Pernah tak anda dengar tentang penyakit kelamin Herpes Genital? Ia merupakan salah satu penyakit yang mudah berjangkit melalui hubungan seksual disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV).
Apabila HSV ini muncul di atas permukaan kulit orang yang dijangkiti, maka ia mudah merebak kepada orang lain melalui kulit yang lembap, anus dan alat kelamin.
Punca penyakit kelamin herpes ini boleh berlaku disebabkan perkara berikut:
- Mengadakan hubungan seks vagina atau dubur dengan mereka yang dijangkiti tanpa alat perlindungan.
- Melakukan hubungan oral dengan mereka yang mempunyai kudis.
- Berkongsi alat mainan seks dan melakukannya dengan orang yang dijangkiti
- HSV boleh dihantar kepada orang lain meskipun tiada tanda wabak.
- Jika ibu dengan herpes ini mengalami luka semasa bersalin, kemungkinan jangkitan tersebut boleh merebak pada bayi.
Apabila mengalami penyakit kelamin herpes, pesakit akan melalui gejala tertentu seperti gatal-gatal, tidak selesa dan sebagainya. Berikut antara gejala lain yang akan dialami.
- Melepuh dan ulser pada alat kelamin
- Luka sekitar mulut
- Malaise atau rasa tidak sihat
- Mengalami keputihan
- Sakit semasa membuang air kecil
- Demam
- Nodus limfa membengkak
- Kulit melepuh kemerahan
Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dikesan melalui beberapa ujian klinikal dengan melihat lepuhan merah pada kulit di bahagian bibir faraj dan dubur.
4 Cara Diagnosis Penyakit Kelamin Herpes
#1. Ujian pengesanan antigen virus
Apabila melakukan ujian pengesanan antigen virus ini, ia dapat menentukan punca demam virus itu.
#2. Ujian antibodi
Dengan ujian ini, ia dapat menentukan jenis dan kuantiti antibodi dalam darah anda. Malah ujian ini juga dapat membantu mengenal pasti virus tertentu yang menyebabkan demam viral anda supaya doktor dapat tentukan ubat dan rawatan yang sesuai.
#3. Ujian Culture Virus
Ujian ini dilakukan sekiranya demam virus berlanjutan hampir seminggu. Caranya doktor akan mengambil sampel kecil cecair seperti darah atau air kencing yang akan dilihat melalui mikroskop.
Namun anda perlu menunggu beberapa hari untuk mengetahui keputusannya.
#4. Ujian serologik jenis khusus untuk HSV
Ujian ini dilakukan sepesifik apabila berlaku seperti berikut:
- Gejala genital dan atipikal berulang
- Diagnosis herpes genital tanpa pengesahan makmal
- Rakan kongsi dengan herpes kelamin.
- Kepekaan ujian spesifik glikoprotein G yang diluluskan oleh FDA untuk mengesan antibodi HSV-2 dan hasil negatif palsu mungkin lebih kerap pada peringkat awal jangkitan.
Rawatan yang sesuai
Berikut adalah rawatan yang sesuai bagi merawat penyakit ini
- Mandi garam : Dapat mencuci alat kelamin dan mengeringkan bahagian luka.
- Ubat tahan sakit termasuk analgesik mudah (seperti aspirin dan paracetamol).
- Memakai pakaian longgar seperti kapas yang dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan herpes.
- Minum banyak air jika anda mengalami sakit ketika membuang air kecil.
- Terapi antivirus yang paling berkesan untuk merawat herpes.
Apapun, jauhkan diri anda dari persekitaran atau aktiviti yang terdedah dengan herpes. Semoga bermanfaat.
Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Baca juga:
Pakar gesa suami isteri ambil tahu tentang penyakit kelamin baru yang boleh buat anda mandul ini!