Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.
Definisi Harta Pusaka
Harta pusaka adalah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati. Antara yang termasuk dalam harta pusaka adalah seperti berikut :
Faraid diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia yang meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut hukum syarak setelah diuruskan jenazah si mati, dilunaskan hutang-piutangnya (hutang dengan Allah (zakat, haji, fidyah dan kaffarah) dan hutang dengan manusia) dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).
Cara mewarisi harta pusaka sama ada seseorang waris itu berhak atau tidak berhak adalah tertakluk kepada golongan-golongan waris seperti berikut :
Walau bagaimanapun, waris-waris faraid dibenarkan secara bermuafakat dengan rela hati untuk menolak bahagian faraid tersebut atau melaksanakan pengagihan mengikut budicara serta persetujuan semua waris.
Hikmah Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Faraid
Perlu difahami bahawa terdapat hikmah di sebalik perbezaan tersebut. Islam meletakkan tanggungjawab yang besar kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.
Kaum lelaki bertanggung jawab untuk melindungi serta menyara waris wanita di bawah tanggungannya. Seorang suami atau bapa bertanggung jawab untuk menyara dan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Adik beradik lelaki merupakan wali yang bertanggungjawab kepada kakak, adik perempuannya serta anak saudaranya yang yatim. Kaum lelaki menerima hak faraid beserta tanggungjawab di mana bahagian faraid yang diterima oleh kaum lelaki wajar digunakan untuk menyara kaum wanita di bawah tanggunggannya, sebaliknya bahagian yang diterima oleh wanita adalah hak mutlak beliau.
Hukum faraid sangat menekankan struktur keluarga serta tanggungjawab di mana kaum lelaki berperanan besar sebagai pelindung dan ketua keluarga.
Walau bagaimanapun, pada masa kini, segelintir waris gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pelindung dan ketua keluarga. Hak faraid yang mereka terima digunakan untuk kepentingan peribadi tanpa menghiraukan nasib waris-waris wanita atau anak- anak yatim.
Kesannya, hikmah hukum faraid gagal difahami oleh orang Islam malah mereka beranggapan bahawa ia satu hukum yang rigid, tidak adil dan zalim kerana berlaku diskriminasi dikalangan kaum wanita.
Hukum Allah berkenaan faraid adalah kekal, namun cara hidup, cara berfikir dan perbuatan manusia yang sering berubah. Janganlah kita menyalahkan hukum Allah. Sebaliknya kita wajar bermuhasabah serta kembali kepada ajaran Islam dan melaksanakan tanggungjawab sepatutnya sebagai seorang Muslim.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Suami Buatlah Hibah Takaful Jika Sayangkan Anak Isteri
Baca juga : 9 Persediaan PENTING Isteri Wajib Buat Sebelum Pasangan Meninggal Dunia, No #1 Paling Mustahak!
Baca juga : Suami Isteri Perlu Sediakan 1 Fail Keluarga Yang LENGKAP, Penting Bila Berlakunya Kematian!