Terpaksa Tahan Pedih Bila Nak Kencing, Awas Suami Anda Mungkin Hidap Dysuria!

Sakit dan pedih semasa membuang air kecil? Mungkin anda menghidap Dysuria yang biasanya terjadi pada orang lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berasa sakit semasa membuang air kecil biasanya dipanggil sebagai kencing pedih atau Dysuria yang berlaku disebabkan oleh jangkitan saluran kencing atau masalah batu karang dalam pundi kencing.

Untuk mendapatkan keputusan yang tepat, pesakit perlu melakukan pemeriksaan urin dengan doktor supaya rawatan terbaik dapat dijalankan.

Pemeriksaan urin dilakukan bila alami kencing pedih

Kredit: Freepik

Namun begitu, anda tahu tak apa itu kencing pedih? Ia merupakan istilah yang bermaksud kesakitan dan ketidakselesaan semasa membuang air kencing yang mungkin berasal dari pundi kencing, uretra atau perineum.

Uretra adalah saluran yang berfungsi mengalirkan air kencing ke luar badan, manakala perineum pula adalah kawasan antara zakar dan dubur bagi orang lelaki.

Sementara itu, kencing pedih ini juga boleh berpunca daripada penyakit berjangkit termasuk jangkitan seksual atau STD seperti klamidia dan gonorea serta keadaan yang tidak berjangkit.

Selain itu, kencing pedih biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria di bahagian saluran kencing terutamanya pundi kencing.

Baca juga: Panduan bergambar 6 cara untuk ajar anak lelaki kencing berdiri, berguna untuk ibu bapa!

Semasa bila ia berlaku?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kencing pedih ini biasanya terjadi semasa lelaki membuang air kencing. Namun ia akan hilang setelah selesai proses tersebut. 

Walaupun begitu, pesakit harus tahu waktu khusus kepedihan yang dirasai adakah semasa proses pembuangan sahaja contohnya semasa mula-mula air kencing nak keluar yang mungkin berkaitan dengan keradangan uretra. Manakala, jika sakit di hujung proses kencing mungkin keradangan pundi kencing.

Punca kencing pedih

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah punca yang menyebabkan Dysuria berlaku:

1# Punca kencing pedih: Jangkitan

Adanya jangkitan di bahagian saluran kencing seperti uretra, pundi kencing, buah pinggang yang biasanya penyebab kencing pedih. Jenis jangkitan yang biasa ialah jangkitan pundi kencing, buah pinggang, prostat dan uretra. Manakala, penyakit kelamin juga merupakan antara punca utama kencing pedih.

Lelaki yang mengalami anatomi atau fungsi sistem kencing yang tak normal mungkin terdedah dengan jangkitan yang luar biasa, berulang atau berterusan dengan organisma seperti Proteus, Klebsiella atau spesies Enterobacter.

Jangkitan virus pula mungkin disebabkan jangkitan adenovirus pada pundi kencing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Punca kencing pedih: Halangan pada sistem kencing

Bagi mereka yang berusia, “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih. Lebih daripada 50 peratus lelaki berusia lebih 70 tahun mempunyai simptom BPH.

Ia disebabkan prostat yang terlebih besar berada antara pundi kencing dan saluran keluar air kencing seterusnya menjadi halangan saluran kencing hingga menyebabkan takungan dalam pundi kencing. Ia juga boleh mengakibatkan keradangan mukosa uretra yang terdedah.

3# Punca kencing pedih: Kanser

Kencing pedih juga mungkin gejala awal disebabkan barah pundi kencing khususnya di kalangan perokok lelaki.

4# Batu karang

Apabila batu karang disingkirkan dari buah pinggang atau menjadi besar di pundi kencing, mereka boleh mencederakan permukaan organ tersebut lalu mengakibatkan keradangan dan kencing pedih. Kurang minum air adalah punca paling biasa untuk serangan batu karang.

Sebab-sebab lain

  • Kecederaan atau kerengsaan disebabkan penempatann tiub kencing atau hubungan seksual
  • Luka pada bahagian luar kemaluan air kencing yang terkena air kencing hingga menyebabkan pedih.
  • Tindak balas terhadap produk kebersihan alat sulit 
  • Penggunaan produk kebersihan alat sulit yang kerap boleh mengakibatkan kerengsaan pada bahagian saluran kencing.
  • Kencing manis dan penyakit kronik lain yang melemahkan sistem imun boleh membawa kepada gejala kencing pedih akibat jangkitan.

Tanda kencing pedih

  • Demam
  • Aliran air kencing tidak lancar
  • Tiada keupayaan untuk menahan air kencing
  • Kerap kencing
  • Sakit bahagian bawah abdomen
  • Perasaan pundi kencing penuh
  • Jangkitan
  • Kerap bangun lewat malam
  • Sakit bahagian belakang badan
  • Darah dalam air kencing
  • Air kencing berwarna gelap dan tidak jernih

Ujian yang perlu dilakukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Pemeriksaan urin

Kehadiran nitrit yang tinggi dalam air kencing adalah kerana kebanyakan bakteria menukarkan nitrat, kompaun yang biasanya hadir dalam air kencing kepada nitrit. Jadi pemeriksaan air kencing harus dilakukan untuk mengenal pasti masalah pesakit. 

#2. X-ray abdomen

60 peratus diagnosis batu karang dalam organ sistem kencing dapat dikesan melalui X-ray abdomen. Malah, X-ray dapat memberi gambaran sistem air kencing dari segi anatomi atau perubahan struktur seperti buah pinggang, pundi kencing akibat jangkitan kronik, batu karang atau keadaan organ yang luar biasa sejak lahir.

#3. Pemeriksaan Ultrasound

Pemeriksaan cepat dan mudah yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej organ dalam badan.

Rawatan bergantung pada penyakit yang dihadapi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Jangkitan : ubat antibiotik untuk merawat jangkitan.

#2. Halangan pada sistem kencing : antibiotik dan “alpha-1 blockers”

#3. Kanser : Kemoterapi dan radioterapi, mungin juga pembedahan bagi mengeluarkan pundi kencing.

#4. Batu karang: dirawat dengan gelombang yang dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit dan memecahkan batu kepada ketulan kecil. 

Walau bagaimanapun, jika gejala tidak bertambah baik seharusnya anda berjumpa doktor untuk melakukan penilaian rawatan yang lebih lanjut. Semoga bermanfaat.

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Sebab Mengapa Lelaki Patut Kencing Sambil Duduk, Bukan Berdiri!