Hati-Hati Ada 8 Jenis Pemanis Buatan Buat Anda KETAGIH Nak Makan Sesuatu Makanan & Minuman!

Tak sangka rupa-rupanya banyak pemanis buatan yang dibuat semata-mata untuk sedapkan makanan dan minuman anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak menangis mesti disua aiskrim dan anak teriak sikit diberi makan keropok. Ia dilakukan semata-mata untuk mendiamkan anak daripada menangis di hadapan orang ramai. Namun sebenarnya, dalam makanan segera tersebut ada kandungan pemanis buatan yang anda tidak tahu kesan atau risiko ke atas badan anak.

Manisan, pemanis buatan atau gula buatan ini juga dikenali dengan nama  non nutritive sweeteners. Berdasarkan laporan daripada American Academy of Pediatrics, jumlah makanan dan minuman yang diperbuat dari pemanis buatan meningkat secara mendadak dalam pelbagai produk.

Pemanis buatan atau Non Nutritivie Sweeteners

Pemanis buatan ini diperkenalkan supaya dapat menyamai rasa gula yang asli tanpa perlu menambah kalori. Namun, lapan daripada gula buatan ini telah diluluskan oleh Food And Drug Administration (FDA). Meskipun telah diluluskan tapi jika diambil secara kerap dan berlebihan ia masih boleh mendatangkan risiko badan individu.

Namun begitu, enam senarai yang di atas diluluskan sebagai penambah makanan sementara yang dua lagi diluluskan mengikut kategori berbeza.

8 jenis pemanis buatan

#1. Saccharin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalunya didapati dalam yogurt atau jeli rendah gula. Berdasarkan kajian daripada Center For Science in the Public Interest, manisan gula Saccharin selalu berkait dengan masalah kesihatan seperti kanser.

#2. Aspartame

Pemanis buatan ini sering didapati dalam minuman soda diet dan mana-mana produk diet yang berada di pasaran. Namun begitu, ia juga dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan yang lain jika diambil secara berlebihan.

#3. Acesulfame Potassium

Manisan jenis ini terdapat dalam buah-buahan yang dipek tanpa sebarang gula tambahan. Nama lain yang biasa digunakan juga adalah Acesulfame K.

#4. Sucralose

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sucralose ini selalunya dijumpai dalam produk makanan seperti soda diet, splend dan sebagainya.

#5. Neotame

Manisan buatan ini sering dijumpai dalam gula-gula chewing gum dan protein shakes. Jadi rasa manis dalam chewing gum adalah kerana Neotame inilah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Advantame

Terdapat dalam minam air jenis bergas, serbuk minuman, biskut dan produk membuat kek.

#7. Stevia

Manisan jenis ini diiktiraf sebagai  generally recognized as safe oleh FDA. Jadi kalau nak gunakan stevia sangat-sangat dibolehkan.

#8. Luo Han Gou/ Monk Fruit

Sama seperti seperti Stevia, ia juga diiktiraf FDA dan CSPI.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Garis panduan gula buatan kepada kanak-kanak

Sebelum memberikan anak-anak makan sesuatu bahan produk yang dipercayai mempunyai pemanis tiruan adalah lebih baik anda ikuti saranan dan panduan daripada FDA ini terlebih dahulu. Segalanya demi kepentingan dan kesihatan anda sekeluarga. 

#1. Menurut FDA terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti oleh ibu bapa sekiranya mahu memberikan gula buatan pada anak yang telah diluluskan dalam sesuatu produk tersebut.

#2. Ibu bapa harus peka terhadap label nutrisi yang terdapat pada produk makanan atau minuman tersebut sebelum membelinya. Selain itu, anda juga perlu tahu sukatan dan kandungan jumlah gula mengikut diet pemakanan seharian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Meskipun tiada kajian yang dilakukan ke atas manusia sama ada pemanis buatan ini penyebab kanser namun ia telah dilakukan kepada haiwan dan mendapati ia berkemungkinan boleh terjadi jika diambil secara berlebihan dan tidak terkawal. Jadi sebaiknya bersederhanalah supaya dapat elak kesan jangka panjang pada kesihatan anda sekeluarga.

#4. Pengambilan manisan buatan yang berlebihan boleh menyebabkan perubahan selera makan anak, mempengaruhi berat badan dan kesihatan boleh terjejas.

Malah menurut para pengkaji, gula buatan ini boleh mengakibatkan perubahan dalam gut microbiome yang menghasilkan bakteria baik lantas memberi kesan pada tahap gula dalam darah sekaligus menyebabkan masalah sindrom metabolik, daya ketahanan insulin dan diabetes.

********

Justeru adalah lebih baik anda berikan si kecil makanan dan minuman yang mempunyai rasa manis secara semula jadi. Tapi, anda perlu lebih kreatif semasa menyediakan makanan si kecil berasaskan bahan yang asli supaya jumlah gula dapat dikawal dengan lebih baik. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Wanista

Baca juga

https://my.theasianparent.competua-turunkan-gula-dalam-darah