Ayah Ini Sanggup Tolak Rawatan Kanser Demi Biayai Rawatan Kanser Anaknya Sendiri, Sedihnya!

Demi anak kesayangan, si bapa sanggup mengetepikan rawatan untuk dirinya sendiri, hingga beliau maut. Besarnya pengorbanan ayah ini....

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seorang lelaki menjadi ayah, pastinya banyak perkara yang berubah dalam kehidupannya. Malah pengorbanan ayah memang tiada tolok bandingannya apabila melibatkan kegembiraan anak-anak.

Ayah sanggup melakukan apa sahaja selagi nyawa dikandung badan. Tapi, seorang ayah dari China ini telah membuat pengorbanan yang paling menyayat hati…

Pasangan Bapa-Anak Mengidap Kanser

Menurut laporan pada 10 Mac, sepasang anak beranak dari China telah disahkan menghidap kanser yang boleh menyebabkan maut. Anaknya, seorang pelajar perempuan dari Henan Normal University yang berusia 21 tahun menghidap kanser limfoma sejak tahun 2015.

Diagnosis terhadap gadis tersebut, Sun Ying, hanya diketahui setahun selepas ayahnya disahkan menghidap kanser paru-paru pada tahun 2014.

Pengorbanan Ayah Yang Tiada Tandingannya

Keluarga mereka tidak mampu untuk membiayai rawatan untuk kedua-dua anak beranak tersebut, dan si ayah telah membuat keputusan muktamad yang mengejutkan semua orang — dia ingin melepaskan rawatan perubatannya sendiri demi membayar bil perubatan anak perempuannya!

Ya, oleh kerana pendapatan keluarga itu tidak berapa baik, bapanya memutuskan untuk tidak meneruskan rawatan kansernya dan sanggup menggunakan wang tersebut bagi pemindahan sel stem Sun Ying yang diperlukan untuk keadaannya.

Akhirnya pada Disember 2015, bapanya meninggal akibat kanser yang semakin merebak. Hebatnya pengorbanan ayah ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

30 Sesi Kemoterapi

Dari tahun 2015 hingga 2018, Sun Ying menjalani lebih 30 kemoterapi dan 20 sesi radioterapi tanpa mengabaikan pelajarannya, menurut laporan media China.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah sekolah mahupun rakannya tidak menyedari tentang keadaannya yang sakit kerana dia hanya menjalani rawatan di hospital pada hujung minggu supaya dia boleh menghadiri kelas.

Rakan-rakan sekelasnya hanya tahu yang dia terpaksa menjalani pembedahan dan seringkali tidak sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah bertungkus lumus dengan pelbagai cabaran, berulang-alik dari hospital dan sekolah, dia berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Namun walaupun hasil kerja kerasnya di sekolah sangat bagus, namun berbeza pula dengan hasil rawatan kansernya.

Dalam tempoh 3 tahun, sakitnya menyerang 3 kali menyebabkan dia hampir berputus asa, malah hidupnya hanya berbaring di tempat tidur selama 5 bulan dengan demam 40 darjah. Keadaan ini menyebabkan ibunya terpaksa memohon cuti lanjutan dari pihak sekolah.

Atas hal inilah akhirnya penyakitnya diketahui oleh para guru dan rakan-rakannya, yang bertindak mengadakan kutipan derma dan menyumbang sebanayak 100,000 yuan untuk rawatannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selepas melihat usaha semua orang untuk menolong saya, saya semakin kuat dan tidak mahu menyerah. Walaupun saya mati, saya tidak sanggup untuk meninggalkan ibu saya,” katanya.

Catat Pengalaman Kanser Dalam Diari

Disebabkan hobinya adalah melukis, Sun Ying telah melakarkan pengalamannya berlawan dengan kanser di dalam sebuah buku. Melalui komik yang berwarna-warni itu, dia kemudian memuat naik ke Weibo dan berkongsi perjalanannya didiagnosis serta rawatan seterusnya untuk kanser.

Sun Ying berharap dapat membawa harapan kepada pesakit kanser lain seperti dirinya melalui lukisannya, dan memberi semangat kepada mereka untuk menjalani rawatan.

Tabahnya gadis ini! Pengorbanan ayah Sun Ying pasti lebih bermakna apabila rawatan ini berjaya.  Semoga Sun Ying sembuh dengan segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang paling sukar apabila menjadi ayah?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Asiaone

Baca juga

https://my.theasianparent.comjenis-kanser/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman