TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Muka Wanita Ini Berubah Jadi Tua & Berkedut Sewaktu Hamil, Sampai Stres Nak Jumpa Orang!

4 min bacaan
Muka Wanita Ini Berubah Jadi Tua & Berkedut Sewaktu Hamil, Sampai Stres Nak Jumpa Orang!

Kelihatan tua dan berkedut, itulah yang berlaku kepada wanita ini sewaktu hamil. Ikuti perkongsiannya ini.

Boleh dikatakan banyak perubahan yang akan berlaku dalam badan ibu semasa mengandung dan yang paling ketara adalah pada bahagian kulit wajah. Sampai orang tegur muka nampak berbeza dan macam makcik-makcik!

Sebab itu kadang-kadang dalam drama tv duk tayang iaitu wanita akan rasa takut badan gemuk, kulit tak cantik dan susah nak langsing balik lepas dah beranak pinak.

Ternyata perubahan ini membimbangkan setiap wanita kerana ia mengubah rupa paras ibu dan keseluruhan anggota badannya termasuklah kulit, kuku dan rambut.

Meskipun nampak buruk di mata orang lain, namun percayalah ia hanyalah bersifat sementara dan akan hilang selepas melahirkan anak kelak.

Sekiranya ibu risau keadaan ini akan berlanjutan sehingga tempoh berpantang, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor agar ia tidak menganggu emosi ibu sewaktu berpantang nanti.

Kulit wajah berubah jadi tua semasa hamil

kulit wajah

Itulah yang berlaku kepada pemilik nama Nor Sahira apabila dia berkongsi melalui Facebook di mana wajahnya berubah menjadi tua dan berkedut semasa hamil.

“Muka saya berubah teruk semasa mengandung tiga bulan sewaktu hamilkan anak nombor tiga.

“Semasa itu, muka saya sedikit demi sedikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Tentu awak semua terkejut, kan? Tapi saya yang mengalaminya lebih terkejut. Boleh dikatakan, tidak pernah pembawakan budak seteruk ini.

“Malah semasa mengandung, hari-hari saya stres bila nak berdepan dengan orang ramai. Saya hanya mampu tersenyum tapi dalam hati hancur berkecai.

kulit wajah

“Tetapi selepas bersalin, perlahan-lahan semuanya hilang dan memudar. Bengkak muka mula surut, hidung yang besar semakin elok semula dan kulit semakin cerah kembali.

“Namun, jangan ditanya saya pakai produk apa sebab saya tidak pakai sebarang produk pun.

“Ya memang tak dinafikan ramai yang kata terlalu berbeza seperti orang tua sewaktu hamil itu. Macam nenek dan saya tak boleh menidakkannya. Sebab memang itu yang terjadi kepada saya.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya dah kembali normal. Terima kasih kepada suami yang sentiasa puji mengatakan saya cantik walaupun saya tahu ia adalah sebaliknya. Dia hanya ingin sedapkan hati isterinya sahaja,” ulasnya berkongsi cerita.

Info extra: Adakah perubahan kulit wajah semasa hamil berbahaya?

kehamilan

Meskipun perubahan kulit biasa berlaku semasa hamil dan tidak menyebabkan masalah kesihatan namun anda disarankan untuk memaklumkan kepada doktor sekiranya kulit mengalami radang, melepuh, gatal-gatal atau ruam yang lambat hilang selepas beberapa hari.

Bukan itu sahaja, jika mengesan terdapat perubahan pada warna atau saiz tahi lalat atau pigmentasi yang berlaku turut disertai kesakitan , bengkak dan lebam anda juga harus maklumkan pada doktor yang merawat kandungan anda.

Hal ini kerana biasanya kulit akan lebih sensitif semasa berbadan dua, bukan saja kerana peningkatan hormon dalam badan tetapi juga boleh jadi disebabkan ia meregang dan lembut.

Salah satu sebabnya mungkin dari sabun dan bahan pencuci yang mungkin menyebabkan kulit menjadi pedih dan masalah seperti ekzema mungkin boleh jadi bertambah teruk. Sekaligus kulit bertambah gatal bila terdedah dengan cahaya matahari.

Atas sebab itu, cuba kenalpasti apakah penyebab kepada masalah ini. Adakah disebabkan serbuk pencuci atau minyak wangi yang anda gunakan.

Cara menjaga kulit sewaktu hamil

  • Memakai pakaian yang longgar dan diperbuat daripada kapas dan mengekalkan kelembapan badan.
  • Jika nak berendam dalam tab mandian, tambahkan minyak mandian kepada air untuk mengekalkan keanjalan kulit. Tapi awas ya jangan sampai tergelincir dan berhati-hati.
  • Akhir sekali lindungi kulit daripada matahari dengan memakai produk pelindung cahaya matahari berfaktor tinggi iaitu SPF15 atau lebih lagi.

Justeru, jangan lupa untuk bincangkan masalah anda itu bersama doktor yang merawat kehamilan anda setiap kali berjumpa semasa checkup.

Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan dalam keadaan yang baik sahaja.

Muka Wanita Ini Berubah Jadi Tua & Berkedut Sewaktu Hamil, Sampai Stres Nak Jumpa Orang!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Nor Sahira 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commengapa-anda-tidak-mengalami-alahan-walaupun-hamil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Muka Wanita Ini Berubah Jadi Tua & Berkedut Sewaktu Hamil, Sampai Stres Nak Jumpa Orang!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham