TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Lagi Kes Dera oleh Pembantu Taska, Kali Ini Pada Anak Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

16 May, 2017
Lagi Kes Dera oleh Pembantu Taska, Kali Ini Pada Anak Sendiri Sehingga Meninggal Dunia

Kes penderaan kanak-kanak semakin kerap berlaku dan yang terkini, ia sehingga menyebabkan kematian! Jom jadi ahli masyarakat yang peka pada persekitaran dan ketahui cara yang betul dalam melaporkan kes dera kanak-kanak. Kita tidak ingin ia berlaku kepada anak kita, dan juga kepada kanak-kanak lain yang naif dan tidak berdosa!

Semalam, masyarakat Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di Kajang. Kanak-kanak lelaki yang baru berusia 2 tahun tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital selepas di bawa oleh ibu mangsa yang juga suspek dalam kes ini.

Hasil bedah siasat mendapati yang si kecil itu mengalami kecederaan dalaman yang serius seperti patah tulang rusuk dan koyak pankreasnya.

Walaupun mangsa dikatakan jatuh katil, tidak mungkin kemalangan kecil seperti itu mampu menyebabkan kecederaan dalaman yang sebegitu teruk!

Suspek Merupakan Seorang Pembantu Taska di Kajang

Si ibu yang berusia 29 tahun merupakan seorang pembantu taska di Kajang. Menurut sumber, pada malam sebelum kejadian, dia ada terdengar bunyi suara kanak-kanak menangis. Tambahnya lagi, budak lelaki itu telah dipukul oleh ibunya dengan penyangkut baju kerana meragam.

Selain itu, sumber tersebut turut menceritakan yang dia ternampak kesan gigitan pada muka dan bekas lebam di tubuh badan si kecil itu.

Ibu mangsa itu sedang direman bersama dengan teman lelakinya untuk siasatan lanjut. Laporan terkini mendapati yang teman lelaki wanita terbabit mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan air kencingnya turut didapati positif ganja!

Kes Penderaan Kanak-Kanak Semakin Melarat Di Malaysia – Apakah Puncanya?

Sangat kerap kita mendengar kes penderaan kanak-kanak kebelakangan ini. Mengapakah perkara malang seperti ini sering terjadi kepada golongan tidak bermaya seperti anak-anak kecil?

Perkara ini semakin melarat sehinggakan persidangan rakyat turut membahaskan isu ini di parlimen.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, rekod kes dera kanak-kanak mengikut rekod JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sepanjang tahun 2012 sehingga 2016 adalah sebanyak 3,318 kes!

Antara punca utama berlakunya kes penderaan kanak-kanak sebegini adalah pergolakan atau perpecahan rumah tangga. Selalunya, apabila berlaku perceraian atau kehancuran rumah tangga, ia akan meninggalkan kesan mental dan emosi yang tidak stabil kepada si ibu atau si ayah.

Apabila anak meragam atau membuat perangai sedikit, mulalah dilempiaskan segala kemarahan dan kekecewaan kepada si anak itu. Sehinggakan, perasaan marah tersebut tidak dapat dikawal lagi dan dikerjakan si kecil tanpa belas ihsan.

Selain itu, punca kes dera juga banyak disebabkan oleh kecuaian ibu bapa dan penjaga taska atau pusat nurseri kanak-kanak. Dalam kes yang dilaporkan ini, ia mungkin disebabkan oleh punca krisis rumah tangga dan secara kebetulan, ibu kepada mangsa juga bekerja di pusat taska.

Kita tidak dapat mengelak dari terfikir, jika dia sanggup melakukan perkara sekejam itu kepada anaknya sendiri, adakah perkara yang sama berlaku kepada kanak-kanak lain yang berada di bawah jagaannya ketika di taska terbabit?

Apa yang Boleh Saya Lakukan Jika Saya Tahu Berlakunya Kes Penderaan Kanak-Kanak di Sekeliling Saya?

child abuse cases in Malaysia

Source: Mentalhealth4muslims.com

Menurut JKM, terdapat beberapa cara dalam melaporkan kes penderaan di kalangan kanak-kanak.

Jika anda ada mengesannya berlaku dalam keluarga anda atau di kejiranan dan di persekitaran anda, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh anda ambil:

  • Menelefon Talian Kasih JKM di nombor 15999.
  • Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan rumah anda dan membuat laporan rasmi di pejabat tersebut.
  • Terus pergi ke balai polis berhampiran dan buat laporan polis tentang kes penderaan kanak-kanak yang anda ketahui.
  • Melaporkan kepada mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak yang anda kenal atau terus pergi ke Pusat Aktiviti Kanak-Kanak berhampiran rumah anda.
  • Membantu dan merujuk terus kepada hospital bagi tindakan perubatan lanjut.

Mari Menjadi Netizen yang Peka dan Mengambil Berat – Kematian Kanak-Kanak Akibat Penderaan boleh Dielakkan!

Jom kita jadi seseorang yang peka kepada sekeliling kita. Jika kita terdengar suara tangisan kanak-kanak yang sangat teruk, berpanjangan, dan kerap, siasat dan ambil beratlah.

Sebagai orang dewasa, kita pasti tahu membezakan antara tangisan biasa dan tangisan yang luar biasa.

Ikut gerak hati anda dan buat laporan jika anda rasakan yang pihak bertanggungjawab patut menyiasat tentang keadaan perihal kanak-kanak tersebut.

Dengan bantuan dan kepekaan orang di sekeliling, pasti kita dapat mengelak perkara tragis – kematian kanak-kanak kerana penderaan – seperti ini daripada terjadi!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Lagi Kes Dera oleh Pembantu Taska, Kali Ini Pada Anak Sendiri Sehingga Meninggal Dunia
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham