app

4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

Jom sediakan diri anda dengan 4 perkara ini sebelum pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan anak selepas berusia 12 bulan. Ia amat berguna!

Khas buat ibu ayah di luar sana, pasti anda teruja untuk pergi ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan anak 12 bulan, kan? Mana tidaknya, proses tumbesaran dan perkembangan mereka sering menjadi fokus utama ibu ayah, terutamanya mereka yang pertama kali bergelar ‘parents’.

Excited dia lain macam.

Tapi sebelum itu, banyak juga ilmu yang perlu ditimba oleh ibu ayah di luar sana mengenai perkembangan bayi anda mengikut bulan. Ini bagi mengelakkan ibu ayah susah hati jikalau melihat anak-anak masih belum berjalan dan sebagainya.

Bayi hanya memerlukan 12 bulan untuk menjadi seorang anak kecil yang begitu aktif. Malah, dalam tempoh transformasi 12 bulan ini mereka akan melalui fasa yang luar biasa. Daripada tidur sepanjang hari, sehinggalah menjadi anak kecil yang begitu aktif.

Perkembangan Anak: 0 – 3 Bulan.

Perlu diingatkan bahawa pada peringkat ini, perkembangan bayi adalah dari segi tubuh dan otak mereka yang akan belajar untuk hidup di dunia luar. Mereka mungkin akan mula untuk melakukan perkara-perkara seperti:

#1: Perkembangan fizikal bayi baru lahir

  • Semasa meniarap (tummy time), si manja akan menolak menggunakan lengan
  • Semasa meniarap, anak akan mula mengangkat dan menahan kepala ke atas
  • Mampu menggerakkan tangan daripada penumbuk (fist) kepada terbuka
  • Boleh membawa tangan ke mulut
  • Dapat menggerakkan dan mengangkat kaki tangan daripada permukaan apabila teruja

#2: Perkembangan kognitif

  • Mengecam payu dara atau botol
  • Mengikut pergerakan dengan memusingkan kepala
  • Terkejut dengan suara yang kuat

#3: Perkembangan emosi

  • Bertenang dan tersenyum sebagai tindak balas terhadap suara atau bunyi
  • Memusingkan kepala ke arah suara atau bunyi
  • Menunjukkan minat pada wajah
  • Membuat hubungan mata (eye contact)
  • Menangis dengan cara berbeza untuk keperluan berlainan. Contohnya, tangisan lapar atau mengantuk

#4: Perkembangan deria

  • Semasa berbaring, bayi baru lahir anda akan cuba mencapai mainan yang dipegang pada kedudukan atas dada mereka
  • Semasa berbaring, secara visual mereka akan cuba mengesan mainan bergerak dari satu arah ke arah yang lain
  • Ketika berbaring, kepala akan fokus memerhatikan wajah atau mainan
  • Boleh berasa tenang apabila dibuai, disentuh atau dengan bunyi perlahan
  • Gemar menikmati pelbagai pergerakan

Perkembangan Anak: 4 – 6 Bulan.

Pada tempoh ini pula, bayi anda mungkin akan belajar dengan lebih banyak dan juga memanipulasi dunia di sekelilingnya. Bayi juga akan mulai menguasai penggunaan tangan dan meneroka keupayaan suara mereka.

Sebab itulah ada yang kuat ‘test vocal’. Ingatkan nak jadi penyanyi masa besar nanti, tapi bukan.

Dalam tempoh 4 hingga 6 bulan ini, bayi anda mungkin akan:

  • Bergolek ke depan dan belakang atau sebaliknya
  • Babble atau berceloteh yang kedengaran seperti bunyi percakapan sebenar
  • Ketawa
  • Menjangkau dan mengambil objek, memanipulasi barang permainan dan item lain dengan tangan
  • Duduk dengan sokongan bersama kawalan kepala yang hebat

Perkembangan Anak: 7 – 12 Bulan.

Ini merupakan tempoh kedua bagi tahun pertama untuk bayi anda menjadi semakin aktif.

