Bayi 2 bulan maut kerana serangan jantung, bahaya serangan jantung pada bayi

Jangan hairan, bukan orang tua sahaja yang boleh menjadi mangsa serangan jantung...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun di Malaysia kita sering dengar kisah penyakit jantung pada bayi, kita jarang dengar pengalaman bayi mendapat serangan jantung.

Tetapi pada April lalu, seorang bayi perempuan yang baru berusia 2 bulan telah meninggal dunia akibat serangan jantung semasa di West Safari Safari Park di Worcestershire, England.

Menurut laporan berita BBC, kakitangan bertugas bertindak cepat dengan memberi pertolongan cemas sehingga polis dan pegawai kecemasan tiba di taman itu. Tetapi malangnya, bayi itu tidak berjaya diselamatkan. 

Gambar ambulans helikopter yang datang untuk memberi bantuan kecemasan selepas mendapat panggilan mengenai penyakit jantung pada bayi. Sumber: Twitter

Serangan jantung boleh berlaku tanpa tanda penyakit jantung pada bayi yang nyata

Biasanya serangan jantung yang berlaku tiba-tiba selalu berlaku kepada kanak-kanak antara umur 10 hingga 19 tahun. Tetapi ia juga boleh berlaku kepada bayi di bawah umur 1 tahun.

Malah mengikut kajian, sebanyak 10-15 kes kematian bayi SIDS adalah akibat serangan jantung. 

Penyakit jantung pada bayi yang boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba

Penyebab yang paling biasa adalah:

  • Keabnormalan jantung atau penyakit jantung pada bayi seperti penyakit jantung kongenital, kelainan arteri koronari, atau sindrom Marfan
  • Perkara-perkara tak kena dalam struktur otot jantung atau fungsi elektrik
  • Jangkitan atau keradangan jantung
  • Denyutan jantung yang tidak teratur, seperti aritmia
  • Penyakit aterosklerosis jantung
  • Kecederaan pada dada
  • serang jantung akibat ubat

Malangnya, penyakit jantung pada bayi selalunya tidak dikesan awal dan hanya didiagnosis selepas bayi itu mendapat serangan. 

Selain itu, kebanyakkan kalinya ibu bapa tidak sedar keluarga mereka mempunyai sejarah penyakit jantung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: indahnyaberbagi.org

Jika ibu bapa sedar perkara ini, mereka bolehlah berbincang dengan pakar kanak-kanak tentang risiko anak mereka mendapat penyakit yang sama.

Antara penyakit jantung pada bayi yang paling biasa adalah: penyakit jantung kongenital, irama jantung yang tidak normal, obesiti, hipertensi, dadah, ubat, trauma ke dada, atau penyakit jantung yang tidak didiagnosis. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda-tanda serangan jantung tiba-tiba yang mungkin boleh berlaku pada bayi adalah: debaran jantung, kesesakkan nafas, atau apabila bayi anda selalu pengsan tanpa sebab.

Namun, ibu bapa jarang dapat mengesan tanda-tanda ini pada bayi dan kanak-kanak yang masih muda kerana ia amat sukar.

Oleh itu, jika ibu bapa mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit jantung, telah meninggal sebelum umur 50 tahun, atau selalu pengsan atau sawan, sebaik-baiknya bagitahu pakar kanak-kanak bayi anda. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: BBC NewsThe Straits TimesHospital Kanak-kanak PhiladelphiaJurnal Pediatrik Eropah

Baca juga:

Usia baru 1 minggu, tapi bayi ini menghidap 4 masalah jantung dan terpaksa jalani pembedahan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio