4 pengajaran berguna dari filem Black Panther buat ibu bapa

Anda sudah tonton filem Black Panther di panggung wayang? Kalau sudah, mari lihat 4 pengajaran untuk ibu bapa yang amat berguna ini. Anda setuju tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudahkah ibu bapa menonton filem Black Panther di wayang? Kalau jawapannya masih belum, cepat-cepat book tiket kerana kami janji, filem ini menawarkan pengajaran untuk ibu bapa yang sangat berguna!

Tahukah anda filem Black Panther ini telah mengutip hampir USD $242 juta dalam masa 4 hari pertama tayangan? Kalah filem Badang 😛

Salah satu mengapa filem Black Panther ini mendapat sambutan hangat adalah kerana pembinaan karakter Afrika – Afrofuturisme yang dibawanya. Malah, ia juga padat dengan pengajaran untuk ibu bapa yang sangat bagus.

Wakanda selamanya! Pengajaran untuk ibu bapa dari filem Black Panther:

T’Challa antara salah satu karekter anak yang paling hebat sepanjang tahun ini. Kalau anak kita nanti membesar seperti beliau, penuh rasa bertanggungjawab, namun berempati, handsome dan tegas, pasti kita seronok!

Semua ini mungkin boleh terjadi jika kita mengambil pengajaran ini dari filem baru itu:

Pengajaran untuk ibu bapa 1# Jangan simpan rahsia

Anak-anak akan meniru aksi ibu bapa. Jadi, sebagai ibu bapa, jangan sibuk menyimpan rahsia dari anak-anak. Memang kita mungkin menganggap mereka tidak sesuai untuk tahu sesetengah rahsia kerana mereka masih muda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi sampai bila kita perlu menyorok rahsia itu? Contohnya seperti bapa T’Challa, T’Chaka yang menyimpan rahsia tentang kewujudan anak saudaranya. Akibat daripada perbuatan itu, Killmonger bangun ingin menuntut bela.

Sebagai ketua keluarga, anda sebagai ayah harus mendidik anak dan memberi makna terhadap sesuatu perkara. Semakin anak membesar, semakin mereka mula mengenali kita.

Jadi jangan simpan segala rahsia dari mereka kerana kelak mereka pasti akan mengetahuinya.

Pengajaran untuk ibu bapa 2# Keganasan bukan jawapannya

Dalam filem ini, kita dapat lihat bagai T’Challa sering menolak kekerasan dan keganasan. Beliau sanggup memaksa M’Baku untuk menyerah kalah berbanding membunuhnya saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga menyelamatkan Ross daripada memburu Killmonger.

Dalam filem ini, antara pengajaran buat ibu bapa yang berguna adalah kekerasan bukan jawapannya untuk mendidik anak. Lihat bagaimana T’Challa melakukannya.

Pengajaran untuk ibu bapa 3# Lawan selagi mampu – dan wanita juga boleh lawan atau bersaing!

Dalam filem Black Panther ini, mereka ingin menekankan tentang hak manusia untuk melawan selagi terdaya. T’Challa contohnya, tidak pernah berputus asa dan melawan selagi terdaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau bijak mengimbangkan antara kekerasan dan berlawan untuk hak masing-masing. Selain isu penjajahan (ehem!), filem ini juga mengangkat pengajaran untuk ibu bapa yang wanita juga boleh berjuang.

Lihat saja bagaimana power-nya Dora Milaje menghayun tombok dan berlawan. Rasa macam sekarang juga nak belajar seni mempertahankan diri! Gambaran ini membawa mesej wanita bukanlah insan yang lemah.

Sebaliknya jika kita mahu, kita juga mampu bersaing dan berjuang dengan orang lain! Jadi, ajarlah nilai itu pada anak-anak kita, sama ada anak lelaki atau anak perempuan.

Kelak, anak lelaki kita akan menghormati dan menghargai isterinya. Anak perempuan kita pula tidak akan mudah tunduk pada kata-kata manis lelaki dan bijak membawa diri.

Pengajaran untuk ibu bapa 4# Jadilah diri sendiri

Pengajaran paling berguna buat ibu bapa di luar sana yang dibawa oleh filem Black Panther ini adalah bagaimana pentingnya menjadi diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat bagaimana T’Challa membawa dirinya. Dia kekal menjadi dirinya sendiri, anak lelaki yang dididik dengan penuh sempurna oleh si ayah. Sama juga seperti kita.

Selain bersikap jujur dengan diri sendiri, kita sebagai ibu bapa juga haruslah menerima diri sebenar anak-anak kita. Jangan risau tentang identiti mereka, asalkan kita mendidik dan mengajar mereka dengan lengkap. 

 

Semua gambar adalah dari screenshot Youtube.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 perkara penting ibu bapa patut ajar sebelum anak berusia 5 tahun

Penulis

Ayu Idris