Dah Tengok Bentuk Najis Anda Hari Ini? Proses Penyahtinjaan Penting Untuk Tahu Kesihatan Usus Anda!

Ramai yang mengelak untuk bercakap tentang proses penyahtinjaan yang dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda mengambil berat tentang proses penyahtinjaan anda? Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat kita kurang memberi perhatian terhadap proses ini tetapi sebenarnya ia amat penting kerana ia berhubung kait dengan aspek kesihatan.

Tahukah anda bentuk najis yang dikeluarkan juga petanda usus sedang mengalami masalah atau sebaliknya.

Proses penyingkiran tinja atau najis adalah daripada bahan melalui dubur. Tinja ialah sisa-sisa makanan yang tidak dihadam di dalam perut selepas makan. Makanan yang dihadam akan diserap oleh usus kecil, manakala sisa-sisa makanan menjadi tinja di dalam usus besar dan dikeluarkan melalui dubur.

Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pakar nutrisi di laman Twitter, @JazeeraJulaili, beliau mengatakan ada beberapa jenis najis yang paling sihat untuk seorang manusia hasilkan. Jadi pastikan untuk periksa selepas membuang ya!

Jenis-Jenis Najis Mengikut Kesihatan Usus

Yes i do take “penyahtinjaan” seriously. Because that shows how your body works. Dari our poo boleh tengok keadaan usus berdarah ke atau ada infection ke. Lepas ni habis saja membuang, check “keadaan” poo you all. Yang normal hanya 3 dan 4 sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang lain either sembelit atau cirit birit. If nak tahu yang paling normal and gold standard of poop is Type 4. Nombor 1 dan 2 is an indicator of constipation atau sembelit. Tahi jadi keras dan boleh berlaku buasir. Jaga-jaga ya, diarrhoea on the other hand, bahaya juga kalau dibiarkan and even can cause fatality. Sebab tu bila cirit birit kena replace cepat-cepat electrolyte yang hilang, minum banyak air.

Untuk pengetahuan anda, Type 5, 6 dan 7 itu can be symptoms of AGE/food poisoning.

Secara purata, seseorang yang mempunyai penghadaman yang sihat akan membuang air besar di mana-mana waktu setiap hari hingga tiga kali sehari. Jika kurang dari itu, ini boleh menjadi petanda anda kemungkinan mengalami sembelit.

Ada beberapa faktor yang menentukan usus yang sihat serta najis yang sihat iaitu pemakanan, pergerakan, air dan pengambilan probiotik atau prebiotik. Ramai yang lupa tentang pergerakan, apabila badan tak bergerak aktif, usus lagi susah nak mencerna makanan yang diambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda Anda Mengalami Sembelit

Ramai yang mengaitkan sembelit dengan kurang makan sayur walaupun terdapat banyak sebab lain termasuk gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah itu.

Banyak makan sayur dengan tinggi kandungan serat termasuk minum air mencukupi bukan jaminan seseorang bebas daripada sembelit.

Antara tanda anda mengalami sembelit adalah buang air besar kurang tiga kali seminggu, perubahan secara tiba-tiba corak amalan buang air besar, najis keras dan sukar dikeluarkan serta perut kembung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Puncanya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti :

  • Diet tidak menentu
  • Kurang makan sayuran atau serat
  • Kurang bersenam
  • Tekanan
  • Mengembara ke tempat baharuKehamilan
  • Hormon
  • Tabiat merokok
  • Usia lanjut
  • Kurang tidur

Anda boleh mengatasinya dengan makan banyak sayur, 25 gram serat sehari, makan buah-buahan, kurangkan makanan diproses seperti daging dan sosej, makan makanan segar, dan minum banyak air.

Bersenam sekurang-kurang berjalan kaki selama 30 minit setiap hari dan jangan tahan bila terasa hendak membuang air besar (sebaiknya dua kali sehari).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi selepas ini jangan mengambil ringan tentang proses penyahtinjaan anda ya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jenis Tahi Bayi Yang Normal & Tidak Normal, Ibu Kena Peka Pada Warna Najis Si Manja

Baca juga : Najis Hitam Ketika Hamil Boleh Berpunca Daripada Pengambilan Ubat, Adakah Ia Bahaya?

Baca juga : Najis Bayi Lebih Keras Sejak Makan Makanan Pejal, Perlukah Saya Risau?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi