di udara dan memastikan zarah dari pemakai tidak disebarkan.

Ruang di tepi pelitup membuatkan topeng muka jenis ini kurang berkesan jadi sebelum dipakaikan pada anak, mama boleh memperbaikinya dengan mengikat gelung telinga.

Topeng muka ini jenis pakai buang, jadi mama haruslah ingatkan anak-anak untuk menukarnya dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman terus membiak.

Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) menegaskan topeng muka jenis satu dan dua lapisan yang terdapat dalam pasaran tidak berkesan untuk mencegah wabak berkenaan, jadi hati-hati ya baca dulu label sebelum membelinya, pastikan 3 ply ok?

2. Pelitup muka KF94

Jika mahukan perlindungan yang lebih maksimum, ibu ayah juga boleh memilih jenis KF94 yang memiliki mempunyai keupayaan menapis sehingga 94 peratus zarah di udara.

Direka khas untuk kesesuaian kepada semua bentuk wajah, KF94 menutup bahagian atas dan bawah selain boleh membentuk lekukan kecil di atas hidung yang memudahkan anak anda bernafas apabila memakainya.

Pada mulanya KF94 diperkenalkan di Korea Selatan sebelum ia menembusi pasaran global. Disebabkan itu topeng muka ini menjadi pilihan anak remaja kerana terikut-ikut dengan trend semasa di samping rekaannya yang agak stylish untuk digayakan.

3. Pelitup muka fabrik

Penutup muka fabrik biasanya lebih sesuai digunakan kanak-kanak kerana rekaan dan cetakan yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk memakainya namun sejauh mana ianya berkesan dalam membendung wabak COVID-19?

Jangan risau ya ibu ayah kerana WHO turut menyarankan pemakaian topeng muka fabrik bagi mengekang penularan wabak.

Menurut WHO, hanya pelitup fabrik tiga lapisan yang disarankan bagi mengekang penularan Covid-19 iaitu lapisan yang mempunyai kesan hidrofilik dan hidrofobik.

Namun perlu diingatkan ia hanya sesuai digunakan jika si kecil anda adalah golongan yang tidak mengalami gejala pernafasan, tidak berada di tempat jangkitan Covid-19 tersebar luas dan penjarakan sosial diamalkan.

Tip Pemakaian Pelitup Muka Untuk Kanak-Kanak

  • Elakkan menyentuh permukaan luar topeng muka. Memakai dan menanggalkan topeng muka dengan menggunakan gegelung telinga sahaja. Ini kerana jika pelitup muka ini menjalankan tugasnya dengan berkesan, mungkin terdapat virus di bahagian luar pelitup muka.
  • Pastikan tangan dibasuh atau disanitasi selepas menyentuh topeng muka yang telah digunakan.
  • Asingkan penutup muka yang disimpan dengan barangan lain. Ini penting untuk mengelakkan ia tercemar dengan barangan lain.
  • Pastikan topeng muka menutup hidung dan mulut.
  • Jika memilih topeng muka fabrik, basuh topeng muka selepas setiap kali penggunaan. Lebih baik jika mempunyai beberapa helai topeng muka tambahan untuk digunakan setiap hari.
  • Buang penutup muka pembedahan dan KF94 selepas digunakan.
  • Jangan gunakan penutup muka dengan injap. Ia melindungi pemakai, tetapi tidak melindungi orang disekeliling pemakai. Jika pemakai mempunyai simptom, ia boleh merebak dengan mudah kepada orang disekeliling.

8 Pelitup Muka Terbaik Dari Jenama Yang Diyakini

Pening juga membuat pilihan kerana pelbagai pelitup muka kanak-kanak di kebanyakannya tidak menepati ciri dan keberkesanan terutamanya bila berada di tempat sesak. Malah ada juga yang tidak memenuhi standard piawaian yang ditetapkan.

Di sini kami senaraikan 8 jenama topeng muka yang mematuhi garis panduan The American Society of Testing and Materials (ASTM) yang mengeluarkan piawaian teknikal untuk pelitup muka.

