Sebaik sahaja doktor pakar mengesahkan anak memiliki ciri moderate autism, pasti ada banyak persoalan yang hadir dalam fikiran dan apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan memandangkan ibu ayah tiada pengalaman anak mild autisme.
Mempunyai anak dalam spektrum autisme boleh menjadi pengalaman yang unik dan mencabar buat ibu ayah. Setiap kanak-kanak autisme mempunyai keperluan yang berbeza, jadi adalah penting untuk memberikan sokongan mengikut keperluan mereka sendiri.
Pengalaman Anak Mild Autisme
Mild autisme atau autisme ringan dikenali sebagai autisme tahap 1. Kanak-kanak dengan mild autisme secara amnya menunjukkan beberapa ciri autisme, tetapi pada tahap yang lebih ringan atau kurang teruk berbanding kanak-kanak dengan autisme lebih tinggi.
Sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia pada 2 April, kami kongsikan kisah dan pengalaman seorang bapa, Zaki Yahaya, membesarkan anak kembar sulung yang disahkan autisme sejak usia 5 tahun.
Alhamdulillah sudah 6 tahun saya dan isteri dianugerahkan dua orang cahaya mata istimewa yang bersifat autisme. Inilah anak sulung kami berdua.
Pada umur 5 tahun mereka berdua baru disahkan mild autisme oleh pakar. Sekelumit perasaan pun kami tidak pernah katakan yang kami berdua tak boleh terima. Malah kami bersyukur apa yang kami punyai.
Dulu kami sentiasa titipkan doa agar kami dapat anak kembar. Dan akhirnya Allah bagi. Alhamdulillah. Kadang terlintas juga. Yang kamu berdua nak, AKU dah berikan dan yang Ini yang AKU pula nak berikan wahai hamba-Ku.
Sifat Anak Istimewa Berubah Tanpa Dijangka
Macam-macam yang saya dan wife belajar. Dah la anak sulong, kembar, autisme. Dari cara makan dan minum, cara berpakaian, cara tidur, cara berkomunikasi, cara emosi.
Dan jujur saya kata. Sifat mereka berdua akan bertukar secara tak dijangka. Stamina jangan cakap. Memang kuat. Kalau tantrum, kami kena cekal la sikit.
Kalau sahabat-sahabat atau saudara mara ajak ke sebarang majlis. Kebanyakan saya akan bergilir dengan wife. Wife jaga anak dalam kereta, saya pegi bersua muka dan makan dulu.
Kemudian wife pula. Kalau kami berempat pergi ke majlis secara serentak. Kira hari tu, kami pergi bersalam sahaja. Paling kuat minum air. Sebab mereka berdua ada masalah di meja makan.
Itu belum cerita lagi kalau pergi ke majlis yang siap ada kolam renang. Mereka berdua memang suka akan air. Baik kolam renang atau bawa ke pantai. Jadi saya dengan wife akan bagi super duper extra perhatian.
Sekolah Khas Untuk Anak Autisme
Sekarang dah mula bersekolah. Sekolah khas untuk anak-anak syurga. Dari tak boleh bercakap. Sekarang dah ada sikit-sikit perubahan.
Kadang ada yang kelakar, sebab salah seorang dari mereka berdua hafal lagu berjudul Semalam dari Aina Abdul.. kena part Aina tu menjerit, dia pun sama naik je. Hahaha.. kadang lagu Negaraku dan Zikir Asma Alhusna, bacaan Surah Al-ikhlas maybe yang ni belajar dari sekolah. Alhamdulillah. Janji Babah dapat dengar suara emas kamu berdua ok dah.
Banyak lagi saya nak share sebenarnya berkenaan dengan sifat-sifat autisme. Supaya saya nak orang diluar sana faham pada kami ibu ayah yang lebih memahami.
Bersyukur Dengan Ujian
Dan pada ibu ayah yang dianugerahkan seorang anak autisme. Anda berdua boleh ingat saya, saya ada dua orang anak autisme. Dan bila mana saya rasa ada dua. Saya sentiasa ingat yang saya pernah jumpa family yang lebih dari dua orang bersifat autisme.
Dan syukurlah wahai ibu ayah, Sang Pencipta dah pilih kita untuk anugerah ini. Alhamdulillah. Dan sedarlah wahai ibu ayah yang sebenarnya kita sedang menumpang syurga mereka.
Saya selalu cakap dekat wife dan anak-anak. Babah bukanlah Babah yang terbaik yang pernah kamu semua ada. Tapi Babah akan berikan yang terbaik apa yang Babah ada.
Baca juga: 60 Ciri Ciri Autism/ Tanda Autism, Ibu Sila Perhati Jika Ada Kelainan Dalam Perkembangan Anak
Baca juga: Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!