Pengalaman DIGIGIT Tikus, Bayi Lahir Cacat Dibenci Nenek Dan Ayahnya Sendiri

Kecacatan kepada anggota badan bayi bukan hanya disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup harian sahaja, tetapi turut berkait rapat dengan soal kebersihan. Sentiasa pastikan persekitaran anda bersih dari ancaman sebarang jenis bakteria ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harapan gembira bertukar duka apabila ibu muda berusia 21 tahun dari Indonesia, Dina Otavia berhadapan dengan pengalaman digigit tikus sewaktu mengandung sehingga bayinya lahir dengan rupa yang cacat. 

Menantikan kelahiran anak pertama merupakan momen yang ditunggu oleh semua pasangan suami isteri.

Namun berbeza dengan realiti yang dihadapi oleh ibu muda ini apabila kelahiran bayi malangnya seolah-olah membawa musibah besar buat suami dan ibu mertuanya sehingga mereka tidak dapat menerima anak kecil ini.

Bahkan, suami yang sepatutnya bersama-sama membesarkan amanah ini sanggup meninggalkan mereka tanpa khabar berita.

Hati yang telah terluka dan kecewa dengan perbuatan suami dan keluarganya telah membawa Dina untuk memohon perceraian.

Pengalaman digigit tikus menjadi mimpi ngeri sehingga melahirkan bayi cacat

Sumber: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang diberi nama Pandhu, kini telah mencecah usia 5 bulan mengalami masalah kecacatan tisu Hydrocephalus Myelomeningocele yang membuatkan cacat pada bahagian wajahnya.

Punca kelahiran Pandhu  berbeza dari bayi lain diakui oleh ibunya sendiri kerana dia pernah mempunyai pengalaman digigit tikus sewaktu fasa kehamilan sebanyak dua kali seminggu ketika kandungannya berusia 4 bulan.

Bukan itu sahaja, kakinya pernah menjadi sakit sehingga mengeluarkan darah.

Hal ini turut disebabkan oleh persekitaran tempat tinggalnya di Jojoran, Surabaya terlalu kotor sehingga menjadi tempat haiwan-haiwan perosak berkeliaran.

‘’Saya telah mendapatkan rawatan doktor, tetapi kerana keadaan saya yang sedang mengandung, mereka tidak memberikan ubat, kecuali krim sapu untuk kegunaan luaran sahaja,’’ kata Dina.

Bayi kelainan upaya berkenaan lahir pada usia kandungan baru memasuki 8 bulan secara caesar. Rupa fizikal Pandhu kelihatan normal.

Hanya bahagian wajahnya sahaja yang cacat. Dina mengakui dia sendiri terkejut saat bayinya dilahirkan, akan  tetapi keluarganya menerima kekurangan Pandhu seadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ibu saya menerima kelahiran ini seadanya. Anak adalah amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin biarpun keadaannya tidak seperti yang diharapkan,” katanya.

Sayangnya, penerimaan ini tidak datang dari keluarga belah suaminya.

Mereka tidak mahu mengakui Pandhu sebagai darah daging hanya kerana kecacatan rupa yang dimiliki oleh bayi tersebut.

Pemimpin turun padang berikan bantuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Timbul perasaan simpati terhadap kisah yang dialami oleh Dina dan Pandhu, pemimpin tempatan sudi bekerjasama untuk membantu.

Sekarang ibu muda ini memiliki kehidupan dan kediaman yang lebih baik di Rusunawa Gunungsari Surabaya.

Kerajaan tempatan juga memberi jaminan bahawa mereka akan menanggung segala kos rawatan Pandhu di hospital.

Biarpun bebannya sedikit berkurangan, namun jauh di sudut hati kecil Dina, dia masih berasa sedih atas tindakan keluarga suaminya yang tidak pernah menjenguk anak kecil ini sejak dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sejak lahir hinggalah sekarang, ibu mertua saya tidak pernah melihat anak saya, dia memaklumkan bahawa dia malu ada cucu seperti ini,” kata Dina.

Benarkah digigit tikus semasa mengandung boleh menyebabkan bayi kelainan upaya?

Hydrocephalus pada bayi yang baru lahir.

Menerusi sebuah portal kesihatan Indonesia, Dr. Fita Fitria Ayu menyatakan bahawa gigitan tikus berisiko tinggi membawa impak negatif kepada wanita yang sedang hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Haiwan perosak seperti tikus membawa virus Lymphocytic Choriomeningitis yang boleh mengganggu sistem saraf,” katanya.

Apabila terdedah kepada gangguan ini, wanita hamil akan mengalami simptom seperti demam, selera makan berkurangan, sakit otot, mual dan muntah. Manakala, gejala yang lebih teruk yang boleh dialami adalah keradangan lapisan otak (meningitis).

“Virus ini akan merebak kepada janin dalam kandungan dan menjejaskan perkembangan otak, mata, gangguan kognitif, dan juga risiko kecacatan kelahiran,” kata Dr. Fita.

Hal ini turut diakui oleh Dr. Yusi Capriyanti yang menyatakan sekiranya wanita sedang mengandung digigit oleh tikus, risiko bahaya virus dari haiwan perosak berkenaan bukan hanya menyerang ibu sahaja, tetapi juga janin yang sedang dikandung.

“Haiwan perosak seperti tikus membawa banyak virus dan bakteria berbahaya kepada manusia. Jika gigitan berlaku pada trimester pertama, peluang untuk ibu tersebut mengalami keguguran cukup besar. Sementara itu, jika digigit tikus semasa trimester kedua atau ketiga, ada kemungkinan besar janin akan dijangkiti oleh virus dan bakteria yang gangguan kesihatan janin. Malah berisiko mengalami gangguan saraf. “

Oleh hal yang demikian, Yusi mengesyorkan agar anda segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gigitan tikus semasa hamil, melakukan ujian perubatan yang menyeluruh untuk memastikan keadaan ibu dan janin terhindar dari sebarang virus bahaya.

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcacat-seumur-hidup-virus