Pelitup Muka Terbaik
Iconic Kid 3 Ply Medical Face Mask
Terbaik untuk kulit sensitif
Beli di Shopee
DR MAMA FABRIC MASK KIDS
Terbaik jenis fabrik
Beli di Shopee
Durio 904K Kid’s KF94 Respirator
Terbaik jenis KF94
Beli di Shopee
ARL Kids Disposable 3D Face Mask
Terbaik 3 lapis dengan rekaan 3D
Beli di Shopee
VIRCAST MEDIC Face Mask Shield For Kids
Terbaik jenis pelindung muka
Beli di Shopee
Careion Kids Duckbill Earloop 3D Face Mask
Terbaik jenis rekaan duckbill
Beli di Shopee
Neutrovis Kids Premium 4ply Series
Terbaik jenis 4 lapis
Beli di Shopee
MEDISON Baby 4Ply 3D Premium Soft Medical Face Mask Disposable
Terbaik Untuk Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun
Beli di Shopee

Iconic Kid 3 Ply Medicare Face Mask 

Pelitup Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Terlalu banyak jenama topeng muka 3 lapis yang ada di pasaran? Ibu ayah boleh memilih dari jenama Iconic Medicare iaitu jenama yang terbabit dalam pembinaan fasiliti pengeluaran peralatan perlindungan diri (PPE) terkenal di Malaysia.

3 lapisannya iaitu lapisan dalam, lapisan tengah dan lapisan luar mempunyai fungsi yang berbeza bagi memberi perlindungan daripada bahaya COVID-19.

Lapisan dalam memberi penyerapan air yang sangat baik dengan menggunakan material kain bukan tenunan jenis hidrofilik yang mesra pada kulit, amat sesuai untuk kulit sensitif dan lapisan tengah pula menggunakan material penapis jenis meltblown bukan tenunan yang dapat menapis bakteria dengan efektif.

Manakala lapisan paling luar pula menggunakan material penapis jenis hydroentangled bukan tenunan yang bersifat menghindar penyerapan air yang boleh menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut anak anda.

Apa yang kami suka :

  • Gegelung telinga yang diperbuat daripada tali kapas yang lembut dan anjal, memberi keselesaan kepada telinga anak meskipun perlu memakai dalam tempoh yang lama.
  • Lembut dan fleksibel terutama di bahagian hidung muat pada apa jua jenis dan bentuk muka.
  • Corak yang sangat comel, anak mesti suka!

Dr.Mama Protect Me Fabric Mask 

Pelitup Muka Terbaik Jenis Fabrik

Jika mama merasakan material fabrik lebih selesa pada anak, mama boleh pilih topeng muka jenis ini. Tapi mama jangan lupa yang untuk mencucinya setiap hari dan sediakan beberapa helai untuk kegunaan setiap hari. 

Seperti yang disarankan WHO, pelitup muka ini mempunyai 3 lapisan perlindungan. Ia mempunyai keupayaan untuk “membersihkan sendiri" permukaan yang terkena virus menerusi fabrik yang dicipta khas.

Mempunyai silver-ion bercas positif, apabila bersentuhan silver-ion akan dibebaskan untuk memusnahkan pathogen seperti bakteria, kulat dan virus.

Apa yang kami suka :

  • Gegelung telinga boleh laras
  • Lembut pada kulit
  • Menggunakan teknologi silver-ion dari Eropah untuk menghalang kuman berbahaya
  • Praktikal untuk kegunaan setiap hari
  • Telah diuji di makmal, ia boleh dibasuh sehingga 100 kali tanpa hilang keberkesanannya

Durio 904K Kids KF94 Respirator 

Pelitup Muka Terbaik Jenis KF94

Meskipun topeng muka jenis N95 memberi perlindungan lebih tinggi berbanding topeng-topeng muka jenis lain namun ia tidak sesuai untuk kanak-kanak jadi ibu ayah boleh memilih pelitup muka jenis KF94 yang memiliki mempunyai keupayaan menapis 94 peratus zarah di udara.

Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan SIRIM, pelitup muka jenis ini mempunyai rekaan terbuka seakan-akan ‘sampul surat’ memberi lebih banyak ruang kepada pemakai untuk bercakap dan bernafas.

