Bayi berisiko terkena penyakit kuning jika dilahirkan oleh ibu dengan darah jenis O?

Ibu ada darah jenis O dan sedang hamil? Jangan abaikan risiko ini jika kumpulan darah bayi anda berbeza dari ibu. Anak anda mungkin boleh terkena penyakit kuning!

Ibu-ibu yang baru bersalin selalu berdoa agar anak mereka tidak mendapat penyakit kuning pada bayi. Tapi ibu jenis darah O perlu lebih berhati-hati kerana anak yang dilahirkan anda lebih berisiko mengalami hiperbilirubinemia atau penyakit kuning pada bayi.

Dorinda Dewanti, seorang ibu baru, tidak tahu yang penyakit kuning pada bayi boleh berlaku jika anak mempunyai jenis darah berlainan dari ibu yang mempunyai jenis darah O.

Kumpulan darah Dori adalah jenis darah O, dan anaknya, Lantang, adalah jenis darah B positif.

“Pada mulanya saya ingat perkara ini tidak munasabah. Tapi selepas banyak membaca, rupa-rupanya kumpulan darah yang berbeza antara ibu dan anak boleh menyebabkan tahap bilirubin naik tinggi mendadak. Bacaan tahap bilirubin anak saya pada masa itu naik sehingga 14 dan terpaksa menjalani rawatan fototerapi selama beberapa hari,” kata Dori memberitahu theAsianparent Indonesia.

Nasib baik, selepas rawatan di hospital, keadaan Lantang semakin baik.

Penyakit kuning pada bayi kerana ibu mempunyai jenis darah O.

Penyakit kuning pada bayi boleh terjadi jika ibu melahirkan anak dengan jenis darah berbeza

Salah satu ciri-ciri darah jenis O ialah dia tidak suka ‘berkawan’ dengan jenis darah lain. 

Semasa kehamilan, ibu dengan jenis darah O akan menolak jenis darah lain. Keadaan ini akan menyebabkan reaksi antigen dengan janin bukan jenis darah O sehingga mengakibatkan peningkatan jumlah bilirubin pada janin dan penyakit kuning pada bayi selepas dia dilahirkan.

Seperti yang dituliskan dalam Berita Unair, Ketua Unit Penyelarasan Kerja (UKK) II IDAI, Dr. Toto Wisnu Hendrarto, Dr., SpA (K), kadar peningkatan bilirubin pada bayi mungkin disebabkan oleh jenis darah yang berbeza di antara bayi dan ibu mereka.

Wanita hamil dengan jenis darah O berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan hiperbilirubinemia akut.

Menurut beliau, semasa proses kehamilan, pemindahkan nutrien dan oksigen berlaku dari ibu ke bayi melalui tali pusat. Jika terdapat perbezaan jenis darah antara ibu dan janin, darah ibu akan membentuk antigen untuk memusnahkan sel-sel darah merah janin.

Jika tidak dikesan dan diberi rawatan yang betul, ini boleh menyebabkan komplikasi teruk sehingga mengganggu sistem saraf otak dan meninggalkan kesan yang kekal.

Setiap wanita hamil perlu tahu jenis darah diri terlebih dahulu, untuk mencegah risiko penyakit kuning pada bayi yang serius

Inilah sebab mengapa Dr. Toto mengesyorkan setiap wanita hamil supaya perlu tahu jenis darah diri terlebih dulu, untuk mencegah risiko penyakit kuning pada bayi yang serius.

Doktor turut akan mengambil langkah berjaga-jaga apabila tahu ibu hamil adalah jenis darah O,” katanya.

Apa ibu bapa boleh buat jika berlaku penyakit kuning pada bayi?

Jika ibu hamil memliki darah jenis O dan melahirkan bayi dengan jenis darah yang berbeza, pemeriksaan lanjut perlu dijalankan, jadi ibu-ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk membawa bayi anda kembali ke hospital semula.

Penyakit kuning pada bayi akibat jenis darah yang berlainan, hanya dapat dilihat selepas hari ketiga ataupun lebih.

Kalau bayi anda diberi kebenaran dari doktor untuk pulang ke rumah, jangan lupa untuk menjemurkan bayi di bawah sinar matahari. Masa yang paling sesuai untuk melakukan ini ialah dari jam 7 – 9 pagi, selama 15 – 30 minit.

Adakah ibu jenis darah O dan pernah melahirkan anak dengan jenis darah yang berlainan? Apakah pengalaman anda? Kongsilah dengan kami di ruang komen di bawah.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

Jenis Darah Anak Berbeza Dengan Jenis Darah Anda. Mengapa?

Penulis

Rosanna Chio