Bapa Maut Ketika Cuba Menyelamatkan Anaknya Terjun Bangunan Dari Tingkat 25

Melihat anak gadisnya ingin terjun dari bumbung bangunan 25 tingkat, bapanya cepat-cepat cuba untuk menyambut anaknya dari tingkat bawah, malangnya si bapa maut dihempap anaknya itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gara-gara tidak sependapat dengan bapanya, gadis remaja berusia 15 tahun ini mengambil keputusan untuk terjun dari bumbung bangunan 25 tingkat.

Apa yang lebih menyedihkan adalah pengorbanan ayah untuk menyelamatkan anak gadisnya itu mengundang maut. Kedua-duanya disahkan mati mengikut laporan Mothership. 

Melihat anak gadisnya ingin terjun dari bumbung bangunan 25 tingkat, bapanya cepat-cepat cuba untuk menyambut anaknya dari tingkat bawah, malangnya si bapa maut dihempap anaknya itu. 

Kejadian yang bertempat di jalan Yuchan, China itu mendapat banyak rakaman daripada netizen. Dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut. 

Foto: Mothership

Kerana tidak mahu menyertai kelas piano

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang membuatkan remaja ini bertindak untuk terjun bangunan 25 tingkat itu dipercayai kerana tidak mahu menyertai kelas piano yang telah ditetapkan bapanya. 

Malah kelas muziknya itu terletak dibangunan yang sama di tingkat satu. 

Ini sebab mengapa hubungan anak perempuan dan ayahnya cukup istimewa

#1. Ayah lelaki pertama hadir dalam hidup anak perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Sebab itu apa yang ingin dilakukan pasti akan meminta restu dan persetujuan ayah terlebih dahulu.

Bagi anak perempuan, selain ibu, ayah adalah insan yang perlu dihormati dan disegani. Bahkan, sikap kebaikan ayah pada keluarga cukup dikagumi anak perempuan.

Ada juga orang mengatakan, biasanya, semasa kecil anak perempuan lebih rapat dan manja dengan ayah. Oleh sebab itu, kasih sayang pada ayah tak pernah hilang walaupun sudah besar. 

#2. Ayah protektif pada anak perempuan 

Ayah merupakan seseorang yang protektif pada anak perempuan. Sebab itu, tak ada siapa pun yang berani berbuat jahat atau mengusik anak perempuannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terutama bila ayah sentiasa disamping anak perempuan, orang yang berdekatan pun tak berani nak usik! 

#3. Sayang ayah pada anak perempuan melebihi orang lain 

Hubungan ayah dan anak perempuan, hubungan erat, hubungan ayah dengan anak, hubungan bapa dan anak perempuan, jaga hubungan baik ayah dan anak perempuan, ayah role model anak perempuan

Anak perempuan adalah istimewa di hati ayah bahkan melebihi isteri. Jika anak sakit seperti demam atau batuk-batuk. Ayahlah insan yang paling risau. Itulah antara pengorbanan ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang sampai tak senang duduk memikirkan anak perempuan yang tak sihat itu. Bahkan, bila anak perempuan nak apa-apa semuanya akan dipenuhi dengan segera kerana kasih dan sayang yang tak berbelah bahagia pada anak perempuan.

Sebab itu, segala kebaikan ayah akan dikenang si anak dan sentiasa menjaga hubungan ayah dan anak perempuan ini. 

#4. Anak perempuan melontarkan semua kasih sayang pada ayah 

Anak perempuan menyayangi semua orang yang dekat dengan dirinya. Terutama si kecil yang berusaha buat ayah berasa bangga terhadap dirinya seperti menunjukkan kertas ujian sekolah dengan markah tinggi, mengajak ayah ke taman permainan atau berbuat sesuatu perkara dengan baik. Apabila ayah tersenyum anak perempuan akan rasa cukup bahagia. 

#5. Ayah sayang anak perempuan melebihi anak lelaki 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan salah anggap pula, seorang ayah sayangkan semua anaknya tapi cuma anak perempuan dapat lebih sikit.

Terutama bila anak bongsu adalah perempuan jadi segala kemahuan si kecil akan dipenuhi macam belikan mainan anak patung, bawa berjalan-jalan atau bermain masak-masak dengan si kecil. Semuanya akan dipenuhi walaupun penat juga layan kerenah anak perempuan itu. 

Berbeza pula dengan anak lelaki, apabila dewasa mereka akan ada sedikit berbeza pendapat dengan ayah tapi anak perempuan tidak walaupun sudah dewasa mereka masih memerlukan ayah untuk memberi nasihat dan pendapat. Dan pengorbanan ayah pada anak perempuannya memang sehingga akhir hayat mereka, kerisauan mereka terhadap anak perempuan tiada kesudahan, jadi sayangilah orang tua anda sebaiknya sementara mereka masih ada.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Mothership

Baca juga:

Lihatlah bagaimana murni cinta seorang ayah pada anak perempuannya