Luahan Diana Danielle Yang Alami Anxiety Disorder Hingga Ganggu Pernafasan & Tubuh Badan...

Penyakit Anxiety Disorder boleh menyebabkan tubuh seseorang itu lemah hingga sukar untuk bernafas seperti yang terjadi pada pelakon popular ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, pelakon popular Diana Danielle memuat naik video di Instagram yang dia sedang menangis kerana terpaksa berhadapan dengan penyakit Anxiety Disorder atau Gangguan Kegelisahan hingga membuatnya sukar bernafas.

Diana Danielle berjuang menghadapi penyakit Anxiety Disorder 

Tidak kisah bagaimana rupa, pakaian dan rambut saya sekarang kerana ini adalah bukti untuk semua orang yang cuba menafikan keadaan ini. Mungkin anda mengatakan saya seorang yang lemah atau mengada.

Bayangkan fikiran anda, badan dan segala-galanya seolah-olah berpeluh dan jantung berdegup sangat laju lantas membuatkan anda rasa tidak berdaya. Mungkin anda mengatakan jika saya tidur, keadaan kembali baik atau jika saya makan keadaan kembali sempurna. Tapi perkara ini tidak boleh diramalkan kerana ia bermain dengan emosi dan kini saya rasa sangat letih. Jika tidak dapat bernafas, ia sangat menakutkan. Malah saya tidak pernah bermimpi untuk membuat video seperti seorang bayi menangis dan menunjukkan kepada seluruh dunia. Tapi, saya cuma ingin bercakap mengenai kesihatan mental yang mempengaruhi banyak orang lain. Saya berkongsi video ini kerana masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang penyakit anxiety. Malah ada yang malu untuk mendapatkan bantuan dari profesional bagi menguruskan penyakit yang dihadapi mereka. 

Menurut Diana lagi, ada sesetengah orang yang telah menderita anxiety hampir 10 ke 20 tahun. Sedangkan serangan panik ini boleh beralih pada masalah kebimbangan yang juga boleh berubah menjadi bentuk ketidakstabilan mental yang lain sehingga menganggu pernafasan anda. 

Apakah rawatan yang sesuai untuk merawat Anxiety Disorder? 

Menurut Prof Dr Ramli Musa dalam penulisan blognya, berdasarkan kajian klinikal, anxiety disorder adalah sejenis penyakit yang paling mudah dirawat berbanding penyakit psikiatri yang lain. Namun, rawatan lebih mudah diusahakan jika penghidap datang ke hospital berbanding merawat sendiri di rumah.

Menurut Prof Dr Ramli lagi, ramai pesakit yang boleh sembuh tanpa perlu mengambil ubat dalam jangka masa panjang. Namun, ada juga yang perlu terus ambil ubat kerana penyakit ini belum hilang sepenuhnya lagi.

Sementara itu, pesakit yang menghidap anxiety ini perlu makan ubat dan dalam masa yang sama perlu hadiri sesi kaunseling supaya cepat sembuh seterusnya boleh jalani kehidupan yang lebih bermakna.

Hal ini kerana kerisauan tentang kematian sangat kerap terjadi di kalangan pesakit anxiety dan ia tidak dapat dikawal tanpa rawatan doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, pesakit anxiety biasanya akan mengalami penurunan berat badan kerana selera makan menurun.

Adakah anxiey disorder ada kaitan dengan gangguan atau kecelaruan mental? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Ramli, jika keadaan ini berlanjutan seperti pesakit sering dilihat menangis, sedih dan kemurungan tapi ia tidaklah hingga menyebabkan seseorang itu menjadi gila. Sebab itu, Anxiety Disorder dan Schizophenia adalah dua penyakit yang berbeza.

Kami di theAsianparent Malaysia turut berdukacita dengan apa yang terjadi kepada pelakon tanahair ini. Kami mengharapkan agar pesakit yang menghidap gangguan panik ini segera mendapatkan bantuan, dan tidak malu untuk meluahkan apa yang mereka rasakan. 

Malah, kita sebagai masyarakat juga harus membuang pandangan buruk terhadap mana-mana individu yang mengaku mereka mengalami gangguan sedemikian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhir kata, diharap semua pesakit yang menghidap Anxiety Disorder atau gangguan panik ini cepat sembuh, seterusnya menjalani kehidupan yang jauh lebih membahagiakan.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Instagram Diana Danielle, Dr. Ramli Musa 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami. 

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meroyan Selepas Bersalin/ Postpartum Depression: Punca, Tanda Kemurungan & Rawatan