Resepi Pengat Durian Dan Pulut Kukus Yang Berlemak Serta Harum Semerbak, Memang Sedap

undefined

Resepi pengat durian sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut untuk seisi keluarga atau para tetamu yang datang berkunjung ke rumah

Musim durian kini telah tiba dan inilah masa terbaik untuk anda menikmati buah durian dengan membuat pengat yang sedap! Malah, resepi pengat durian juga turut dikenali dengan nama serawa durian dalam kalangan peminatnya. 

Jika anda tidak pernah membuat atau ingin mencuba sesuatu yang baru, kami ingin kongsikan resepi pengat durian bersama pulut kukus yang sesuai dihidangkan untuk keluarga atau tetamu yang datang ke rumah.

Resepi Pengat Durian Atau Serawa Durian

Ikuti cara mudah memasak pengat ini hanya dengan menggunakan beberapa bahan yang sangat mudah seperti berikut. Anda boleh rujuk gambar untuk mengikuti cara penyediaan. 

Bahan-Bahan Untuk Pengat Durian:

  • Isi durian
  • 2 kotak santan kecil
  • Gula melaka
  • Beberapa helai daun pandan
  • Garam

Cara Membuat Pengat Durian

#1. Masukkan 1 tongkol gula melaka bersama dengan daun pandan ke dalam minyak yang panas. Penggunaan daun pandan bertujuan untuk mewangikan lagi pengat durian. 

#2. Masak sehingga gula merah cair dan kacau.

#3. Masukkan santan kotak ke dalam kuali setelah gula betul-betul cair dan sebati.

#4. Kacau santan sehingga sebati dan terus didihkan dengan menggunakan api sederhana.

#5. Masukkan isi durian tadi ke dalam kuali.

#6. Kacau isi durian tersebut secara perlahan-lahan sehinggalah menjadi pekat dan likat. Letakkan secubit garam sebagai perasa. 

Cara Kukus Pulut Yang Mudah

  1. Letak air paras pulut sahaja. Tak kisahla pulut banyak mana.
  2. Separuh masa pertama tu dalam 10-15 minit buka pengukus dan kacau² kejap bagi masak sekata.
  3. Kukus lagi selama 10-15 minit.
  4. Siap! Pulut pon cantik dan tak berkerak. Berbiji elok

resepi pengat durian, serawa durian, kalori pengat durian, resepi serawa durian dan pulut kukus

 

Mudah kan nak buat pengat durian atau serawa durian? Anda hanya perlukan beberapa bahan sahaja yang mudah didapati dan yang paling penting mestilah isi durian yang banyak. Barulah lebih sedap! 

Kalau anda nak tahu, hidangan ini sangat sesuai dimakan bersama dengan pulut kukus. Anda juga boleh makan bersama dengan roti jala atau dengan roti putih.

Jika ingin menikmati pengat ini begitu sahaja pun tidak menjadi masalah. Anda boleh menjadikannya sebagai hidangan pencuci mulut atau sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.

Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

Baca juga:  Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Baca juga: Cara Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Guna Kaedah Frozen Tahan Hingga Setahun!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!