Sebagai ibu bapa, pasti tidak pernah terlintas di fikiran yang pengasuh taska boleh beri ubat tidur kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain mungkin keputusan yang paling stress untuk ibu bapa. Sudah banyak kali kita baca tentang kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan pengsuh ditangkap. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang didera dalam diam?
Dalam fikiran ibu bapa, kita selalu menganggap mereka yang menjadi pengasuh adalah orang yang sayang kanak-kanak.
Itulah sebabnya kami sungguh terkejut membaca tentang kisah kanak-kanak yang di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Chicago ini.
Pengasuh taska beri ubat tidur kepada kanak-kanak!
Pengasuh kanak-kanak di sebuah taska di Chicago dituduh memberi ubat kepada kanak-kanak dalam bentuk “gummy bear” untuk memastikan mereka tidur.
Pada 5 Mac 2018, polis bertindak menangkap 3 pengasuh wanita terbabit atas tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak.
Menurut laporan, 3 pengasuh wanita dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Kiddie Junction itu telah mengagihkan gummy bear yang mengandungi ubat Melatonin agar kanak-kanak tidur dengan tenang semasa waktu tidur.
Melatonin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh otak supaya badan anda tahu masa untuk tidur dan bangun. Melatonin juga boleh dibeli dalam bentuk ubat.
Pihak polis berkata:
“Perbuatan itu masih dianggap bersalah kerana ubat itu telah diberi tanpa pengetahuan ibu bapa. Selain pengasuh taska beri ubat tidur sebarangan, mereka juga tidak tahu kalau kanak-kanak itu mempunyai alahan terhadap ubat melatonin ataupun tidak. “
Tips memilih taska yang baik
1. Adakah pihak taska mengambil berat tentang pendapat ibu bapa?
Sekiranya anda ada sebarang soalan atau kebimbangan, adakah pengurus dan pekerja taska itu melayan anda? Berhati-hati jika mereka memberi layanan kasar atau acuh tak acuh.
2. Adakah taska itu ada kakitangan yang mencukupi dan adakah mereka ada pengalaman menjaga anak?
3. Adakah taska itu mementingkan standard kebersihan?
Apabila terdapat banyak kanak-kanak di tempat yang sama, jangkitan seperti HFMD serta penyakit-penyakit lain senang merebak.
Pastikan taska itu juga mementingkan langkah-langkah kecemasan dan sudah bersedia dengan nombor-nombor telefon kecemasan sekiranya diperlukan.
4. Adakah taska itu rajin memberi update tentang anak anda?
Taska yang sedia berkomunikasi dengan ibu bapa adalah tanda taska yang baik. Kalau tidak ibu bapa perlu melakukan insiatif diri untuk menyemak keadaan anak di taska.
Apakah kriteria penting lain yang perlu dipertimbangkan apabila memilih taska untuk anak? Kongsilah bersama kami di ruang komen di bawah.
Semoga dapat membantu ibu bapa lain yang akan mencari taska yang sesuai.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Newsweek, CBS Chicago , Family Education , WebMD
Baca juga:
6 tips untuk menyediakan anak yang bakal pergi taska atau pengasuh