Bukan Saja 'Halal', Ini 15 Sebab Mengapa Bersama Selepas Kahwin Lebih Baik

Ini sebabnya kenapa bersama suami selepas kahwin adalah lebih baik dan nikmat. Tentu para isteri suami setuju dengan point di bawah ini.

Pengalaman bersama suami selepas kahwin memang lebih menyeronokkan dan memberi anda lebih banyak kebebasan untuk bersama pasangan pada bila-bila masa.

Apatah lagi selepas kahwin tidak timbul lagi perasaan malu-malu untuk berpegang tangan, berciuman mahupun melakukan hubungan seks. Semuanya kini telah menjadi halal buat anda.

Sebab itu orang kata rugi kalau lambat-lambat kahwin kerana anda tidak dapat menikmati keindahan perkahwinan itu dengan umur yang masih muda.

Nak tahu apa lagi yang best lakukan seks selepas kahwin? jom kami huraikan satu persatu! 

Pengalaman bersama suami selepas kahwin lagi seronok & best!

Ini beberapa huraian pengalaman bersama suami selepas kahwin lagi menggodakan! 

#1. Boleh buat seks bila-bila masa saja

Bila sudah berumahtangga anda boleh buat seks pada bila-bila masa sahaja. Seolah-olah seks itu macam kedai makan 24 jam!

Pendek kata sentiasa terbuka dan boleh terus ‘on’ bila-bila masa saja yang anda inginkan.

#2. Buat seks kilat di waktu pagi (quicky)

Orang perempuan memang suka buat seks waktu pagi walaupun masa itu sibuk nak kena bersiap bangun pergi kerja atau tengah siapkan anak untuk ke sekolah.

Sebab itu, ada kalanya menarik suami kembali ke katil selepas mandi adalah satu perkara yang isteri paling suka sebelum berdepan dengan hari baru.

#3. Tak perlu risau jangkitan STI (sexually transmitted infections)

Bila sudah berkahwin anda juga tak perlu risau dengan jangkitan STI asalkan suami tak curang atau bermain kayu tiga di belakang anda. Kalau tak mesti anda tak berkahwin dengan dia kan kalau tahu perangai buruk dia, betul tak?

#4. Bila dah selesai boleh terus baring tidur

Ha…yang paling best lepas main boleh terus baring dan tidur. Ataupun belek telefon main Facebook tanpa perlu rasa nak meraikannya pun walaupun seks itu sesuatu yang istimewa dan penuh emosi.

#5. Tak perlu nak cerita kat kawan

Selain itu, anda tak perlu lagi ceritakan hubungan seks dengan kawan-kawan kerana ia sangat peribadi dan tak perlu dicanang pada orang lain.

#6. Pasangan tahu nak puaskan diri anda

Paling best, pasangan tahu cara nak puaskan kehendak anda tanpa perlu diberitahu berulang kali semasa ingin melakukan seks. Dia tahu apa yang isteri suka misalnya bermain di telinga dahulu ataupun mencium di bahagian
leher. Semuanya suami dah hafal!

Sampaikan isteri hanya perlu relaks tanpa perlu tunggu apa-apa.

#7. Tidak lakukan aksi pelik-pelik

Yang pasti suami tidak akan melakukan adegan yang pelik-pelik sekaligus mengejutkan anda tanpa berbincang terlebih dahulu. Sebabnya suami dah tahu apa yang isteri suka dan nikmatinya dengan lebih ghairah!

#8. Tak payah tipu kalau seks tak best langsung

Jika rasa tak ada nikmat untuk bersama atau masa itu rasa macam tak syok nak buat seks, anda boleh terus bagitahu suami dan ajak dia sambung esok atau bila-bila masa yang kalian inginkan.

#9. Cukur atau tidak suami tak kisah pun

Bila dah berkahwin, lelaki akan terima apa saja keadaan isterinya termasuklah di bahagian kemaluan. Tapi, kalau rasa nak bercukur sentiasa untuk kepuasan hati suami, dipersilakan tiada siapa yang melarang.

#10. Seks tengah hari dan hujung minggu

Paling best bila dah berkahwin adalah buat seks masa tengah hari dan di hujung minggu. Masa ini memang rancak kemainlah kan.

#11. Jika tak nak buat seks tiada masalah pun

Bila rasa tak ada mood nak buat seks, tiada masalah pun tanpa perlu memikirkan bahawa perkahwinan anda sudah berakhir. Sebabnya, hari lain pun boleh buat.

#12. Seks makin bosan sedangkan bagi anda tak pun!

Walaupun orang kata berkahwin lama boleh menyebabkan seks makin bosan namun bagi anda tidak sama sekali. Bahkan anda masih menginginkannya bila-bila masa yang anda mahu.

#13. Umur 50 tahun seks lebih kerap

Ada kajian yang mengungkapkan bahawa aktiviti seksual akan lebih bertambah selepas ulang tahun perkahwinan yang ke-50.

#14. Tak rasa nak buat seks dalam bilik mandi

Paling tidak anda paling tak rasa nak buat seks dalam bilik mandi kerana merasakan air bukanlah tekstur seks yang terbaik.

Kalau mandi bersama pun anda hanya mahu jimatkan masa untuk keluar pergi kerja dengan cepat untuk elak jammed! 

#15. Cakap saja nak seks terus on

Paling best anda tak perlu terlalu romantis untuk dapatkan seks. Pendek kata anda hanya cakap ” jom kita main nak” pasti suami terus jawab “jom sayang”.

Ada lagi ulasan lain yang membuatkan seks selepas kahwin lebih best? Jom kongsikan di ruangan komen bawah.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Cosmopolitan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 4 Jenis Seks Suami Isteri Yang Mampu Mengukuhkan Rumah Tangga