X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 Cara Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Menjadi Manusia Gembira

4 min bacaan
5 Cara Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Menjadi Manusia Gembira

Sebagai sebuah negara yang diiktiraf paling gembira di dunia, Denmark pasti mempunyai cara tersendiri dalam melahirkan anak-anak yang gembira dan yakin dengan diri sendiri. Di sini, kami akan berkongsi dengan anda 5 rahsia ibu bapa di Denmark dalam mendidik anak menjadi manusia yang gembira!

Denmark telah menjadi salah satu negara paling gembira di dunia selama hampir 40 tahun berturut-turut (sejak 1973!).

Pasti ada rahsia di sebalik kemampuan rakyat negara Skandinavia ini dalam menghasilkan insan-insan yang berkeyakinan, mudah bangun dari kepayahan, serta gembira dengan kehidupan mereka.

Di sini, kami akan berkongsi dengan anda cara ibu bapa di Denmark mendidik anak menjadi manusia gembira!

1.    Ibu Bapa Di Denmark Menggalakkan Anak Mereka Bermain di Luar

Mungkin bagi kita, membenarkan anak-anak bermain di luar merupakan satu perkara yang biasa. Kita tidak mengambil berat tentang hal ini. Namun, bagi ibu bapa di Denmark, ia merupakan satu perkara yang penting dan sangat ditekankan.

Kokurikulum sekolah di negara tersebut turut memasukkan ruang waktu bagi para pelajar untuk keluar dan bermain di taman permainan secara bebas.

Melalui peluang bermain sebegini, kemahiran sosial dan berfikir secara kognitif dapat dibentuk.

5 Cara Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Menjadi Manusia Gembira

Source: Thehuffingtonpost.com

Para ibu bapa turut menggalakkan anak mereka supaya bergaul dengan kanak-kanak yang lebih dewasa dari anak mereka. Kanak-kanak yang lebih tua ini dapat mengajar anak mereka bermain dengan lebih baik.

Malah, jika tiba musim hujan, ibu bapa di sini akan meminta supaya anak mereka keluar dan bermain hujan atau lumpur!

Cuba tengok video anak murid dari Forest School di Nova Scotia di bawah ini.

Mereka menjadikan hutan sebagai salah satu medium untuk belajar tentang alam dan kehidupan! Ini sama seperti contoh pendidikan anak-anak di Denmark.

A joyous Puddle jump. Posted by ForestKids Early Learning – Forest School on Friday, 7 April 2017

2.    Ibu Bapa di Denmark Mengajar Anak-Anak tentang Perasaan Sedari Kecil

Ibu bapa di negara gembira ini juga sangat jujur tentang perasaan. Mereka akan mendedahkan si kecil dengan pelbagai jenis perasaan seperti gembira, takut, sedih, dan marah.

Bagi mereka, anak yang terdedah dengan pelbagai perasaan dan dididik untuk mengenalpasti serta menguruskan emosi mereka akan membesar menjadi orang dewasa yang kuat mentalnya dan mempunyai EQ (Emotional Intelligence) yang tinggi.

Mereka tidak gemar bercerita tentang kisah dongeng dan jarang membenarkan anak mereka menonton filem kanak-kanak Disney. Bagi mereka, cerita sebegini menipu anak-anak dan menyebabkan si kecil percaya hanya kepada ‘happy ending’.

3.    Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Tentang Empati

Berbanding sifat simpati, para ibu bapa di negara ini juga lebih cenderung mengajar anak mereka tentang empati. Ia adalah kebolehan insan untuk memahami perasaan orang lain dengan meletakkan diri dalam perspektif orang tersebut.

Mereka percaya yang kemahiran berempati dengan orang lain adalah kemahiran yang perlu dipupuk dan diberi tunjuk ajar oleh ibu bapa.

Para ibu atau para bapa di Denmark sering berkomunikasi dengan anak mereka dengan bertanya seperti, “Kenapa awak rasa perempuan itu marah?” berbanding “Perempuan itu memang tidak patut marah!”

