Pembahagian faraid adalah ilmu yang berkaitan dengan pembahagian harta pusaka peninggalan si mati. Ia perlu dilakukan bagi mengelakkan waris berselisih demi berebut harta dan bermasam muka sehingga tiada jalan penyelesaian.
Isi Kandungan
Pembahagian Faraid Dalam Islam
Dari sudut istilah syarak, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya.
Mereka yang mempunyai hak faraid ke atas pusaka si mati hendaklah mempunyai pertalian darah, seorang muslim dan pertalian perkahwinan.
Golongan Yang Layak Mendapat Faraid
Golongan waris yang berhak mendapat harta pusaka mengikut hukum faraid ialah:
- Anak
- Isteri
- Suami
- Ibu
- Dan lain-lain
Jenis Faraid Harta
Antara jenis harta yang boleh dibahagikan secara faraid ialah:
- Tanah
- Bangunan atau rumah
- Barang kemas
- Insurans dan wang tunai
- Binatang ternakan
Walau bagaimanapun, jumlah harta yang perlu dibahagikan adalah jumlah bersih selepas ditolak beberapa perkara berkaitan dengan pengurusan jenazah.
Ini termasuklah hutang pewaris sama ada dalam bentuk nazar, zakat atau wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Carta Pembahagian Faraid
Dalam surah al-Nisa ayat 11,12 dan 176, Allah SWT telah menyatakan dengan jelas tentang pembahagian faraid harta pusaka
Bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak ¼ bahagian sekiranya tiada anak manakala 1/8 sekiranya si mati meninggalkan zuriat.
Bagi kadar bahagian waris fardu telah ditetapkan sebanyak 6 bahagian iaitu ½, 1/3, 2/3, ¼, 1/6 dan 1/8.
Selain daripada itu, satu bahagian waris fardu akan diputuskan berdasarkan ijtihad sahabat Rasulullah SAW iaitu sebanyak 1/3 baki setelah ditolak bahagian fardu yang lain.
Waris fardu tersebut terdiri daripada suami atau isteri, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
Bagaimana Pula Dengan Faraid Anak Lelaki?
Mengikut hukum faraid, anak lelaki tergolong dalam asobah bi al-nafsi iaitu semua waris lelaki kecuali suami dan saudara seibu.
Jika terdapat ramai waris asobah bi al-nafsi, maka adik-beradik si mati akan terhalang atau gugur untuk mendapatkan bahagian mereka.
Tidak semestinya semua adik-beradik berhak mendapatkan harta pusaka tersebut, ya.
Justeru, adalah penting untuk kita mempunyai ilmu pengetahuan sekiranya ingin mempunyai perancangan untuk melakukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid.
Ada juga kaedah lain selain dari faraid iaitu muafakat, namun ia jarang digunakan kerana perlu mendapatkan persetujuan dari semua pihak untuk melepaskan harta atau membahagikan harta secara sama rata.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Fahami Tanggungjawab Dalam Faraid, Menjamin Kemuafakatan Dalam Pembahagian Harta Pusaka
Baca juga: 9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!
Baca juga: Suami Buatlah Hibah Takaful Jika Sayangkan Anak Isteri