Bila fikir tentang pendidikan anak, kita mestilah mahukan yang terbaik untuk mereka. Tapi pilihan pendidikan anak pun banyak, kita boleh keliru.
Perlu ke pilih pendekatan cara tradisional untuk pendidikan mereka atau pendekatan moden? Artikel ini akan fokus kepada pendidikan progresif yang dikatakan memiliki pelbagai kebaikan.
Pendidikan anak: Apa itu pendidikan progresif?
Pendidikan progresif berasal dari Eropah.
Antara orang yang menerokai pendekatan ini adalah Maria Montessori yang terkenal kerana mewujudkan “cara montessori” dalam memperkenalkan makanan pejal pada anak.
Apa maksud pendidikan progresif?
Pendidikan progresif adalah respon untuk sistem pendidikan tradisional. Menurut pendidikan progresif, peraturan yang dibuat tentang pendidikan adalah terlalu ketat dan formal.
Pendidikan progresif ini memfokuskan kepada pengalaman.
Tujuan utama pendidikan progresif adalah supaya kanak-kanak menjadi lebih mahir dengan tindakan mereka apabila mereka melakukan sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran.
Ini beberapa prinsip utama pendidikan progresif:
- pendidikan adalah untuk meningkatkan aspek fizikal, emosi dan intelektual anak.
- sekolah bukan institusi tetap. Ia adalah tempat untuk kanak-kanak bereksperimen dengan belajar melakukan sesuatu perkara.
- dalam kelas, semua pendapat adalah penting.
- kreativiti dan seni akan membantu untuk memupuk kanak-kanak dalam perjalanan mereka untuk meneroka dan berfikiran bebas.
Pendidikan progresif adalah untuk mendidik pelajar untuk berfikir dari hanya mengeluarkan fakta.
Tambahan lagi, pendidikan progresif ini juga akan mencabar idea yang peperiksaan adalah cara yang tepat untuk menentukan anak berpendidikan.
Pendidikan anak: Ciri-ciri pendidikan progresif vs pendidikan tradisional
Tak seperti pendidikan tradisional, pendidikan progresif mempunyai pelbagai perbezaan. Apa yang ketara, perbezaan ini adalah berlawanan dengan cara pendidikan tradisional.
Dalam pendidikan tradisional:
- Pelajar perlu duduk dengan patuh dan ambil pengetahuan dari sumber yang sah.
- Ibu bapa tak boleh ambil bahagian dalam mendidik anak
- Komuniti dan sekolah adalah dua entiti yang berbeza dan hanya bersatu apabila memerlukan pembiayaan.
- Sekolah dikendalikan melalui sistem hierarki dan dilaksanakan oleh bahagian pentadbiran.
- Kriteria tambahan digunakan untuk mengetahui prestasi pelajar dan asas untuk kokurikulum.
- Berbincang, tugasan dan buku teks adalah cara untuk menyampaikan pengetahuan.
- Subjek dan topik seperti bahasa dan matematik adalah kategori yang berbeza.
- Pelajar dinilai melalui peperiksaan.
- Penguasaan yang baik dalam bahasa dan matematik adalah pengukur kemahiran intelektual.
- Sekolah adalah wajib dan pelajar perlu mencari jalan untuk mengendalinya.
Manakala pendidikan progresif pula:
- Sekolah bukan satu fasa, ia adalah satu bahagian dalam kehidupan.
- Pelajar mengambil bahagian secara proaktif dalam tugasan, menyelesaikan masalah dan merancang.
- Ibu bapa adalah guru utama. Mereka menetapkan matlamat, merancang dan membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.
- Komuniti adalah sebahagian dari kelas.
- Bermain, mengalami situasi berbeza dan bersosial dengan orang lain adalah cara untuk mendapat pengetahuan.
- Pelajar memahami bagaimana sesuatu subjek berkaitan antara satu sama lain kerana ia digabungkan.
- Sekolah adalah tempat yang menarik dan bahagian yang menyeronokkan dalam hidup.
Tugas guru adalah perbezaan utama
Salah satu perbezaan dalam pendidikan progresif adalah tugas seorang guru.
Biasanya, guru akan bercakap tentang sesuatu topik dan melukis simbol di papan putih. Pelajar bergantung kepada mereka untuk pengetahuan.
Dalam pendidikan progresif, guru adalah seperti koordinator. Mereka akan duduk di meja dengan maksimum lapan pelajar dan membantu pelajar untuk berfikir dan mencabar tanggapan mereka terhadap dunia.
Dua kelebihan duduk dengan kumpulan yang kecil adalah guru kenal dengan semua orang.
Pertama, ia memberikan ruang selamat untuk berbincang, walaupun pelajar malu atau lemah berpeluang untuk bercakap.
Kedua, guru boleh mengetahui masalah kanak-kanak ini dan cuba untuk menyelesaikan isu mereka pada tahap yang lebih dekat.
Pendidikan anak: Kelebihan pendidikan progresif
- Ia beri peluang untuk pelajar terdedah dengan situasi di dunia sebenar. Ia membantu mereka mahir dalam kemahiran penting yang mereka perlukan untuk kerjaya mereka. Ini termasuk bekarjasama dengan kumpulan, berfikiran kritikal sebelum melakukan sesuatu dan mengunakan cara yang kreatif untuk menyelesaikan masalah. Kesemua kemahiran ini akan membantu mereka untuk melalui pembelajaran di University tanpa campurtangan ibu bapa.
- Pendidikan ini juga memupuk minat untuk belajar benda baru. Ini adalah sikap yang berharga apabila mereka merasakan sekolah adalah sebahagian dari kehidupan mereka dan buka fasa. Mereka memerlukan sikap ini untuk terus berjaya dalam dunia yang semakin canggih ini.
Apa pendapat anda? Anda lebih suka yang mana?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comdr-maszlee
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!