Kasihan, Ibu Ini Terlalu Kelam-Kabut Sampai 'Terlupa' Bawa Anak Naik Flight!

Tertinggal barang semasa menaiki pesawat itu perkara biasa, tetapi kes yang ini memang luar biasa. Ibu bapa sila ambil perhatian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Merupakan kebiasaan bagi penumpang pesawat untuk terlupa atau tertinggal beg kecil atau bagasi tangan di lapangan terbang.

Dalam kes sedemikian, penerbangan umumnya tidak akan berpatah balik semata-mata untuk mendapatkan barangan yang tertinggal, kecuali ia merupakan kes kecemasan.

Namun, kejadian seperti itu baru sahaja berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah baru-baru ini selepas seorang ibu yang berasal Saudi ‘lupa’ tentang bayinya di lapangan terbang dan terus menaiki penerbangan Arab Saudi Airlines.

Malah pesawat telah pun berlepas!

Pesawat Berpatah Balik Ke Lapangan Terbang Kerana Penumpang Pesawat Tertinggal Anak!

Wanita tersebut menyedari dia tertinggal bayinya di ruang menunggu hanya selepas pesawat itu telah berlepas dari lapangan terbang, menurut laporan Gulf News.

Apabila dia menyedari perkara tersebut, ibu yang kerisauan itu memaksa juruterbang berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz dengan segera.

Menurut laporan, Penerbangan SV832 dari Jeddah ke Kuala Lumpur itu telah berpatah balik selepas seorang penumpang wanita memaklumkan pada anak kapal kabin yang dia lupa bayinya di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pegawai ATC tersebut, selepas mencatatkan nombor pesawat, telah bertanya kepada rakan kerjanya tentang protokol yang perlu digunakan. Tambahan lagi, disebabkan insiden itu suatu yang hampir tidak pernah berlaku, semua pihak pada awalnya agak teragak-agak untuk memikirkan protokol yang sewajarnya.

“Pesawat ini meminta untuk berpatah balik… ada seorang penumpang tertinggal bayinya di ruang berlepas, kasihan…,” katanya yang terpaksa bertanya kembali tujuan permintaan juruterbang itu untuk pengesahan. “OK, patah balik ke pintu (pelepasan). Ini suatu yang baru bagi kami!”

Lihat video viral tersebut di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan yang juruterbang itu akhirnya berpatah balik. Dalam ruangan komen pada video yang tular itu, juruterbang berkenaan dipuji kerana sifat ihsan dan kemanusiaannya atas usahanya mengendali situasi tersebut.

5 Tips Elak Tertinggal Barang Semasa Travel

  • Buat senarai barangan yang anda mahu bawa, khususnya yang penting untuk tujuan anda pada percutian tersebut. Semak senarai sebelum masuk ke dalam pesawat.
  • Letakkan barang berharga pada beg yang sentiasa bersama anda, contohnya pasport dan barangan kemas.
  • Sediakan satu set persalinan dalam beg yang dibawa masuk ke kabin, ini bagi menyediakan anda untuk tidak sehelai sepinggang sekiranya anda tertinggal beg pakaian.
  • Minta rakan atau keluarga untuk ingatkan anda sekiranya ada barang penting yang ada perlu bawa.
  • Double check! Sentiasa periksa 2 kali atau lebih sebelum memasuki kabin.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila saya boleh travel dengan bayi?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Brightsideme

Baca juga

https://my.theasianparent.comstroller-yang-sesuai-untuk-travel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman