Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!

Semua ibu bapa mahu anak yang punyai pemikiran kreatif dan imaginasi tinggi. Namun apakah cara paling mudah untuk kecapinya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penghujung tahun 2021 mendapati seluruh negara berduka dengan kejadian banjir besar yang berlaku di negeri Selangor dan Pahang. Kejadian ini tidak hanya memberi kesan terhadap golongan dewasa sahaja, malah turut menjejaskan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak. Justeru ibu ayah hendaklah melakukan beberapa perkara bagi menghiburkan anak-anak dan sekaligus memulihkan semula pemikiran kreatif mereka.

Lumrah setiap manusia pastinya tidak sanggup untuk merasai kehilangan. Anak yang sedang membesar pasti berasa sedih dan kecewa apabila kehilangan mainan kesayangan atau binatang peliharaan mereka disebabkan oleh banjir yang melanda.

Merangsang pemikiran kreatif dan imaginasi anak-anak

Memandangkan kini kita masih menerima kes baharu berkaitan dengan varian Omicron serta berdepan dengan musibah banjir, seluruh masyarakat diminta untuk sentiasa berhati-hati. Kesan pasca banjir boleh memudaratkan kesihatan mental dan diri seisi keluarga.

Musim cuti persekolahan tahun ini amat berbeza dengan sebelumnya. Bagi anda yang tidak terjejas banjir mungkin membuat keputusan untuk menziarahi sanak saudara, melancong dalam negara atau mengadakan Hari Keluarga.

Namun bagi keluarga yang tidak berkesempatan untuk kemana-mana, mereka akan memilih menghabiskan masa di rumah sahaja. Justeru apa kata anda manfaatkan waktu ini dengan melakukan beberapa aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif dan imaginasi anak-anak:

#1. Aktiviti melukis dan mewarna

Ramai ibu ayah tidak sedar bahawa setiap anak sebenarnya mempunyai pemikiran kreatif yang semulajadi. Anda perlu menjadi pendorong utama untuk mereka menerokai kreativiti dan memupuk minat seni pada diri anak-anak.

Berikan mereka kebebasan untuk mencipta lukisan kegemaran serta memilih warna mengikut daya imaginasi. Hal ini secara tidak langsung memudahkan kanak-kanak mengekspresikan emosi mereka dan membuka peluang untuk ibu ayah mengenali personaliti anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Melengkapkan cantuman puzzle

Sepanjang tempoh untuk menyusun kepingan-kepingan gambar menjadi lengkap, anak-anak cenderung belajar berfikir dan menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah.

Mereka juga akan berimaginasi dan teruja untuk melihat hasil gambar yang terakhir. Dalam hal ini, ibu ayah disarankan memilih puzzle mengikut kesesuaian umur anak agar tidak membebankan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Bermain secara kreatif

Ia biasanya melibatkan pemikiran kreatif anak-anak mengubah objek harian menjadi sesuatu yang boleh digunakan untuk bermain. Anak dipenuhi dengan kesemua barang yang ada di sekeliling mereka.

Misalnya kusyen besar dan kain selimut disusun membentuk seolah-olah seperti khemah atau permaidani dijadikan sebagai ‘pulau yang selamat’. Ibu ayah boleh berpura-pura menjadi ikan yu mengelilingi pulau yang menunggu masa untuk menerkam mereka.

Permainan secara spontan ini membolehkan mereka berfikir dengan kreatif akan cara-cara untuk menyelamatkan diri dan pastinya sungguh menyeronokkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Menonton televisyen di rumah

Tidak dinafikan, anak yang sedang membesar kebanyakannya suka menonton televisyen.

Rancangan animasi antara menjadi kegemaran mereka. Bagi sesetengah ibu, anda mungkin berpendapat bahawa ia mendatangkan banyak mudarat. Namun sebenarnya menjadi cara paling santai dan relaks untuk anak-anak belajar.

Misalnya siri kartun aksi membolehkan anak-anak berimaginasi dan belajar cara untuk menyelamatkan diri dan orang tersayang ketika diberikan ujian hidup.

Kelebihan melakukan aktiviti bersama anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun kerajaan telah memberikan kelonggaran buat ibu ayah yang menerima dos vaksin lengkap untuk merentas negeri bagi tujuan peribadi atau bercuti, namun adalah lebih baik untuk kekal di rumah bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Sebenarnya musim cuti persekolahan ini menjadi sesuatu yang bermanfaat sekiranya ibu ayah bijak menggunakan masa yang ada dengan melakukan aktiviti menarik bersama anak-anak.

Tidak hanya memberikan pengalaman yang menyeronokkan, ia turut mampu mengeratkan hubungan anda bersama mereka.

Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugasan seharian dan rutin persekolahan, waktu cuti inilah untuk anda menebus semula perkara yang tidak sempat dilakukan bersama seperti memasak, makan atau menonton televisyen.

Astro bawakan siri kartun baharu untuk aktifkan pemikiran kreatif anak-anak anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi memenuhi cuti persekolahan ini, Astro bawakan khas siri kartun baharu yang hebat penuh dengan aksi dan komedi, Mechamato di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD).

Anda dan seisi keluarga boleh menontonnya setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 3 petang atau strim secara On Demand untuk episode terkini.

Bintang utama bagi siri kartun ini adalah seorang kanak-kanak lelaki baik hati dan kreatif bernama Amato. Dia telah menjumpai penjara di angkasa lepas yang didiami oleh robot-robot.

Walaubagaimanapun, mereka berjaya melarikan diri ketika penjara berkenaan terhempas di planet bumi.

Salah satu robot bernama MechaBot dalam penjara berkenaan mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menukar objek-objek harian kepada peranti yang berteknologi tinggi.

Amato telah berjaya mengawal MechaBot dan mereka bekerjasama untuk mengesan serta membawa pulang semula robot-robot yang melepaskan diri dari penjara angkasa lepas.

Menurut Ketua Asia Pasifik Cartoon Network, Lesliee Lee, selain aksi dan komedi, Mechamato juga merupakan sebuah cerita mengenai persahabatan, imaginasi dan inovasi yang menjanjikan kanak-kanak menyukainya.

Idea asal siri ini berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia. Ia adalah animasi yang penuh dengan aksi serta lawak jenaka. Barisan karakter dan robot yang menarik dalam Mechamato ini mampu merangsang daya kreativiti kanak-kanak dalam kehidupan seharian mereka.

Siri animasi terbaharu ini sedia untuk ditonton di rumah. Nikmati episode baharu setiap minggu di Cartoon Network atau stream on demand. Untuk dapatkan Kids Pack klik sini atau WhatsApp 03-9543 3838.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Halang Anak Suka Conteng Dinding, Ia Merangsang Otak & Daya Sensori