Seorang Ibu Yang Dijangkiti Corona Virus Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Pembedahan

Seorang wanita yang dijangkiti virus corona selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram secara pembedahan czer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara umumnya seluruh dunia kini mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mencegah dari penyakit berbahaya seperti virus corona dengan mengamalkan kebersihan yang lebih rapi dan pemakaian topeng muka atau hidung serta menangguhkan perjalanan ke negara China.

Seperti yang berlaku baru-baru ini apabila seorang doktor berjaya menyambut seorang bayi lelaki yang dilahirkan oleh seorang wanita yang disyaki dijangkiti dengan coronavirus melalui pembedahan caesar di Bandar Wuhan.

Doktor yang melakukan pembedahan itu berkata keadaan ibu berusia 27 tahun itu semakin merosot dan dalam masa yang sama bayinya juga mengalami tekanan.

Bahkan, wanita itu tidak dapat mendapatkan rawatan yang tepat untuk penyakitnya itu semasa mengandung kerana boleh memberi risiko tak baik ke atas bayi.

Apatah lagi, pembedahannya juga sangat berbahaya kerana ibu tersebut mengalami demam dan batuk tanpa henti sementara doktor juga berisiko untuk dijangkiti dengan coronavirus ini.

Doktor yang melakukan pembedahan itu bernama Zhao Yin yang merupakan Timbalan Pengarah di Bahagian Obstetrik dan Ginekologi di Wuhan Union Hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa melakukan pembedahan, doktor Zhao memakai dua sut, pelindung wajah dan kacamata semasa pembedahan selama satu jam itu.

Beliau menambah, dia hampir tidak dapat melihat atau mendengar apa-apa dan seolah direndam dengan peluh sepanjang memakai sut tersebut.

Buat pengetahuan anda, virus ini telah membunuh hampir 106 orang dan dijangkiti lebih daripada 6000 orang di beberapa buah negara. 

Ibu yang dikenali sebagai Xiaoyan itu semasa terkena virus corona telah masuk ke 37 minggu kehamilan. Walaubagaimanapun, jangkitan yang dialami masih dapat dikawal oleh pihak hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, bayi lelaki yang dilahirkan dengan berat 3.1 kg telah dihantar ke rumah secepat mungkin bagi mengelakkan bahaya dan terdedah kepada virus ini di hospital.

Adakah vaksin atau ubat untuk tangani coronavirus?

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad tidak ada ubat atau vaksin yang boleh dicegah melalui virus baru itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat masa sekarang, satu-satunya rawatan yang boleh digunakan untuk pesakit positif dengan virus adalah melalui kuarantin dan merawat gejala seperti batuk, selsema dan demam.

Bahkan, kerja untuk menghasilkan vaksin tersebut sedang diusahakan oleh banyak agensi di seluruh dunia.

Menurut Wall Street Journal, beberapa pembuat ubat-ubatan di Amerika Syarikat (AS) dan penyelidik di University of Queensland di Australia kini sedang bekerja keras untuk membangunkan vaksin virus ini.

Dalam masa yang sama, National Institutes of Health turut bertanggungjawab untuk penyelidikan kesihatan bioperubatan dan penyelidikan kesihatan awam serta turut menghasilkan vaksin.

Malah satu pasukan saintis di Texas, New York dan China turut bekerjasama dalam menghasilkan vaksin terbabit.

Langkah pencegahan penyakit berbahaya oleh kerajaan Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan semua Pasukan Tindakan Pantas (RRT) dan Pasukan Penilaian Pantas (RAT) ekoran wabak virus corona ini.

Pasukan ini ditugaskan menjalankan aktiviti pengesanan kontak (contact tracing activites) dan ditempatkan di fasiliti kementerian seluruh negara termasuk hospital dan klinik.

Semua kakitangan perkhidmatan kesihatan juga dimaklumkan untuk memakai pakaian lengkap perlindungan dan mengamalkan langkah pencegahan supaya dapat mengawal jangkitan optimum setiap masa.

Selain itu, kerajaan turut mengawal kemasukan pelancong asing khususnya dari China.

Syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Air dan AirAsia telah membekukan penerbangan ke Wuhan sejak wabak ini tular baru-baru ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerajaan turut mengumumkan sekatan sementara untuk kemasukan rakyat negara China yang tinggal di Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di sekitarnya.

Buat sementara ini juga kerajaan mengantung semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa semasa ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual terhadap warga China yang berada di Wuhan dan Hubei.

Langkah pencegahan penyakit berbahaya

  • Membasuh tangan menggunakan sabun
  • Menggunakan pensanitasi tangan
  • Mengenakan topeng muka
  • Mengelak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai, ladang haiwan ternakan, pasar yang menjual binatang hidup, pusat sembelihan dan tidak menyentuh sebarang jenis haiwan sekiranya berada di negara berkenaan.
  • Semasa dalam tempoh lawatan anda dinasihatkan elak daripada memakan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna
  • Berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jika terdapat simptom demam, sukar bernafas dan selsema. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Channel News Asia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.compenyakit-difteria-kanak-kanak