Badan Kerap Berpeluh Yang Banyak Ketika Mengandung- Adakah Ia Selamat?

Masalah peluh berlebihan ketika hamil membuatkan anda berasa kurang selesa dengan keadaan tubuh yang sering melekit. Jom ketahui cara untuk mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya ibu mengandung akan mengalami masalah peluh berlebihan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin berpeluh lebih banyak daripada biasa semasa hamil kerana berlakunya turun naik dalam tahap hormon. Walaupun ia tidak selesa, peluh dianggap normal semasa kehamilan dan boleh diatasi dengan baik.

Dalam hal ini, anda mungkin dilanda masalah peluh berlebihan sepanjang tempoh kehamilan. Peningkatan suhu badan ketika hamil sebenarnya cara untuk mengimbangi suhu badan.

Bukan itu sahaja, masalah peluh ini dikatakan lebih banyak berlaku pada waktu malam berbanding siang hari.

Situasi ini dikenali sebagai peluh malam atau hiperhidrosis tidur yang biasanya dianggap sebagai salah satu gejala menopaus.

Walau bagaimanapun bagi kes wanita hamil, ia mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan mendadak dan penurunan hormon estrogen dan progesteron.

Punca peluh berlebihan 

foto: Astro Gempak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah wanita mungkin berpeluh pada siang hari manakala yang lain pada waktu malam. Beberapa orang mungkin berpeluh pada kedua-dua waktu ini.

Berikut adalah punca anda berhadapan dengan masalah peluh berlebihan ketika mengandung:

#1. Peningkatan metabolisme

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong janin yang semakin membesar sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kadar metabolisme.

Hal ini sekaligus akan mengaktifkan kelenjar peluh anda yang menyebabkan penghasilan peluh dengan lebih banyak.

#2. Masalah hypertiroid

Sekiranya ibu hamil menghidapi penyakit hipertiroid semasa hamil, anda mungkin mengalami peluh yang berlebihan pada bila-bila masa tidak kira waktu siang mahupun malam.

Keadaan ini akan terus berlaku hinggalah tibanya waktu untuk bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kadar gula dalam darah yang rendah

Keadaan ini dipanggil sebagai hypoglycemia semasa mengandung boleh menyebabkan anda berpeluh secara berlebihan.

#4. Pengambilan ubat-ubatan

foto: shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengambil ubat tertentu seperti acetaminophen atau aspirin untuk mengurangkan tahap glukosa, demam, antipiretik atau anti hipertensi boleh mengakibatkan anda mengalami masalah peluh yang banyak.

#5. Meningkatkan aliran darah

Aliran darah akan mengalami peningkatan semasa mengandung yang menjadikan tubuh anda berasa lebih hangat dan merangsang peluh untuk keluar.

#6. Jangkitan

Masalah kerap berpeluh juga berkait rapat dengan jangkitan kuman pada saluran kencing semasa hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Tahap progesteron yang tinggi

Semasa anda mengandung, tahap hormon progesteron di dalam badan akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap suhu badan yang membuatkan anda mudah berpeluh.

Makan makanan pedas atau meminum minuman berkafein, meletihkan tubuh anda dengan terlalu banyak aktiviti fizikal, atau senaman yang sengit boleh menjadi sebab lain untuk berpeluh lebih banyak semasa kehamilan.

Cara mengurangkan peluh

Walaupun anda tidak dapat mengelakkan masalah sering berpeluh ketika mengandung, anda boleh mengikuti beberapa petua mudah ini bagi mengurangkan ketidakselesaan.

#1. Elakkan keluar ketika cuaca panas

foto: Kosmo

Elakkan terdedah dengan sinaran matahari kerana suhu ini boleh menyebabkan peluh keluar semakin teruk. Sekiranya anda aktif melakukan senaman, sediakan jadual yang lengkap sama ada pagi mahupun petang.

Bukan itu sahaja, anda disarankan untuk memilih pakaian dengan warna yang terang, lembut dan material kapas.

#2. Perubahan menu makanan harian

Makanan yang pedas dan minuman panas boleh mengakibatkan berlakunya peningkatan pada suhu badan. Hal ini kerana ia meningkatkan penggunaan air dan cecair untuk terus terhidrasi dan melawan haba yang diterima oleh badan.

#3. Rawat jangkitan dengan segera

Jika anda mempunyai sebarang penyakit atau jangkitan kuman, pastikan anda terus mendapatkan rawatan pada waktu berkenaan.

Jangan melengahkan masa untuk berjumpa dengan doktor kerana setiap ubat yang anda ambil ketika tempoh mengandung boleh merangsang proses perpeluhan sebagai kesan sampingan.

#4. Peka terhadap setiap perubahan

Kebiasaannya, ibu mengandung akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan peluh sentiasa keluar.

Sekiranya anda mendapati berlaku perubahan terhadap kesihatan tubuh badan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar mereka dapat menyemak semula tabiat pemakanan seharian yang anda ambil.

#5. Kerap memakai bedak tabur

Anda juga boleh menggunakan bedak jenis serbuk sekiranya mengalami peluh yang berlebihan. Hal ini mungkin tidak mengurangkan kuantiti peluh yang dikeluarkan oleh tubuh badan, tetapi dapat menyerap kelembapan secara optimum.

Petua ini boleh membantu anda menguruskan peluh semasa hamil. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya.

Masalah normal yang dihadapi oleh ibu mengandung ini mungkin berterusan sehingga proses kelahiran bayi terjadi.

Walaupun masalah ini tidak berbahaya, namun ia memberikan keadaan yang kurang selesa untuk berhadapan dengan orang sekeliling.

Sumber: Momjunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: