Penyakit Ain Pada Bayi & Anak Kecil: Kenali Tanda, Ciri & Cara Menyembuhkannya

undefined

Penyakit ain boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah bayi. Ia berpunca daripada pandangan mata, disertai sifat iri atau rasa takjub

Pernah tak anda dengar nasihat dari keluarga atau rakan-rakan supaya jangan tayang gambar anak di media sosial? Jika anda pernah menerima teguran sebegini, jangan mudah melenting. Ini sebenarnya ia mungkin berkaitan dengan penyakit ain.

Bagi anda yang kurang pemahaman akan penyakit ain bayi, ia sebenarnya penyakit berpunca daripada pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang.

Apa itu penyakit ain

Penyakit Ain Pada Bayi & Anak Kecil: Kenali Tanda, Ciri & Cara Menyembuhkannya

Memetik daripada laman Mufti Wilayah Persekutan, penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),

Penyakit ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub pada sesiapa yang memandang.

Ianya boleh terjadi sama ada dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. Ia boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).”

‘‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.”

“‘Ain boleh terjadi dengan rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walau) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).”

Menurut Ibn al-Qayyim, ”Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain, tanpa melalui penglihatan.

Bahkan kadangkala ada orang buta, kemudian diceritakan tentang sesuatu kepadanya lalu jiwanya boleh menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu. Ada banyak penyebab ‘ain yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.”

Ini bermakna penyakit ain bayi atau orang dewasa juga boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.

Boleh membuatkan jatuh sakit

Isu ini ada dikongsi oleh pengasas Team Tazkirah, Mustaqim Ahmad di Instagram, yang menerangkan sebab kenapa sesetengah ibu dihalang berkongsi gambar dan kaitannya dengan penyakit ain bayi:

“Jangan post gambar baby yang baru beranak. Dalam beberapa minggu, kalau nak post silakan.”

Saya pernah dengar nasihat orang ini dulu. Tapi saya tak berapa faham mengapa. Setahu saya tak ada pula dalil haram muat naik gambar baby baru lahir. Selepas saya buat rujukan. Rupanya ini ada kaitan dengan penyakit ain bayi atau pun penyakit mata.

“Penyakit mata? Kenapa dengan mata?”

Bukan sakit mata. Penyakit ‘ain ini adalah pandangan manusia yang penuh dengan takjub atau cemburu hinggakan ia beri kesan kepada yang dipandang. Dengar macam tak logik.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW:

“Penyakit ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim)

‘Ain ini betul. Dan bahaya juga. Dan tak boleh kita ambil remeh. Ia terjadi apabila orang pandang kita dengan takjub / kagum ataupun dengan cemburu. Hinggakan kita ini jatuh sakit.

Ibnu Abbas pernah berkata:

“Dikatakan bahwa Fulan terkena ‘ain , yaitu apabila musuh atau orang-orang dengki memandangnya lalu pandangan itu mempengaruhinya hingga menyebabkannya jatuh sakit.”

Tanda penyakit ain pada bayi

Menurut pensyarah di sebuah universiti yang dikenali sebagai Ustaz Shams ada beberapa tanda penyakit ‘ain jika ia berlaku pada bayi dan kanak-kanak. 

Antara tanda penyakit ain pada bayi adalah:

  • Badan panas bukan kerana sakit 
  • Tanda terkena penyakit ain: Bayi selalu menangis
  • Bayi tidak mahu menyusu dengan ibunya
  • Ciri ciri penyakit ain: Kurus kering seperti kurang makan tetapi selalu makan
  • Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas
  • Tanda terkena penyakit ain: Denyut jantung yang tak teratur dan terkadang sangat kencang
  • Anak tidak boleh fokus
  • Ciri ciri penyakit ain: Denyutan jantung yang tak teratur dan terkadang sangat kencang
  • Tanda terkena penyakit ain: Anak degil dan tidak suka ikut cakap ayah

Ibu dihalang muat naik gambar scan baby

Salah seorang pengguna komuniti theAsianparent telah mengemukakan soalan berkenaan penyakit ain setelah ditegur oleh rakannya.

Menurutnya, dia ditegur agar tidak memuatnaik gambar scan kehamilannya, kerana berkemungkinan penyakit ain bayi.

penyakit ain

Posting dari pengguna yang menggunakan nama Adjie Abit itu mendapat 25 komen dari pengguna lain yang rata-ratanya bersetuju dengan kebenaran penyakit ini.

Malah seorang pengguna, Nur Hieda, berkongsi tentang pengalamannya penyakit ain bayi pada anak saudaranya.

Kene percaya sis, sb ada hadis yg mention, sy sepanjang pgnent xpernah up any pictures, smpai la anak cukup 44 hari.. Sy kasi contoh terdekat ye, anak buah sy suka sgt update pic anak dia, hari2 plak tu, bdk tu elok je sehat, tp suddenly dpt demam, normal la demam kan, tp ni demam yg berpanjangan, even doc klink biasa xmampu nak ubatkan, smpai kene pg specialise.. Nauzubillah semoga kita semua dilindungi dari panahan mata jahat..

Berikut komen-komen dari pengguna lain:

cara mengobati penyakit ain sendiri

Ramai yang menegaskan yang penyakit ini ada sebenarnya dan orang ramai terutamanya ibu baru perlu sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang ditonjolkan kepada masyarakat. Ini termasuklah bayi yang masih di awal usia atau masih dalam kandungan.

Punca ain pada anak kecil

Punca ain kadang bukan kerana ada sifat iri hati. Tapi dengan terlampau takjub pun boleh jadi penyakit ain.

Sebab tu apabila baby baru lahir, mereka ini masih suci. Comel. Kita upload gambar mereka hingga ditatap oleh manusia.

Kita tak tahu mungkin ada yang akan lihat dengan penuh takjub atau mungkin dengan penuh iri hati. Kita risau bayi itu akan kena penyakit ‘ain. Maka sebab itu afdal kita tidak berkongsi atau memuat naik gambar si kecil untuk tatapan umum.

Sebab tu kita jangan terlalu rasa takjub atau iri apabila lihat anak-anak atau harta milik saudara kita. Takut kita yang menjadi puncanya.

Doa penyakit ain

#1. Doa untuk mengelakkan ain

panahan mata

Maksud doa penyakit ain:

“Apabila seorang dari kalian melihat sesuatu dari saudaranya, atau melihat diri saudaranya, atau melihat hartanya yang menakjubkan, maka hendaklah ia mendoakan keberkahan untuk saudaranya tersebut, karena sesungguhnya penyakit ‘ain benar-benar ada.” (HR. Ahmad)

#2. Doa menghindari penyakit pandangan mata

أُعِيْذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ. اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَلَا تَضُرَّهُ

U‘îdzuka bikalimâtillâhit tâmmati min kulli syaithânin, wa hâmmatin, wa min kulii ‘ainin lâmmah. Allâhumma bârik fîhi, wa lâ tadhurrah.

Maksud doa penyakit ain: “Aku menyerahkan perlindunganmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari segala gangguan syaitan, binatang/serangga, dan segala pengaruh mata jahat. Tuhanku, turunkan keberkahan-Mu pada anak ini. Jangan izinkan sesuatu membuatnya celaka.”

#3. Mengucapkan kalimah pujian kepada Allah

Selain daripada membaca doa penyakit ain, anda juga amat digalakkan untuk sentiasa mengiringi pujian kepada orang lain dengan lafaz:

  • TabarakAllah (تبارك الله) 
  • Masha’Allah (ما شاء الله).
  • Kemudian disempurnakan wuduk dengan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas tiga kali selepas Subuh dan selepas Maghrib.

Cara menyembuhkan penyakit ain

Ada beberapa cara menyembuhkan penyakit ain melalui rawatan secara syar’ie, iaitu:

1. Cara menyembuhkan penyakit ain dengan ruqyah atau doa

Jika ain (punca ain) tidak diketahui maka ma’yun atau mangsa dirawat dengan cara ruqyah. Kaedah ruqyah hampir sama dengan ruqyah melawan pengaruh jin. Cuma ada beberapa cara dan doa yang khusus berkaitan penyakit pandangan mata ini.

“Wahai Rasulullah, Bani Ja’far mengidap penyakit ain, bolehkah kami meminta mereka ruqyah? Nabi menjawab: ya boleh. Jika ada orang yang dapat mendahului takdir, itu adalah aain” (HR. Tirmidzi)

Doa penyakit ain yang dibaca oleh Malaikat Jibril ketika meruqyah Rasulullah SAW adalah seperti berikut:

Bissmillahi arqikamin kullisyai’in yu’dziika min syarrikulli nafsin au’aini khaasidillahu yasfiika mismillahiarqiika.

Ertinya: “Dengan nama Allah, aku ruqyahkan kamu dari segala yang menyakitimu, dan dari kejahatan setiap jiwa atau pandangan orang yang dengki. Semoga Allah SWT memberi kesembuhan. Dengan nama Allah, aku merawatmu dengan ruqyahmu.”

2. Cara menyembuhkan penyakit ain dengan mandi

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: 

“Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.”

 Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: 

“Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: “Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya“Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya.

Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl.

Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”- Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)

Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)

Semoga anak-anak kita terhindar dari perkara yang buruk dan penyakit pandangan mata ini. Amin!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan dan milestone anak usia tiga minggu

Baca juga: Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Baca juga: Jenis Najis Bayi: Kenali Warna Normal Mengikut Usia, Ia Penting Kesan Sebarang Komplikasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!