Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes yang menunjukkan bahaya menggunakan baby walker. Akibat kerisauan, pasti ibu bapa akan mula mencari alternatif lain untuk dijadikan pengganti baby walker, kan?
Akan tetapi, tak dinafikan penggunaan baby walker banyak manfaatnya seperti si ibu dapat sedikit masa bersantai. Malah, bayi juga boleh leka bermain dengan baby walker sementara ibu buat kerja lain.
Tapi, di situlah kesalahannya. Jika kita leka, kecederaan akibat baby walker boleh berlaku.
4 Pengganti Baby Walker Yang Sesuai Untuk Anak Anda
Sebenarnya, banyak pengganti baby walker telah dihasilkan. Ini bertujuan bagi membantu ibu bapa menguruskan anak dengan lebih mudah dan efisien, tanpa membahayakan anak-anak.
Jika anda masih tercari-cari pengganti baby walker untuk anak anda, anda pasti tertarik dengan alat mainan alternatif baby walker yang kami senaraikan ini!
Pengganti Baby Walker #1: Bounce Baby (4-8 bulan)
Alat ini sesuai untuk bayi yang berusia 4 ke 8 bulan, di mana bayi sedang aktif melakukan gerakan menendang. Alas kaki yang terdapat di bounce baby ini juga lembut untuk lekapan kaki bayi.
Kerusi yang boleh berpusing 360 darjah pula dapat membuatkan bayi lebih mudah meneroka sekeliling dan bebas bermain dengan mainan.
Selain diperbuat daripada bahan yang mudah dibersihkan, alas untuk menampang kaki bayi juga boleh dilaraskan mengikut kesesuaian bayi itu sendiri!
Pengganti Baby Walker #2: Jumperoo (6-10 bulan)
Bertepatan dengan namanya, Jumperoo membolehkan bayi melompat sendiri. Sudah tentu bayi anda akan berasa lebih seronok kerana dapat melakukan gerakan ini mengikut temponya sendiri.
Alatan ini sesuai bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas di mana ototnya sudah cukup kuat untuk melakukan lompatan dan hentakan kaki.
Jumperoo juga boleh berpusing 360 darjah seperti Bounce Baby, malah bayi lebih seronok kerana boleh melakukan lebih banyak gerakan tanpa dipimpin orang lain.
Pengganti Baby Walker #3 Around We Go (9-18 bulan)
Di kala umur menginjak 9 bulan, kaki bayi semakin kuat dan bayi mula ingin melakukan pergerakan yang lebih menjurus kepada berjalan. Kebanyakkan bayi sudah mula berdiri pada umur ini.
Around We Go berupa exersaucer yang dilengkapi roda yang memudahkan bayi bergerak mengelilingi meja yang dipenuhi mainan.
Mainan yang ditawarkan pula dicipta khas untuk melatih ‘fine motor skil‘ anak, hanya dengan melakukan sentuhan oleh jari jemari kecil bayi anda.
Tapi jangan khuatir ya ibu, bayi hanya boleh melakukan pergerakan di sekeliling meja yang disediakan sahaja. Maka anda tidak perlu risau risiko anak hilang dari pandangan anda.
Pengganti Baby Walker #4 Push Walker (12 bulan ke atas)
Push walker merupakan alat permainan yang membolehkan anak belajar berjalan dan menguatkan otot secara semula jadi. Alat ini berupa mainan beroda yang perlu ditolak oleh anak untuk digerakkan.
Penggunaan alat ini membolehkan anak belajar menyeimbangkan badan dengan berpaut pada pemegang yang disediakan. Anak akan jadi lebih yakin untuk melakukan pergerakan ke depan dan sekaligus mula belajar berjalan!
Walau bagaimanapun ibu bapa harus mengajar anak untuk memegang pemegang dengan betul dahulu sebelum memberi peluang kepada anak untuk melakukan sendiri aktiviti ini. Pastikan lekapan tangannya kuat sebelum memulakan ‘pemanduan’.
Menarik bukan? Namun perlu diingat, penggunaan sebarang jenis walker atau seumpamanya haruslah di dalam pengawasan orang dewasa. Jangan sekali-kali membiarkan anak terlalu lama bermain berseorangan pula ya!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan ia dengan pasangan. Mana tahu dapat pengganti baby walker yang baru!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sewamainandepok