WOW! BONUS RM30 Percuma Diberikan Kepada Semua Pengguna eWallet Awal Tahun Ini!

Zaman serba canggih, tahun 2020 anda tidak lagi perlu membawa tunai kerana sistem pembayaran online telah memudahkan urusan seharian anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berita baik buat anda yang memuat turun aplikasi sistem pembayaran online bagi transaksi pembelian barangan keperluan anda dan mendapat pulangan wang tunai.

Baru-baru ini, pengumuman kerajaan melalui Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng telah merasmikan pelaksanaan e-Tunai Rakyat dengan menawarkan insentif sebanyak RM30 untuk anda.

Pemberian ini akan dimasukkan terus ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet seluruh rakyat Malaysia.

Antara dompet digital yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah Touch ‘N Go eWallet, Boost dan GrabPay.

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020, pengguna yang layak menerima manfaat digital ini adalah mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan memiliki pendapatan tahunan RM100 000 dan kebawah.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta dan penawaran kredit RM30 bakal diagihkan kepada rakyat bermula seawal 15 Januari sehingga 14 Mac 2020.

Inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini bertujuan untuk merancakkan lagi industri e-wallet di Malaysia yang hanya mencatatkan sebanyak 8% dalam sektor pembayaran pada ketika ini.

Aplikasi Pembayaran Online & Cara Menebus RM30

Bagi anda yang belum memiiliki sebarang aplikasi e-dompet ini, segera muat turun di App Store dan Play Store bagi pengguna Android dan iOS.

Penebusan RM30 secara one-off boleh dilakukan sepanjang 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Pastinya anda yang belum memuat turun aplikasi e wallet ini keliru akan cara untuk mendaftar dan mendapatkan RM30 kan? Ikuti langkah demi langkah di bawah ini untuk menggunakan sistem pembayaran online:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Penebusan e-Tunai Rakyat melalui Touch ‘N Go e wallet

#1. Bagi pengguna telefon Android, muat turun aplikasi Touch ‘N Go eWallet disini 

#2. Bagi mengguna telefon IOS, muat turun aplikasi Touch ‘N Go eWallet disini

#3. Kemudian, daftarkan akaun dan isi dengan lengkap maklumat yang diperlukan.

#4. Verify (sahkan) akaun anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Tebus kredit sebanyak RM30 bermula 15 Januari 2020 ini.

#2. Penebusan melalui Boost eWallet

#1. Bagi pengguna Android, muat turun aplikasi Boost eWallet melalui pautan disini

#2. Bagi pengguna IOS pula, muat turun aplikasi Boost eWallet disini

#3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan ikuti arahan yang selanjutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Upgrade akaun Boost anda kepada akaun Premium dan tekan Verify untuk mengesahkan

#5. Bagi anda yang baru pertama kali berbelanja sebanyak RM10, anda akan mendapat cash back RM5.

#5. Seterusnya pada 15 Januari 2020, klik pada e-Tunai Rakyat.

#6. Klik Get Ready to Claim eTunai dan ikuti langkah yang seterusnya di paparan skrin anda.

#3. Penebusan e-Tunai Rakyat Melalui GrabPay eWallet

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Untuk pengguna Android, anda boleh memuat turun aplikasi disini

#2. Bagi anda yang menggunakan IOS, muat turun apps GrabPay eWallet disini

#3. Isi semua maklumat yang diperlukan dan ikuti arahan seterusnya.

#4. Pengesahan akaun akan diterima dan anda boleh menebus kredit RM30

Tujuan Inisiatif e-Tunai Rakyat 

#1. Mengurangkan halangan akses pada teknologi digital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Menjadikan proses digitalisasi untuk semua

#3. Menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia

#4. Mempercepat penggunaan eWallet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna serta peniaga Malaysia termasuklah perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

Mungkin ada sedikit perbezaan untuk setiap e-wallet, tapi prosesnya mudah dan hampir sama.

Selepas memuat turun eWallet, anda perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk membolehkan ia dapat digunakan.

Bukan itu sahaja, sesetengah eWallet ada membenarkan maklumat kad kredit atau akaun bank dihubungkan secara automatik melalui aplikasi itu sendiri.

Pengeluaran wang pula bergantung kepada kemudahan setiap eWallet. Sebagai contoh, GrabPay membenarkan pengguna untuk menggunakan baki yang ada untuk membayar tambang Grab.

Manakala Boost membolehkan pengguna membeli apa-apa saja di KK Speedmart. Hanya imbas kod QR dan anda sudah berjaya melakukan pembayaran.

Hal yang sangat mudah kerana anda tidak lagi perlu keluar ke bank kerana anda boleh menambah nilai seberapa banyak jumlah wang yang diinginkan pada bila-bila masa hanya secara atas talian.

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan mampu menyokong aspirasi kerajaan untuk mewujudkan masyarakat tanpa tunai walau di mana sahaja anda berada.

Sistem eWallet di Malaysia menawarkan kemudahan tanpa tunai di lebih 125 000 kedai yang berdaftar di seluruh negara.

Ia termasuklah pasar malam, kedai runcit, pembayaran tempat letak kereta, bil-bil, membeli topup prabayar, membeli tiket pawagam dan tiket pengangkutan awam.

Sumber: World of Buzz, Permohonan.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkidzania-kuala-lumpur