Rasa aneh apabila melihat kulit bayi kelihatan kekuningan dan semakin kurus. Hati-hati, ia mungkin petanda si kecil itu menghidap penyakit atresia bilier.
Apa itu penyakit atresia bilier?
Atresia bilier adalah penyakit yang menyerang hati dan hempedu. Ia terjadi kira-kira satu dalam 10,000 bayi seluruh dunia dan sering dihidapi pada bayi perempuan.
Jika ia tidak dirawat, ia boleh membahayakan kesihatan bayi tersebut.
Gejala penyakit ini boleh dikenal pasti setelah dua atau empat minggu selepas dilahirkan dan ia memerlukan perhatian pakar untuk diubati.
Secara lazimnya, sel hati menghasilkan cairan hempedu dan ia mencerna lemak lalu membawa dari hati ke usus. Kemudiannya, tubuh akan membuang kotoran tersebut.
Namun begitu, bagi pesakit Atresia Bilier, hempedu terperangkap dalam hati dan tidak dapat mengalir dengan betul, sehingga menyebabkan kerosakan sel hati dan terjadinya kegagalan hati.
Punca penyakit Atresia Bilier pada anak-anak
Kajian masih dijalankan bagi mengenal pasti penyebab penyakit tersebut menular pada anak-anak.
Namun, berdasarkan kajian terhadap beberapa orang bayi, penyakit ini terjadi kerana saluran hempedu tidak berkembang selama kehamilan si ibu. Ini juga dipanggil embryonic (fetal) biliary atresia.
Antara punca yang lain adalah kerana jangkitan semasa kelahiran oleh virus yang merosak saluran hempedu. Namun, penyakit ini boleh mengakibatkan risiko seperti berikut:
- Kelainan hati
- Masalah pada pembuluh dara vena cava inferior dan vena portal preduodenal.
- Potensi limpa pecah
- Kelainan usus atau malrotasi usus
Simptom penyakit Atresia Bilier pada anak
#1. Kuning / jaundis
- Apabila tubuh menghasilkan terlalu banyak bilirubin dan menyebabkan perubahan warna kulit dan kawasan mata putih serta selaput berlendir.
- Hal ini terjadi apabila penyakit kuning tidak dapat dirawat dalam tempoh singkat selepas dilahirkan. Itu petanda anak hidap Atresia Bilier dan perlu dirawat segera.
#2. Air kencing berwarna kuning gelap
- Apabila hati menghasilkan sejumlah besar bilirubin, ia menyebabkan air kencing berwarna gelap.
#3. Sisa buangan
Gejala lainnya adalah tahi bayi keras dan liat serta tidak berair. Hal ini kerana terdapatnya penambahan bilirubin yang tidak dibuang.
#4. Penurunan berat badan
Apabila organ hati anak bermasalah, ia menyebabkan kotoran bertimbun di bahagian perut.
Hal ini yang akan membuatkan anak kurang selera makan dan menyebabkan kehilangan berat badan.
Pemeriksaan yang boleh dilakukan
- Ujian darah: Membantu mengenal pasti masalah hati anak. Ia juga boleh merungkai penyebab penyakit kuning atau masalah organ lain
- X-ray dan ultrasound: Menunjukkan pembesaran hati atau limpa. Pemeriksaan USG juga dapat memeriksa fungsi hempedu.
- Sampel jaringan hati: Sampel hati anak akan diambil bagi melakukan rawatan terhadap penyakit atresia biliar. Selain memudahkan doktor buat keputusan ubat dan rawatan apa yang sesuai berdasarkan masalah hati tersebut.
- Pembedahan dilakukan sekiranya penyakit telah berada dalam situasi yang membahayakan. Doktor akan memeriksa bahagian yang terluka iaitu saluran hempedu, hati dan usus.
- Kolangiogram juga dapat mengenalpasti penyakit atresia bilier ini pada anak. Doktor akan suntik pewarna melalui hempudu dan ia akan bergerak ke saluran hempedu.
- Jika pewarna tersebut mengalir normal maksudnya bayi tidak bermasalah. Tetapi jika tidak mengalir dengan baik itu bererti anak menderita penyakit Atresia Bilier.
Setelah melakukan pemeriksaan di atas, doktor dapat membuat keputusan terhadap rawatan yang sesuai. Namun, penyakit ini tidak dapat sembuh 100%. T
etapi anak berkesempatan hidup dengan lebih lama dan memerlukan rawatan serta ubat-ubatan.
Rawatan penyakit Atresia Bilier
- Pembedahan ini dipanggil kasai atau hepatopoertoenterostomy.
- Dalam prosedur ini, pakar bedah akan kembalikan semula aliran hempedu dan usus.
- Pakar bedah akan membuang saluran hempedu yang rosak termasuk yang berada di luar hati.
- Setelah melakukan prosedur ini, bayi akan dirawat lagi sekitar 10 hari dan diberikan antibiotik bagi mencegah infeksi.
Nutrisi khusus untuk anak penghidap Atresia Bilier
- Makanan harus rendah lemak dan tinggi protein, mineral serta serat.
- Perlu mendapatkan suplemen vitamin tambahan yang dicadangkan doktor.
- Menambahkan minyak medium chain triglyceride (MCT) bagi meningkatkan kalori dalam makanan anak.
- Bayi yang kurang empat bulan akan minum susu melalui nasogastric yang ditempatkan di hidung dan membawa ke perut.
Kesan jangka panjang penyakit Atresia Bilier pada anak
Harus diingatkan, keberkesanan pembedahan bergantung pada kondisi hati dan perkembangan tekanan darah tinggi.
Sebahagian anak yang menjalani pembedahan kasai mungkin memerlukan penderma hati terutama jika mereka berusia bawah lima tahun.
Mungkin ada kanak-kanak yang menderita hipertensi, tekanan darah tinggi, pendarahan gastrointestinal dan pembesaran limpa.
Penelitian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa 85% anak yang menderita penyakit ini memerlukan penderma hati sebelum usia 20 tahun. Malah sekitar 15% dapat menjalani hidup tanpa penderma.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan info berguna buat anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Detik Health
Sumber: Penulis asal Kalamula Sachi. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Seorang Kanak-Kanak Maut Selepas Bertarung Dengan Penyakit Atresia Bilier