Penyakit kemurungan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, malah ia juga bukanlah penyakit yang boleh dilihat dengan mata kasar. Ada yang mengalaminya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda fizikal.
Dalam kehidupan yang penuh mencabar kini, penyakit kemurungan nampaknya semakin mendapat perhatian, malah kesedaran masyarakat mengenainya juga semakin meningkat dan masyarakat semakin memandang serius mengenai bahaya penyakit ini.
Kadangkala, mereka yang mengalami penyakit ini juga tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berhadapan dengan kemurungan malah menganggap ia hanya susah hati biasa dan akhirnya membawa kepada kesan lebih serius seperti anxiety dan sebagainya.
Penyakit kemurungan bukan dibuat-buat
Penyakit kemurungan bukan sesuatu benda yang sengaja dibuat-buat. Ia adalah sesuatu yang memang dialami oleh mereka yang menghidapnya sama ada dalam sedar atau tidak.
Menurut Dr Zaharuddin Abd Rahman, kemurungan yang serius yang boleh mendorong pesakit membawa kepada kematian melalui bunuh diri atau apa-apa tindakan yang boleh membahayakan diri sama ada secara sedar atau tidak adalah suatu jenis ‘penyakit’ yang merbahaya.
Katanya, antara puncanya adalah terlalu berat perhatian, tumpuan, kerisauan terhadap hal-hal berkait urusan dunia yang tidak diperolehi seperti yang diingini.
Tidak dinafikan, ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyebab serta di luar kawalan. Juteru katanya, sebagai umat Islam, bagi mengelakkan kemurungan berbahaya yang berpunca dari faktor-faktor keduniaan seperti ini, maka bacalah dan amalkan doa ini:
اللَّهُمَّ َلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ
لاَ يَرْحَمُنَا
Jenis idea bunuh diri ini lebih bahaya yang mana wujudnya niat yang perancangan teliti untuk menamatkan riwayat diri sendiri. Perasaan itu boleh jadi mahu terjun bangunan, gantung diri, terjun dari tempat tinggi, lemaskan diri dalam air. Jika ada perasaan begini, elok anda dapatkan bantuan.