Bila kita tinggalkan rumah dengan pengasuh anak, kita tak tahu apa yang berlaku di rumah, kan? Tapi seeloknya, kita mengharapkan pengasuh anak itu menjaga anak malah rumah kita dengan selamat.
Namun, seorang DJ radio di Singapura Dzar Ismail, dari radio station Melayu, Ria 89.7FM, terkejut apabila mendapati pengasuh anak mereka bukan seperti yang dia harapkan! Mari ikuti luahan tentang pengasuh anak ini.
Pengalaman dahsyat DJ ini dengan pengasuh anak mereka
Dalam satu post di Facebook dan FB live audio, Dzar Ismail memberitahu secara terperinci apa sebenarnya yang terjadi. Dzar Ismail telah mengambil pengasuh anak dari Indonesia yang berusia 24 tahun pada tahun 2016.
Pada dasarnya, dia kelihatan baik dan jujur. Pengasuh anak tersebut telah bekerja dengan mereka selama 1 tahun 3 bulan. Walaupun Dzar dan isteri menyuruh pengasuh anak itu berpakaian sopan, tapi mereka tidak meletakkan banyak syarat kepada pengasuh itu.
Bukan itu saja, mereka juga memberi pengasuh anak itu sebuah bilik berpenghawa dingin, almari pakaian, makan, pakaian dan peralatan mandi tanpa had. Pengasuh itujuga dibenarkan berkomunikasi menggunakan top-up yang dibeli majikan.
“Dia boleh berehat pada bila-bila masa. Saya juga beri dia wi-fi percuma, iPad untuk melayari Youtubu dan Netflix pada masa rehatnya. Dia juga boleh menggunakan telefon sepanjang masa asalkan tidak mengabaikan kerja hariannya.”
Agak mewah kan?
Dzar dan keluarga percaya bahawa berbuat baik akan dibalas baik. Tapi, baru-baru ini Dzar dapat tahu yang pengasuh anak itu ada kehidupan rahsia yang sungguh mengejutkan…
Pengasuh anak: Apa yang dia lakukan di belakang majikannya sendiri?
Dzar beritahu, dia dan isteri membuat keputusan untuk follow pengasuh itu dia laman sosial dan instagram (sebagai orang lain), selepas beberapa rakan dan ahli keluarga mencurigai pengasuh anak itu.