X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

5 gambar dan kisah perjuangan luar biasa ibu-ibu bersalin ceasar, bukti mereka patut dihargai!

6 min bacaan
5 gambar dan kisah perjuangan luar biasa ibu-ibu bersalin ceasar, bukti mereka patut dihargai!

Ikuti kisah pengalaman bersalin ceaser yang dialami oleh ibu-ibu ini. Bersalin ceaser sewajarnya dihargai walaupun ia tidak seperti ibu yang bersalin normal

Pengalaman bersalin ceaser tak kurang hebatnya dari bersalin normal. Tapi ramai yang menganggap ibu bersalin ceaser tidak mengalami pengalaman yang sempurna seperti ibu bersalin normal.

Namun, ibu yang bersalin melalui teknik c-section (ceaser) ini juga bertaruh nyawa, melalui proses penyembuhan yang lama serta perlu menanggung bekas luka untuk seumur hidup! Ibu yang bersalin ceaser dan normal kedua-duanya mempunyai risiko yang besar.

Huffington Post baru-baru ini telah mengumpulkan beberapa ibu untuk berkongsi pengalaman bersalin ceaser dan apa yang mereka lalui selepas pembedahan.

Ini adalah 5 gambar dan kisah perjuangan luar biasa ibu-ibu ceaser yang sewajarnya anda baca. Barulah kita lebih menghargai wanita yang tidak kurang hebatnya ini:

1. Pengalaman bersalin ceaser #1: Mara, 41 tahun

pengalaman bersalin ceaser, pengalaman bersalin, kebaikan czer

Mara telah mengalami keguguran sebanyak 2 kali dan hamil buat kali ke-3. Sepanjang proses kehamilan, dia sering menganggap yang kandungannya juga akan mengalami keguguran.

Namun, kandungan Mara berjalan lancar sehingga usia kandungannya masuk 37 minggu.

“Semuanya berjalan lancar dan saya diinduce oleh doktor. Kemudian, doktor beritahu saya yang mereka tidak boleh kesan denyutan anak saya.” 

Doktor yang Mara kenali selama 15 tahun itu tiba-tiba berkata, “awak ingat lagi apa yang saya katakan tentang pembedahan kecemasan ceaser? Saya akan beri kod untuk melakukan pembedahan kerana jika saya menggerakkan tangan saya, bayi ini tidak akan selamat.

Saya akan mula menjerit dan semua orang akan mula berkerja. Tapi, saya berjanji semuanya akan selamat.”

Mara buka seorang yang mudah bersikap tenang, lebih-lebih lagi kelahiran anak keduanya ini tidak sama dengan proses kelahiran anak pertamanya (bersalin normal).

Mara cuba untuk tidak panik apabila dia mendapat tahu yang tali pusat anaknya keluar dulu sebelum anaknya.

“Saya cepat panik dan tak tentu arah, tapi saya tahu yang saya patut bertenang untuk menyelamatkan anak saya. Mereka membawa saya ke bilik bedah dan disitulah anak perempuan saya lahir.”

Walaupun Mara telah merasai 2 proses bersalin yang berbeza, dia menganggap kedua-duanya adalah pengalaman yang berharga untuknya.

2. Pengalaman bersalin ceaser #2: Susan, 32 tahun

pengalaman bersalin ceaser, pengalaman bersalin, kebaikan czer

“Saya bersalin ceaser ketika melahirkan anak pertama, yang kini berusia 5 tahun. Pada awalnya saya bercadang untuk bersalin secara normal, tetapi selepas sakit kontraksi selama 15 jam, doktor yang memeriksa saya katakan yang dia tidak dapat melihat posisi kepala anak saya.

Jantungnya juga makin perlahan. Doktor kata itu petanda yang tidak baik dan pembedahan ceaser perlu dilakukan segera.

Perasaan Susan pada ketika itu sangat sedih dan dia masih ingat yang dia menangis ketika menandatangai surat persetujuan pembedahan.

Susan berasa takut dan dia sedar peluangnya untuk bersalin normal sudah tiada.

“Saya bersyukur anak saya ada bersama saya hari ini dan sihat.”

Orang-orang yang rapat dengan Susan bertanya kenapa dia perlu bersedih sedangkan anaknya sihat.

“Saya merasakan pengalaman bersalin ceaser yang saya lalui tidak dianggap penting seperti orang beraalin normal, saya marah selama berbulan-bulan.”

Perasaan tersebut hilang apabila Susan akhirnya dapat melahirkan anak keduanya secara normal. Ia penting kerana perasaan kalah semasa Susan bersalin ceaser terbayar dengan kehadiran anak keduanya secara normal.

“Tapi, saya berharap agar perasaan saya ketika melahirkan anak pertama dianggap sama penting dengan melahirkan anak secara normal,” kata Susan.

Kini Susan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kesihatan sebagai perawat untuk proses bersalin. Susan mahu semua ibu mendapat sokongan terhadap perasaan mereka ketika menjalani pembedahan ceaser.

Pengalaman bersalin ceaser #3: Marissa, 34 tahun

pengalaman bersalin ceaser, pengalaman bersalin, kebaikan czer

Marissa mengalami Hiperemesis (gejala mual dan muntah yang lebih teruk dari morning sickness) sepanjang kehamilannya, sehingga dia perlu masuk ke hospital beberapa kali. Pada trimester pertama, Marissa kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram.