Mempunyai 4 lapis bahan keupayaan nafas termasuklah fabrik penapisan dua kali lebur bercas elektrostatik untuk kecekapan penapisan virus yang berkesan, ternyata ia dapat perlindungan terbaik agar anak-anak terhindar daripada dijangkiti virus maut Covid-19 walau dalam apa juga persekitaran. Mama tak perlu risau lagi ya.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun
  • Menawarkan keupayaan untuk bernafas lebih 30% untuk kanak-kanak selesa bernafas, bercakap dan bermain
  • Dipek secara individu untuk lebih mudah disimpan dalam beg dan poket kanak-kanak
  • Gegelung telinga tidak mudah putus
  • Tiada tindak balas alergi

ARL Kids Disposable 3D Face Mask 

Pelitup Muka Terbaik 3 Lapis Dengan Rekaan 3D

Direka untuk memudahkan kanak-kanak bernafas, topeng muka dari Cosway ini menggunakan material 3D yang sangat lembut untuk keselesaan kanak-kanak.

Jika anak-anak tidak gemar memakai topeng muka jenis pembedahan kerana ruang mulut yang terhad, ibu ayah boleh memilih pelitup muka dengan rekaan 3D ini yang memberi lebih banyak ruang.

Mempunyai kecekapan penapisan bakteria (BFE) sebanyak 95% dan kecekapan penapisan zarah (PFE) sebanyak 99%, kedua-dua penilaian ini ternyata memenuhi piawaian ASTM.

Apa yang kami suka :

  • Terdapat 2 pilihan saiz kanak-kanak iaitu 3-6 tahun dan 6-12 tahun
  • Kalis bocor dan kalis air, sesuai untuk kegunaan kanak-kanak yang lasak
  • Gegelung telinga yang lembut, selesa dipakai dalam tempoh yang lama

Vircast Medic Face Mask Shield For Kids

Pelitup Muka Terbaik Jenis Pelindung Muka

Jika masih paranoid, ibu ayah boleh berikan perlindungan berganda kepada anak dengan mengenakan pelitup muka bersama pelindung muka.

Direka dengan mengambil kira faktor ergonomik, pelindung muka ini sangat ringan sesuai digunakan untuk kanak-kanak terutama mereka yang bercermin mata.

Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, pelindung muka ini berkesan untuk menghalang titisan daripada terpercik ke dalam rongga hidung. 

Apa yang kami suka :

  • Boleh diguna semula, pastikan cuci setiap hari ya
  • Anti kabus
  • Selesa dipakai, tidak terlalu ketat di bahagian hidung dan mata
  • Lasak untuk kanak-kanak, tidak mudah rosak

Careion Kids Duckbill Earloop 3D Face Mask

Pelitup Muka Terbaik Jenis Rekaan Duckbill

Direka dengan teknologi Penapis 4 Lapis iaitu dengan ≥95% Kecekapan Penapisan Bakteria (BFE), untuk anak-anak yang rimas memakai topeng muka kerana klip hidung yang ketat, rekaan topeng muka duckbill ini pasti sesuai untuk mereka.

Selesa dan tidak terasa sakit apabila dipakai lama, fabrik topeng juga 100% kalis air dan bebas lateks serta hypoallergenic.

Untuk anak yang bertudung di sekolah, topeng muka ini juga didatangkan dengan tali headloop selain jenis earloop.

Apa yang kami suka :

  • Kebolehnafasan tinggi
  • Direka dan diuji untuk muat untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun
  • Sesuai untuk anak berkulit sensitif

Neutrovis Kids Premium 4ply Series

Pelitup Muka Terbaik Jenis 4 Lapis

Topeng muka premium kanak-kanak ini ialah topeng muka gred perubatan 4-lapis, diperbuat daripada fabrik penapis cair dengan BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) ≥98% dan PFE (Kecekapan Penapisan Zarah) ≥96%, kedua-duanya digunakan untuk melindungi anak anda daripada bakteria, asap, debunga dan titisan air. 

Topeng kanak-kanak ini disesuaikan (145mm x 90mm) untuk memberikan pengguna muda dengan kesesuaian yang lebih baik dan keselesaan tambahan untuk pemakaian lama.

Topeng kanak-kanak disyorkan untuk mereka yang berumur antara 4 hingga 15 tahun.

Apa yang kami suka :

  • Topeng muka premium ini sangat lembut dan amat sesuai untuk anak yang mempunyai kulit sensitif.
  • Selesa untuk dipakai lama
  • Kebolehnafasan maksimum
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Sesuai untuk perlindungan harian untuk kegunaan di sekolah dan ketika bermain.