Malah, jika anda hendak tahu, di Denmark, terdapat program kebangsaan yang mengajar anak-anak tentang empati! Ia turut disertai dengan kelas latihan kebudayaan dan bahasa bagi memupuk kemahiran EQ.

4.    Ibu Bapa di Denmark Banyak Berkata-Kata Perkara yang Positif

Sebagai ibu bapa, apabila kita marah-marah atau sedang dalam ‘mood’ yang tidak baik, amat mudah untuk kita terkeluar kata-kata yang negatif.

5 Cara Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Menjadi Manusia Gembira

Source: Thedanishway.com

Bagi ibu bapa di Denmark, ia telah menjadi habit untuk meletakkan semua perkara dalam nada yang positif. Apabila anak-anak mereka mendengar perkara sebegini, ia memberikan impak dan lambat-laun turut berjangkit kepada diri mereka.

Contohnya, daripada merungut tentang cuaca yang mendung (Denmark mempunyai musim sejuk yang panjang), mereka lebih suka berkata yang hari sejuk sesuai untuk berehat, ataupun mengatakan, “Cuaca ini baik. Ia boleh menjadi lebih teruk dari ini.”

Apabila menegur anak-anak, mereka juga tidak akan mengaitkan perbuatan salah dengan karakter atau diri anak tersebut. Ia hanya akan membuatkan anak mereka berasa tidak yakin dengan diri sendiri.

Kajian ada menunjukkan yang sikap suka mencari perkara positif dalam semua perkara dapat membantu proses penyesuaian diri dan kawalan kognitif – ia adalah sikap positif secara realistik!

5.    Ibu Bapa di Denmark Percaya kepada Aktiviti Meluangkan Masa dengan Anak-Anak

Berbanding negara maju yang lain, masyarakat Denmark dan di kebanyakkan negara Skandinavia yang lain lebih tenang dalam kehidupan seharian mereka. Mereka bukanlah kaum yang sangat kuat bekerja sehingga lewat malam.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ibu bapa di Denmark yang bekerja akan pulang awal dan menghabiskan masa berkualiti dengan ahli keluarga yang lain. Mereka menggelarkan aktiviti kebersamaan sebegini sebagai masa ‘Hygge’.

Ia membawa maksud bermesra dengan ahli keluarga dengan minum, makan, bermain atau bernyanyi bersama.

Ibu bapa dari negara gembira ini tidak akan melayan smartphone sehingga mengabaikan anak-anak serta si kecil tidak akan terperuk sendirian di satu sudut dengan iPad atau tablet lain di tangan.

5 Cara Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Menjadi Manusia Gembira

Source: Thedanishway.com

Masyarakat Denmark sememangnya satu masyarakat yang gembira dan sentiasa berpuas hati dengan kehidupan mereka. Sehinggakan, bayi yang lahir di Denmark dikatakan bayi yang paling sedikit menangis berbanding negara-negara lain!

Mari kita ambil dan praktikkan cara ibu bapa di Denmark mendidik anak menjadi manusia gembira. Ia pasti akan sedikit sebanyak memberikan kesan positif dalam kehidupan anak serta keluarga kita pada masa yang akan datang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 5 Cara Ibu Bapa di Denmark Mendidik Anak Menjadi Manusia Gembira
Kongsikan:
  • Perbuatan Ibu Bapa Toksik Yang Harus Dihindari

    Perbuatan Ibu Bapa Toksik Yang Harus Dihindari

  • Ibu Ini Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark dan Mengakui Keberkesanannya

    Ibu Ini Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark dan Mengakui Keberkesanannya

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Perbuatan Ibu Bapa Toksik Yang Harus Dihindari

    Perbuatan Ibu Bapa Toksik Yang Harus Dihindari

  • Ibu Ini Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark dan Mengakui Keberkesanannya

    Ibu Ini Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark dan Mengakui Keberkesanannya

  • Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

    Bengkung Antara Keperluan Penting Ketika Berpantang, 8 Bengkung Terbaik Ini Antara Yang Mesti Dicuba Untuk Kekal Langsing!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.