Penyakit jantung dan ulu hati seringkali memiliki ciri-ciri yang seakan sama. Itulah yang berlaku pada seorang doktor yang mengalami kekeliruan terhadap penyakit yang dialaminya sendiri.
Seorang doktor yang bekerja di Harvard Medical School menceritakan semula kejadian yang menimpanya disebabkan penyakit jantung dan bukannya ulu hati biasa.
Pada hari kejadian, dia melakukan kegiatan dan aktiviti berolahraga seperti biasa. Namun, tiba-tiba dia mula merasakan perutnya seolah terbakar ketika berjalan ke arah atas bukit.
Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut, dia mengambil pil ulu hati tetapi sakitnya masih tidak hilang.
Pada hari berikutnya, rasa terbakar kembali menyerang dan lebih parah hingga membuatnya sesak nafas. Terus fikirannya berfikir bahawa sakit itu bukannya disebabkan ulu hati tetapi berkaitan dengan jantung.
Doktor ini selamat kerana segera membuat pemeriksaan penyakit jantung
Sebagai ahli jantung, beliau segera melakukan pemeriksaan terhadap kondisi kesihatannya dengan rakan doktor yang lain.
Pada hari berikutnya, beliau menjalani kateterisasi jantung dan doktor menunjukkan video keadaan jantungnya secara langsung. Tiga arteri berbeza rupa telah tersumbat. Satu di antaranya menampilkan jumlah plak yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa kerana menutup alirah darah di bahagian arteri.
Keesokannya, beliau menjalani pembedahan supaya dapat menghindari serangan jantung yang lebih serius di masa mendatang. Oleh kerana cepat disedari, maka beliau selamat menjalani prosedur tersebut.
Punca penyakit jantung tersumbat
- Kadar lemak yang tinggi
- Tinggi kolesterol
- Zat-zat lain membentuk di plak arteri.
- Plak boleh pecah dan membentuk gumpalan lalu mengakibatkan aliran darah terganggu dan menghancurkan bahagian otot jantung.
Tanda dan gejala serangan jantung yang umum meliputi:
- Tekanan, sesak nafas, nyeri di bahagian dada
- Sakit dada atau lengan. Kemudian melarat ke bahagian leher, rahang dan punggung.
- Mual, gangguan pencernaan, memulas dan sakit perut
- Sesak nafas
- Berpeluh
- Keletihan
- Sakit kepala ringan atau mendadak berpusing.
Perbezaan ulu hati dan penyakit jantung
- Ulu hati cenderung lebih buruk selepas makan dan ketika baring. Namun, serangan jantung boleh juga terjadi setelah makan.
- Ulu hati dapat diatasi dengan ubat-ubatan.
- Ulu hati tidak menyebabkan gejala seperti sesak nafas.
- Serangan jantung tidak menyebabkan kembung perut tetapi boleh terjadi perut memulas sakit.
Bila patut risau?
Segera hubungi doktor jika mengalami gejala ini
- Tekanan di bahagian dada dan rasa tidak selesa.
- Rasa sakit di bahagian tubuh lain contohnya salah satu lengan, punggung, leher, rahang atau perut
- Nafas pendek dan rasa tidak selesa di bahagian dada.
- Berpeluh kesejukan
- Mual dan sakit kepala
Semua gejala di atas boleh mempengaruhi lelaki dan wanita tetapi…
- Wanita mungkin mengalami sakit rahang, mual dan muntah serta gejala lain.
- Sakit dada lebih cenderung dialami lelaki.
Diharap kita sentiasa menjaga kesihatan jantung dengan lebih baik. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compenyakit-jantung-pada-bayi