MEDISON Baby 4Ply 3D Premium Soft Medical Face Mask Disposable

Pelitup Muka Terbaik Untuk Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun

Untuk anak-anak yang di bawah dua tahun, tidak disarankan untuk memakaikan mereka pelitup muka bagi mengelakkan mereka daripada mengalami sesak nafas, tambahan pula mereka tidak dapat memberi reaksi sekiranya sedang mengalami sesak nafas.

Ia juga membahayakan ibu bapa kerana tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka dalam keadaan selesa atau sebaliknya.

Bagi yang berusia lebih daripada dua tahun, sebaik-baiknya memberikan mereka pelitup muka jenis lembut dah memudahkan mereka bernafas.

Apa yang kami suka :

  • Ada kelulusan SIRIM
  • Ukuran untuk bayi berusia 2 tahun
  • Jenis 4 ply
  • Kain yang lebih lembut untuk memudahkan pernafasan anak

Perbandingan Harga Pelitup Muka Terbaik Kanak-Kanak

Jenama Harga Bilangan
Iconic Kid 3 Ply Medicare Face Mask RM17.50 30 keping
Dr.Mama Protect Me Fabric Mask RM17.00 1 keping
Durio 904K Kids KF94 Respirator RM11.90 10 keping
ARL Kids Disposable 3D Face Mask RM18.90 30 keping
Vircast Medic Face Mask Shield For Kids RM2.00 1 keping
Careion Kids Duckbill Earloop 3D Face Mask RM12.50 50 keping
Neutrovis Kids Premium 4ply Series RM26.98 50 keping
MEDISON Baby 4Ply 3D Premium Soft Medical Face Mask Disposable RM19.58 20 keping

Berapa Lama Tempoh Penggunaan Setiap Pelitup Muka?

Pelitup muka pakai buang 3 lapis boleh dipakai sehingga 8 jam ataupun sepanjang waktu bekerja atau bersekolah. Ia tidak boleh dibasuh atau dipakai semula walaupun keadaannya masih elok.

Jika anda mampu dan selesa memakai pelitup muka pakai buang 3 lapis, teruskan namun jika anda tidak mampu atau ada sebab lain, anda boleh menggunakan pelitup muka fabrik sebagai alternatif.
 
Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa pelitup muka fabrik juga perlu diganti dan tidak boleh digunakan selama-lamanya kerana ia mungkin sudah tidak efektif dalam menyekat penyebaran kuman dan virus menerusi cecair daripada hidung dan mulut.
 
Tanda-tanda pelitup muka perlu ditukar adalah seperti ciri-ciri di bawah;

1. Tali mula longgar

Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah tali pelitup muka anda. Jika ia sudah mula longgar dan pelitup muka tidak melekap pada wajah dengan baik, ia perlu ditukar.

2. Pelitup muka mulai kendur

Dipakai dan dicuci berulang kali pasti akan membuatkan pelitup muka anda mula mengendur. Ukuran mask yang pada awalnya melekap di muka dengan baik, kini seakan-akan sudah longgar. Tukarlah yang baru.

3. Pelitup muka mula 'berbulu'

Apabila sering dicuci, fabrik pasti akan mengeluarkan benang atau 'bulu'. Barangkali akan ada lubang kecil kerana kain sudah mula menipis yang membuatkan virus mudah keluar dan masuk.

4. Pelitup muka dicuci lebih 30 kali

Jika anda sudah mencuci pelitup muka lebih 30 kali, fikirlah 3o kali sebelum memakainya semula. Ini kerana pelitup muka anda mungkin sudah tidak efektif melindungi diri anda dan orang lain.

Mencucinya berulang kali akan membuatkan pelitup muka kehilangan bentuk dan ketahanan dalam melindungi diri anda.

Diharap artikel ini dapat membantu ibu ayah mencari pelitup muka terbaik untuk anak-anak! 

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Antara Face Shield @ Face Mask, Yang Mana Berkesan Cegah Anak Kecil Dari Covid-19?

Baca juga: 'Siap Berjahit Lagi Tali Dia', Guru Terdiam Saat Terlihat Pelitup Muka Anak Murid

Baca juga: Budak 6 Tahun Nyaris Maut Tercekik Kepingan Pelitup Muka Dalam Nugget!

Penulis

Nursyamimi