Hidung Berdarah Semasa Meneran, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

Pengalaman bersalin dan berpantang buat kali pertama pasti menjadi satu momen yang tidak mungkin dilupakan oleh setiap ibu yang melaluinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita yang menanti kelahiran anak pertama pasti beranggapan bahawa proses bersalin dan berpantang adalah mudah. Hakikatnya, proses bersalin setiap orang adalah berbeza dan agak sukar untuk menentukan bila masa yang tepat untuk pergi ke hospital.

Malah, proses kelahiran anak mungkin lebih mencabar daripada apa yang kita jangkakan. Apatah lagi, jika bakal ibu kurang membuat persediaan sebelum bersalin dan berpantang dengan betul.

Untuk itu, seorang ibu, Ayla Farihah kepada empat orang cahaya mata sudi berkongsi pengalaman bersalin anak pertama untuk panduan bakal ibu di luar sana.

Pengalaman Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

1) Boleh Ceritakan Pengalaman Bersalin Anak Pertama?

Saya bersalin anak pertama di Hospital Putrajaya pada tahun 2015. Ketika itu kami menetap di Seoul tetapi kerana kekurangan ilmu dan takut berpantang sendirian, kami pulang untuk bersalin di Malaysia.

Kami pulang lebih kurang dua bulan sebelum due date dan kebetulan ketika itu musim panas, suami saya dapat cuti yang panjang musim panas. Apabila pulang ke Malaysia, kami mengambil kesempatan berjalan sepuasnya bertemu dengan sanak saudara.

Sayang sekali masa yang ada tidak digunakan untuk menuntut ilmu tentang bersalin dan berpantang. Due date bersalin saya adalah pada 31 Ogos 2015. Bagusnya program FPP ini, kita

sudah ditetapkan untuk bersalin dengan doktor yang telah kita pilih.

Jadi pada sesi check-up yang terakhir doktor sarankan untuk kami bertemu pada 1 Sept sebab beliau nak bercuti pada 31 Ogos tu, yela Hari Kemerdekaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada 1 September 2015, saya berjumpa dengan doktor dan bukaan saya diperiksa. Beliau kata dinding rahim dah lembut dan doktor bantu membuka laluan.

Kami pulang semula ke rumah dan saya mula sakit pada waktu Asar. Apabila sakit yang dirasakan berlaku setiap 15 minit, saya mengajak suami ke hospital.

Rumah yang terletak di Bangi terasa jauh dengan Putrajaya kerana peritnya sakit contraction. Sampai di hospital, misi yang bertugas cuba memeriksa bukaan, ternyata sudah

2cm.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya diberi ubat untuk buang air besar. Misi memberi arahan jangan teran, tetapi terlalu sakit. Keluar saja dari tandas, bukaan saya menjadi 8cm! Tak sangka begitu pantas sekali.

Doktor dihubungi segera kerana saya akan bersalin tak lama lagi. Ramai mengatakan anak pertama lama sakit contractionnya sampai 48 jam pun ada, tapi saya tidak begitu. Semua berlaku begitu pantas.

Jam 7.30pm, doktor datang dan cek bukaan saya, 9 cm. Doktor minta izin saya untuk solat Maghrib. Saya hanya mampu mengangukkan kepala tapi sebenarnya terlalu sakit sehingga saya hendak gelengkan kepala dengan harapan ‘jangan tinggalkan saya doktor, sakit sangat ni’.

Selesai solat, doktor sudah sedia untuk menyambut anak saya. Saya meneran mengikut sesuka hati, ternyata kaedah saya salah dengan meneran di kepala.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Darah mengalir keluar dari hidung tanpa saya sedar. Doktor katakan ke suami saya, saya perlukan bantuan dan dia mencadangkan untuk menggunakan vakum.

Alhamdulillah jam 8pm anak saya yang diberi nama Ahmad Nufayl Firdaus selamat dilahirkan.

2) Pengalaman Bersalin ‘Full Paying Patient’ Di Hospital Kerajaan

Atas cadangan abang saya yang sedang bekerja di Hospital Putrajaya, saya cuba mendaftar untuk menjadi FPP di Hospital Putrajaya.

Mendapat layanan swasta di hospital Kerajaan sangat-sangat saya impikan. Servisnya sangat cemerlang dan biliknya sangat selesa walaupun berkongsi berdua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya ditemani kakak ipar ketika itu kerana suami tidak dibenarkan masuk bermalam.

3) Bagaimana Perasaan Ketika Berhadapan Dengan Situasi Sakit Semasa Bersalin?

Saya telah kehilangan ibu semasa melahirkan saya kerana tumpah darah. Sejarah silam saya ini sangat menghantui saya semasa proses kehamilan, bagaimana sekiranya saya juga akan mengalami masalah yang sama.

Mujur suami dibenarkan untuk bersama ketika proses kelahiran dan dia yang banyak tenangkan saya.

4) Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Korea

Anak kedua saya dilahirkan di Soon Chun Hyang University, Hannam-dong, Seoul. Berbeza dengan di Malaysia, di sini saya bersalin di hospital swasta dan kategori mahal kerana hospital universiti.

Mujur kami mempunyai National Insurance, bayaran yang sepatutnya RM10 ribu menjadi RM3 ribu.(Normal, kalau pembedahan RM20k).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika melahirkan anak pertama, suasana dewan bersalin sangat bising dengan jeritan para ibu menahan sakit melahirkan anak.

Di Korea, saya seorang sahaja yang melahirkan dalam keadaan hospital yang sangat sunyi. Benarlah kerisauan yang melanda Kerajaan Korea akibat rakyatnya yang tidak mahu

berkahwin dan mempunyai anak.

Sangat sunyi dan kelihatan seperti misi yang bertugas tidak mempunyai pekerjaan lain. Hampir setiap 10 minit masuk ke bilik saya silih-berganti memeriksa mesin.

Alhamdulillah proses bersalin anak kedua berjalan dengan lancar.

5) Tips dan Nasihat Buat Bakal Ibu Sebelum Bersalin Dan Berpantang Anak Pertama

Buat semua para bakal ibu, jangan ulangi kesilapan saya yang memandang rendah ilmu yang perlu dituntut sebelum bersalin.

Ketika anak pertama, saya tidak menuntut ilmu cara bersalin dengan betul, susu saya pun tidak banyak sampaikan saya mengalami stress.

Ketika itu, suami saya tidak berada di sisi kerana pulang ke Korea untuk sambung menghadiri kelas untuk program Masternya.

Selain itu, rajinkan membaca segala buku tentang kehamilan, ketika kelahiran dan selepas kelahiran.

Kalau boleh, ajak suami juga sekiranya menyertai kelas yang dianjurkan oleh pihak hospital.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Pengalaman Bersalin Induce – Pengorbanan Besar Ibu Yang Harus Dipuji

Baca juga: Pengalaman Bersalin Anak Pertama & Tembuni Putus Selepas Bersalin

Baca juga: Perut Rasa Cramp Ingatkan Nak Period, Ibu Ini Kongsi Cerita Pengalaman Mengandung Kali Pertama

Penulis

Noorhidayah