Kanak-kanak Tadika Dengan Pendidikan Sosial Yang Baik Lebih Cenderung Berjaya

Jika anda ingin anak anda berjaya, anda harus memberi tumpuan kepada pendidikan sosial dahulu.

Kita semua tahu pendidikan sosial adalah penting- contohnya, berbuat baik menjadikan kita seorang yang lebih baik, dan secara umumnya menjadikan dunia satu tempat yang baik. Kajian menunjukan, berbuat baik juga menjadikan kita lebih berjaya.

CNN melaporkan sebuah kajian yang diterbitkan oleh Public Health menunjukan bukti perkaitan antara kemahiran sosial dalam pendidikan tadika dengan kejayaan di peringat awal dewasa.

Pendidikan Sosial

Para penyelidik kajian ini mendapati, kanak-kanak yang mendapat pendidikan sosial seperti membantu dan pemurah semasa di tadika lebih cenderung berjaya graduasi dari kolej dan mempunyai kerja sepenuh masa pada usia 25 tahun.

Sebaliknya, kanak-kanak yang mempunyai kesukaran bergaul dengan rakan sebaya lebih cenderung mempunyai masalah penyalahgunaan dadah dan mempunyai rekod jenayah apabila dewasa.

Kajian ini telah dijalankan lebih 20 tahun ke atas lebih 700 orang pelajar. Para penyelidik bermula dengan bantuan guru tadika untuk mengakses kemahiran sosial mereka. Apabila mereka sudah mencapai umur 20-an, para penyelidik menyusul dengan maklumat terkini mereka.

“Ianya jelas, dengan membantu kanak-kanak membentuk kemahiran sosial mereka meningkatkan peluang berjaya mereka di sekolah, alam pekerjaan dan kehidupan.”

“Berdasaran penyelidikan ini sahaja tidak membuktikan bahawa kemahiran sosial yang lebih tinggi membawa kepada keputusan yang lebih baik kemudiannya,” kata Damon Jones, seorang penyelidik kanan di suatu kenyataan media. “Tetapi apabila digabungkan bersama kajian yang lain, ianya jelas, dengan membantu kanak-kanak membentuk kemahiran sosial mereka meningkatkan peluang berjaya mereka di sekolah, alam pekerjaan dan kehidupan.”

Penemuan hasil kajian tersebut ada logiknya. Seperti yang ditekankan oleh The Washington Post, kanak-kanak dengan kemahiran sosial yang bagus mempunyai kelebihan dalam mendapat kawan baru serta mendapat pengenalan dari guru-guru, menjadikan mereka lebih suka dengan persekolahan.

Pengarah Institut Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan Awal di Universiti Rutgers, Steven Barnett memberitahu The Washington Post bahawa kajian ini membuktikan bahawa pra-sekolah yang berkualiti akan memberi kesan yang berbeza. “Ia akan menjanjikan kanak-kanak untuk sampai pada jam 5 dan kekalkan,” katanya. “anda perlu yakin dan ia tidak akan datang membongkar.”

Pencapaian akademik bukanlah segalanya

Kajian ini menunjukan yang gred bukanlah penentu segalanya, dan tenaga pengajar juga harus meluangkan masa untuk membina kemahiran sosial dan emosi.

“Secara tradisinya, kita lebih fokus dengan pencapaian akademik, tetapi lebih dari ini, kita sedar melalui hasil penyelidikan, pencapaian akademik hanyalah salah satu bahagian yang menjadikan sesorang itu berjaya,” Jones memberitahu CNN.

Bijak emosi juga akan membawa anda jauh di dalam alam perniagaan. “[Ahli perniagaan] tahu yang mereka perlu mengambil pekerja yang mudah bergaul dengan orang lain kerana ianya memberi impak yang besar,” kata Pengarah Program Yayasan Robert Wood Johnson, Krisitin Shubert. Organisasi ini juga adalah organisasi yang membiayai kajian ini.

 Sekarang bagaimana?

Jika anak anda yang masih ditadika mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan sekelas, adakah ini bermakna dia tiada harapan?

Sudah tentu tidak, kata para penyelidik. Bersyukur dengan adanya media, kemahiran sosial dan emosi boleh diajar melalui ibu bapa atau pelajaran rasmi.

“Berita baiknya ialah kemahiran sosial dan emosi boleh diperbaiki dan ini menunjukan dengan banyak cara. Ini menunjukan yang kita boleh mengambil kira kemahiran ini secara efektif dan tidak mahal di peringat awal usia,” kata Jones.

Baca juga: 

Pendidikan dengan cara ini membawa lebih banyak faedah pada anak

Penulis

Aqma