Pada usia 7 hingga 9 bulan INI, selepas mempelajari bahawa mereka boleh menuju ke sesuatu tempat dengan bergolek, kemudian bayi anda akan mula belajar pula cara bergerak ke depan dan belakang.
 
Tambahan pula, dalam fasa ini bayi juga boleh melakukan perkara-perkara seperti:
  • Mula merangkak. Ini termasuklah scooting – melakukan pergerakan menyeret punggung atau army crawling dan merangkak biasa dengan pergerakan tangan serta kaki. Ada juga bayi yang mungkin tidak melalui fasa merangkak, sebalik terus memulakan langkah pertama daripada scooting
  • Duduk tanpa sokongan
  • Bertindak balas terhadap perkataan biasa yang didengari seperti namanya. Si manja juga akan memberi respons berhenti apabila mendengar perkataan “Tidak” dan memandang kepada anda. Mereka akan mula menyebut ‘Mama’ dan ‘Dada’
  • Gemar dengan aktiviti bertepuk tangan atau permainan seperti peek-a-boo

Perkembangan Anak: 10 – 12 Bulan.

Perlu diketahui bahawa tahap perkembangan terakhir bagi tahun pertama bayi dilahirkan dianggap sebagai fasa peralihan. Malah, pada tempoh ini mereka akan belajar untuk melakukan perkara-perkara seperti:

  • Mula menyuap diri sendiri. Si manja pada fasa perkembangan ini akan mula menguasai pergerakan pincer grasp – di mana mereka boleh memegang benda kecil seperti biskut di antara ibu jari dan jari telunjuk
  • Berjalan sekeliling rumah menggunakan kaki dengan memegang perabot
  • Melafazkan 1 atau 2 perkataan. ‘Mama’ dan ‘Dada’ menjadi panggilan khusus untuk ibu bapa. Ada anak akan mula mengucapkan 3 patah perkataan menjelang ulang tahun pertama
  • Menunjukkan objek yang diingini untuk mendapatkan perhatian anda
  • Mula meniru perbuatan anda atau menggunakan sesuatu objek dengan betul seperti berpura-pura bercakap di telefon
  • Mula melakukan langkah pertama. Biasanya sekitar usia setahun, tetapi situasi boleh berbeza bergantung kepada anak itu sendiri

Walau bagaimanapun, ibu ayah juga diingatkan untuk senantiasa peka jika bayi anda tidak mencapai tahap pertumbuhan atau perkembangan yang sepatutnya. Yang paling penting, perlu sentiasa percayai naluri anda.

Jika anda terasa ada yang tak kena dengan bayi anda, silalah bawa untuk berjumpa dengan pediatrik dalam kadar yang segera. Jangan tunggu lama-lama, okay?

Pemeriksaan Anak Selepas 12 Bulan.

Ibu ayah di luar sana pastu mengetahui bahawa rutin bulanan baharu buat mereka ialah pemeriksaan anak dengan doktor atau pakar di hospital. Ia bermula dari bulan pertama sehinggalah ke bulan 12.

Anak pun dah mencecah usia satu tahun, jadi apa kata dari hanya datang dan menadah telinga mendengar apa yang bakal disampaikan doktor, apa kata ibu ayah cuba untuk sediakan diri anda dengan 4 perkara berikut untuk ditanyakan kepada doktor.

Kredit: Parenthub

#1: Vaksin.

Tanya pada doktor jika dia boleh beri sesuatu bagi mengurangkan rasa sakit anak anda selepas suntikan vaksin seperti krim sapuan anestetik atau EMLA.

Ini kerana bagi pemeriksaan 12 bulan, jika anak anda mengambil suntikan vaksin mengikut jadual, ada beberapa suntikan vaksin yang mungkin akan diberikan kepada bayi anda iaitu:

Dos terakhir:

  • Haemophilus influenza type B (Hib)
  • Hepatitis B (HepB) vaccine
  • Inactivated polio vaccine (IPV)

Suntikan tambahan:

  • Pneumococcal conjugate vaccine (PCV)

Dos pertama:

  • Measles, mumps, rubella (MMR) vaccine
  • Varicella (chicken pox)
  • Hepatitis A (HepA)

Bonus:

  • Influenza (flu)

Sebelum itu, kami ingin memberikan sedikit ilmu untuk ibu ayah di luar sana tentang mengapa ibu ayah disarankan untuk memberikan imunisasi untuk bayi.

