Pengorbanan wanita bergelar isteri memang cukup bermakna buat insan bergelar suami kerana bila adanya isteri, suami lebih bersemangat bekerja demi menyara keluarga cinta.
Walau bagaimanapun, pengorbanan wanita ini bukan hanya pada isteri sahaja tapi ibu juga merupakan seorang yang sangat tabah membesarkan anak-anak. Cuba bayangkan kehidupan tanpa ibu? Mungkin kita tidak dapat membesar dengan kasih sayang, bukan?
Bahkan, ibu juga seperti superhero yang boleh melakukan segala-galanya. Bermula dari pagi, ibu membanting tulang menguruskan persekolahan kita, menyediakan sarapan, menghantar ke sekolah, mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan banyak lagi tugas yang dilakukan ibu setiap hari.
Meskipun ramai yang berpendapat bekerja adalah tugas yang melelahkan, namun tanpa kita sedar hakikatnya tugas isteri dan para ibu di rumah juga berdepan dengan pelbagai cabaran.
Atas sebab itu, seorang lelaki bernama Withawat Kosallawat tergerak hati untuk melihat kamera CCTV yang dipasang di rumahnya supaya dapat melihat apa yang dilakukan isteri dan anak mereka. Kemudian dia berkongsi kisah ini di laman facebook miliknya.
Suami terharu dengan pengorbanan wanita bergelar isteri
Dalam nota yang dimuat naik dalam Facebook, dia mengucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukan oleh isterinya demi anak dan suami.
Kemudian dia menambah dan mengatakan ini:
Jika anda keluar bekerja dan berasa letih, jangan pernah berfikir yang isteri di rumah tidak melakukan apa-apa. Anda mesti mengubah tanggapan buruk ini. Sedangkan, mereka bersusah payah menguruskan segala kerja di rumah. Bahkan, keletihan kita tidak boleh dibandingkan dengan isteri.
Lantas itu, ramai pengguna Facebook yang lain turut berkongsi luahan lelaki ini dan memuji dirinya yang berjaya menjadi suami dan bapa yang baik.
Disebabkan posting yang dimuat naik viral, isterinya Cik Kamolthip turut berkongsi rasa yang sama dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya dan semua yang meninggalkan komen positif pada mereka sekeluarga.
10 Cara Menghargai Isteri Dengan Betul, Suami Patut Amalkan
#1. Sentiasa memeluk isteri
Biarpun isteri tidak pernah meminta, tapi sebagai suami, anda harus selalu memeluk dirinya dengan memanjakan mereka supaya dia sentiasa rasa dihargai.
#2. Sesekali bawa anak keluar
Meskipun ini nampak mudah, namun pada hakikatnya isteri akan rasa sedikit lega apabila suami mengambil alih tugas menjaga anak buat seketika. Sekaligus ia dapat memberi ruang pada isteri untuk berehat.
#3. Ajak makan malam di luar
Kadang-kadang isteri akan rasa terbeban untuk menyediakan makan malam setiap hari, maka tidak salah jika sesekali suami ajak mereka makan di luar sekaligus dapat mengubat keletihan mereka.
#4. Layan isteri dengan baik
Bukan masa bercinta saja perlu layan mereka dengan baik tapi selepas berkahwin sikap ini lebih dipuji bahkan mendapat pahala berlipat ganda.
#5. Solat bersama isteri
Jadilah imam untuk isteri bersolat setiap hari dan ia boleh membuatkan mereka rasa dilindungi.
#6. Pendengar setia
Setelah pulang dari tempat kerja, luangkan sedikit masa mendengar atau berbual bersama isteri. Dengar apa yang mahu dikongsikan meskipun ia mungkin berkaitan soal anak-anak atau barang dapur yang sudah habis. Bagi isteri, suami adalah individu yang paling dekat dengan mereka.
#7. Hargai isteri
Bukanlah hadiah mahal yang diperlukan, tapi cukuplah anda memberi sedikit penghargaan kepada mereka seperti mengucapkan terima kasih, memberi kucupan mesra, memuji kecantikan mereka dan lain-lain.
#8. Keluar dating
Ya, anda juga boleh mengajak mereka keluar dating seperti menonton wayang. Tentu ia membuatkan mereka teruja.
#9. Menghormati diri mereka
Jangan sesekali memperkecilkan atau perlekehkan mereka kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut anda mungkin boleh mengguris perasaan isteri. Tapi lontarkan kata-kata yang lebih berunsur motivasi dan semangat supaya dia tidak rasa terhina.
#10. Minta maaf
Akhir sekali, tidak salah jika suami mulakan dulu untuk memohon maaf bahkan ia tidak mencalarkan ego dan kelakian anda.
Bahkan ucapan maaf itu sangat besar bagi sesebuah perhubungan suami isteri kerana setiap manusia tidak dapat lari dari berbuat salah.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: The Smart Local, Her Inspirasi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Akibat nak dilihat perfect, akhirnya wanita ini alami stres melampau! Baca perkongsiannya…