“Saya tidak boleh bangun dari tempat tidur. Pada usia kandungan 36 minggu, mereka mengatakan saya mengalami kontraksi dan kemungkinan saya akan bersalin segera.”

Stories Rakan Kongsi
Prebiotics, an answer to your child’s constipation woes!
Prebiotics, an answer to your child’s constipation woes!
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
[Iklan] Persediaan Pendidikan Masa Hadapan Anak: 3 Kesalahan Utama Ibu Bapa Sering Lakukan
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

Seminggu kemudian, Marissa tidak boleh bangun dari tempat tidur. Dia masih sering mengalami kontraksi, tapi tidak pernah dalam jangka masa yang berdekatan. Hanya beberapa minit, kemudian hilang selama beberapa jam.

“Hal ini berlaku selama 2 minggu. Mereka pasang alat pemantau janin untuk memeriksa segalanya. Saat itu saya sedar uri anak saya sudah tercabut.”

Doktor memberi suntikan induce tetapi suntikan tersebut membuatkan Marissa tidak sedarkan diri. Marissa tinggal di hospital pada masa yang lama dan telah dirawat oleh 4 orang doktor.

“Akhirnya mereka membuat keputusan untuk melakukan ceaser dan memberi saya masa untuk bersiap.

“10 minit kemudian, mereka masuk ke dalam bilik dan mengatakan pembedahan harus dilakukan pada masa itu juga kerana anak saya di dalam posisi yang tidak normal.”

Marissa berkata yang dia tidak dapat ingat apa yang berlaku semasa proses pembedahan. Tetapi menurut suaminya, doktor telah memanggil nama Marissa beberapa kali untuk membuatkan Marissa terus terjaga.

“Ketika saya sedar, anak saya sudah lahir dan saya bertanya tentang apa yang terjadi.”

Marissa mengalami proses kehamilan dan proses bersalin yang rumit. Marissa sempat bergurau dengan mengatakan doktor bedahnya berjaya membuat parutnya hampir tidak kelihatan.

Saya berusaha untuk tidak memikirkan tentang pengalaman saya ini kerasa saya memiliki anak yang sihat. Tapi, saya masih trauma.

“Saya berusaha untuk merelakan semua yang terjadi, karena saya memiliki anak yang sehat. Namun saya masih merasakan trauma atas apa yang saya alami.”

Pengalaman bersalin ceaser #4: Nicole, 30 tahun

pengalaman bersalin ceaser, pengalaman bersalin, kebaikan czer

” Anak lelaki saya kini berusia 6 tahun. Semasa dalam perut, anak saya merupakan bayi yang besar. Para doktor memberikan saya pilihan, dan ceaser merupakan pilihan terbaik saya. Pengalaman yang menakutkan tetapi semuanya berjalan lancar dan pantas. Hanya setengah jam.”

“Untuk anak kedua juga saya memilih untuk ceaser dan saya tahu apa yang akan terjadi. Tapi, saya tertanya-tanya adakah luka akan lebih besar dan akan lebih sakit?”

“Proses pemulihan ternyata lebih sukar pada kali kedua. Tapi lukanya sembuh dengan baik.

“Saya juga merasa bersalah kerana tidak memilih untuk bersalin secara normal.

“Ada juga yang mengatakan bahawa ceaser merupakan jalan mudah. Gila!

“Tapi saya lepaskan rasa bersalah kerana saya memiliki 2 orang anak yang boleh berlari ke sana ke mari dan saya orang yang membawa mereka ke dunia ini.”

Pengalaman bersalin ceaser #5: Caroline, 30 tahun

pengalaman bersalin ceaser, pengalaman bersalin, kebaikan czer

Nasib Nicole kurang baik kerana dilahirkan dengan penyakiy glaukoma. Ini membuatkannya tidak boleh bersalin secara normal. Jika Nicole bersalin secara normal, ia dapat menjejaskan penglihatannya.

“Saya tahu saya akan bersalin secara ceaser dan saya tidak keberatan untuk melakukannya.” Kata Nicole.

Nicole merasakan ceaser yang dijalaninya sangat sempurna. Setiap kali Nicole ingat kembali tentang pengalamannya, dia merasakan bahawa doktornya sangat mengambil berat kerana bilik bedahnya terasa hangat dan disimbahi cahaya pembedahan yang indah.

 “Saya merasa sangat disayangi, dan dirawat dengan baik. Bekas luka ini adalah sebahagian dari kisah itu. Bekas luka ini juga mengingatkan saya akan pelbagai kejadian indah yang melengkapi kelahiran kedua anakku,” kata Nicole.

***

Inilah pengalaman pengalaman bersalin ceaser oleh ibu-ibu ini. Ada yang trauma dan ada yang menerima dengan sebaiknya.

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza. Siapa kita untuk menilainya? Tapi apa yang pasti, wanita yang melalui czer untuk melahirkan anak sewajarnya lebih dihargai berbanding dipandang enteng oleh masyarakat 🙂

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.commakan-pedas-ketika-pantang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Caesarean
  • /
  • 5 gambar dan kisah perjuangan luar biasa ibu-ibu bersalin ceasar, bukti mereka patut dihargai!
Kongsikan:
  • Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

    Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

  • Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

    Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

    Proses Bersalin Czer Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Supaya Tak Terkejut, Rileks Tak Rasa Apa-Apa Pun

  • Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

    Pahit manis pengalaman bersalin, pantang & menyusu: Nina Sabrina kongsi suka duka

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.