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit yang membahayakan seperti:

  • Tibi (batuk kering): Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria: Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).
  • Pertusis (batuk kokol): Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
  • Tetanus: Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).  
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib): Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B: Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.  
  • Polio: Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak: Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).
  • Beguk: Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.
  • Rubella: Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus).
  • Pnemokokus: Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan darah yang teruk.
  • Rotavirus: Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.
  • Virus Human Papilloma: Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.

#2: Tumbesaran Si Kecil.

Anda pasti ingin tahu rekod tumbesaran anak anda. Ia bukanlah perkara baru, tetapi carta 12 bulan adalah cukup menarik untuk anda lihat perkembangan tumbesaran anak anda.

Carta 12 bulan adalah cukup menarik untuk anda lihat perkembangan tumbesaran anak anda. Bagi anak lelaki, doktor akan melihat berat sekitar 7.8 kg hingga 11.8 kg, dan ketinggian 71.3 cm hingga 81.2 cm. 

Bagi perempuan pula, sedikit kecil berbanding lelaki, jadi doktor akan melihat berat sekitar 7.1 kg hingga 11.3 kg dan ketinggian, 69.2 cm hingga 78.9 cm. Ukur lilit kepala juga diukur bagi memastikan saiz kepala mereka di dalam julat yang sihat.

Ukur lilit kepala juga diukur bagi memastikan saiz kepala mereka di dalam julat yang sihat.

Anda boleh rujuk carta seperti di bawah:

Jadual perkembangan bayi lelaki. Foto ehsan: Hello Sehat

Jadual perkembangan bayi perempuan. Kredit gambar: Hello Sehat

Seiringan dengan ini, doktor akan memeriksa anggota badan yang lain bagi memastikan semuanya dalam keadaan normal dan sihat. 

#3: Pemeriksaan Perkembangan.

Doktor juga akan menyoal tentang perkembangan anak anda.  Namun harus diingatkan, perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Jadi jangan terlalu risau dengan hal ini. Secara amnya, seorang kanak-kanak berusia 12 bulan harus sudah boleh:

  • Meniti, bertatih atau berjalan
  • Makan makanan pejal
  • Ada lebih kurang 8 batang gigi
  • Tahu sekurang-kurangnya satu perkataan selain mama dan papa
  • Menunjuk ke arah apa yang mereka mahukan
  • Memberi respon sekiranya nama mereka dipanggil
  • Mengutip benda menggunakan jari
  • Bermain ‘cak cak’

#4: Buat Persediaan Untuk Berjumpa Doktor.

Berikan semua maklumat yang diperlukan pada doktor. Contohnya beri buku rekod rawatan yang merekod semua senarai suntikan yang pernah diterima. Dan pastikan anda bersedia untuk bercakap tentang masalah kesihatan anak anda, jika ada.

Jika anda menghantar anak anda ke pusat jagaan atau taska, dapatkan maklumat yang anda perlu tahu daripada cikgu/penjaga terlebih dahulu. Mungkin perkembangan atau masalah mereka di waktu anda berada di pejabat. Dan anda boleh dapatkan pendapat doktor mengenainya.

Senaraikan soalan yang anda ingin tanya kepada doktor supaya mudah unntuk anda ingat soalan-soalan yang perlu ditanya. Termasuklah bagaimana membantu meningkatkan berat badan anak atau sekiranya jika anak anda terjatuh dan lebam dikepala contohnya.

Bersedia adalah lebih baik dari tiada apa-apa bukan?

Ayuh, kongsikan dengan kami bagaimana cara anda pula.

Sumber: Fatherly dan Hello Sehat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca jugaTahap Perkembangan (Milestone) Bayi 0-12 Bulan Dalam Jadual

 

Penulis

Aqma