Dyson Perkenal Pengering Rambut Supersonic Edisi Terhad, Warna Prussian Blue & Rich Copper!

Nampak lebih elegan. Itu yang boleh dikaitkan dengan pengering rambut edisi terhad Dyson yang menampilkan warna Prussian Blue & Rich Copper!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nampak lebih elegan. Itu yang boleh dikaitkan dengan pengering rambut edisi terhad Dyson yang menampilkan warna biru keemasan iaitu Prussian Blue & Rich Copper!

Pengering rambut Dyson Supersonic™ membolehkan pengeringan yang cepat tanpa haba yang melampau dengan teknologi kawalan haba pintar – kulit kepala akan sihat dan rambut terasa lembut.

Pengering rambut Dyson Supersonic edisi terhad dengan warna baharu

Memang tidak pernah mengecewakan, pengering rambut Dyson Supersonic™ membolehkan pengeringan yang cepat tanpa haba yang melampau dengan teknologi kawalan haba pintar sekaligus membuatkan kulit kepala akan sihat dan rambut terasa lembut.

Warna itu diinspirasikan daripada portfolio kejuruteraan Dyson dan penyelidikan yang lebih luas projek dalam bahan, warna dan kemasan.

Gabungan Prussian Blue & Rich Copper pertama kali disusun oleh jurutera Dyson yang bekerja di Dyson untuk projek Kenderaan Elektrik di mana warna menjadi tumpuan sebenar untuk pasukan reka bentuk. 

Terbentuk warnya Prussian Blue apabila pasukan berkenaan cuba mencari alternatif kepada hitam. Hitam sudah pati bergaya, elegan dan neutral.

“Kami mempunyai proses pemilihan warna yang bertujuan untuk kami lihat teknologi dan kami melihat di luar yang jelas.

Pada asalnya, Prussian Blue dan Rich Copper yang baharu adalah untuk kereta kami, kami ingin menyuntik warna minat ke dalam industri automotif, yang biasanya didominasi oleh lelaki.

Pemilihan warna mulanya untuk kereta keluaran Dyson

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jurutera reka bentuk Dyson sangat menekankan penggunaan warna dengan tujuan, dengan berhati-hati mempertimbangkan penempatan warna
untuk menyerlahkan teknologi teras. Aksen tembaga yang kaya pada rangkaian edisi terhad baharu ini menekankan teras
Kejuruteraan Dyson dalam setiap alat, termasuk apertur bulat pengering rambut Dyson Supersonic dan hujung dan tepi penggaya Dyson AirwrapTM.

Alat Prussian Blue dan Rich Copper 2021 Dyson boleh didapati daripada Dyson Demo Stores di seluruh negara, iaitu The Gardens Mall, Mid Valley Southkey, Queensbay Mall, Vivacity Megamall, serta www.dyson.my.

Kelebihan alat pengering rambut rekaan Dyson

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kelebihan lainnya ialah:

#1. Memiliki bentuk yang unik

Dyson Supersonic Flyaway Attachment dibangunkan dengan bentuk yang unik. Dyson mempunyai warisan mengubah bentuk konvensi, mencipta semula alat untuk memberikan spektrum gaya pelbagai jenis rambut tanpa kepanasan melampau.

#2. Motor diaktifkan dan dicipta sesuai untuk pelbagai jenis rambut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengering rambut Dyson Supersonic dikuasakan oleh motor digital Dyson V9 yang kecil, namun cukup kuat untuk berputar sehingga 110,000rpm- iaitu 6 kali lebih pantas berbanding motor pengering rambut jenama lain.

Jurutera telah meletakkannya di bahagian pemegang bagi memberikan keseimbangan apabila dipegang.

#3. Kawalan suhu yang pintar

Alat pengering rambut Dyson ini memudahkan pengguna mengawal suhu bagi mengelakkan kerosakkan, membantu melindungi kesihatan rambut. Teknologi Air Multiplier menguatkan udara sebanyak tiga kali bagi menghasilkan jet tekanan tinggi, pengawalan udara untuk pengeringan cepat dan gaya tepat.

#4. Ciri istimewa yang mesra pengguna

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah melakukan ujian dengan teliti terhadap pelbagai jenis rambut di makmal, Dyson telah membuat tambahan berbeza untuk pengering rambut Dyson Supersonic untuk menggayakan pelbagai jenis rambut.

Lekapan rekayasa Dyson termasuklah Smoothing Noozle, Styling Concentrator dan Gentle Air Attachment.

Model pengering rambut ini akan tersedia di dalam kotak mesin rambut Dyson Supersonic baharu yang boleh dibeli bermula 2 Ogos 2021 dan harganya RM1, 899. Untuk membeli, dapatkan maklumat lanjut di www.dyson.my atau kunjungi cawangan Dyson Demo Store berhampiran anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan ‘Terkenan’

Baca juga: Benarkah Mimpi Dukung Bayi Bermakna Rezeki Akan Lebih Murah? Ini Maksud Mimpi Anda

Baca juga: Sering Mimpi Dukung Bayi? Ini Maksudnya Jika Anda Pernah Mimpi Dukung Bayi Perempuan, Lelaki & Kembar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar