Ini rupanya 6 sebabnya kenapa budak kampung jarang dapat asma

Dalam satu kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang 'terbiasa' didedahkan dengan kuman jarang menghidap penyakit asma. Adakah benar dakwaaan ini? Mari baca secara lebih lanjut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan yang dikemukan Global Initivative for Asthma (GINA), seramai 13-14 tahun kanak-kanak di Amerika Syarikat menghidap penyakit lelah atau asma iaitu seramai 11.1 %. 

Penyakit lelah atau asma ini biasanya menyerang ketika awal umur kanak-kanak. Pada awalnya akan muncul masalah pernafasan (wheezing) sebelum usia enam tahun. 

Faktor mengurangkan penyakit lelah/asm

Namun, ada beberapa faktor yang terbukti mampu mengurangkan penyakit lelah pada kanak-kanak. Antaranya seperti:

  • Mempunyai bilangan adik beradik ramai. 
  • Kurang penggunaan antibiotik
  • Dihantar ke nurseri sewaktu kecil 
  • Mempunyai haiwan peliharaan sejak dilahirkan. 
  • Pernah mengalami jangkitan tertentu
  • Membesar di kawasan kampung 

Apa yang menarik di sini adalah, kanak-kanak kampung pula dilihat lebih sukar untuk mendapat penyakit lelah. Kenapa ya? 

Sedangkan, budak kampung dilihat lebih comot, bermain dengan haiwan yang berisiko, bermain dengan tanah kotor dan sebagainya. Kanak-kanak di bandar lebih rapi penjagaannya dari sudut kebersihan. 

Hal ini adalah berkaitan dengan hygiene hypothesis. 

Apa itu Hygiene Hypothesis? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: flickr.com

Hygiene Hypothesis ini adalah pendedahan kanak-kanak terhadap kuman dan jangkitan tertentu membantu perkembangan sistem imun badan. 

  • Mengajar tubuh untuk membezakan bahan yang tidak berbahaya daripada bahan yang boleh mencetuskan penyakit lelah atau asma. 
  • Secara teori, pendedahan terhadap kuman mengajar sistem imun untuk bertindak balas secara berlebihan. 
  • Tindak balas imun ini terkait dengan perkembangan penyakit lelah, asma, alahan dan autoimun.

Sebelum lahir, sistem imun bayi tidak diaktifkan bagi mencegah daripada menolak tisu ibu. Begitu juga antibodi yang dibekalkan oleh ibunya. 

Tetapi setelah dilahirkan, sistem imun bayi akan mengambil alih bagi belajar cara menjaga diri sendiri daripada sebarang penyakit tertentu. 

Lebih mengejutkan, persekitaran yang bersih dikatakan tidak memberikan pendedahan kepada kuman yang boleh mendidik sistem imun badan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Molekul bakteria mendidik sistem imun 

Kredit: santai-santai

Penyakit lelah ini berkemungkinan berlaku apabila tahap endotoksin LPS yang rendah di rumah. LPS ini adalah molekul bakteria yang merangsang dan mendidik sistem imun. 

Sementara itu, bayi yang tidak cukup terdedah kepada LPS boleh menjadi perkara pertama penyebab kepada penyakit lelah atau pencetus asma lantas menyebabkan tindak balas berlebihan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, mencegah penyakit lelah atau asma ini tidak semudah yang disangkakan seperti jangan guna sabun antibakteria, beranak ramai atau hidup di kampung. Penyakit ini adalah kesan urbanisasi yang tidak dapat dielakkan. 

Akan tetapi masih banyak kajian yang harus dijalankan bagi mendapatkan bukti yang lebih tepat dan terperinci. 

Daripada yang disebut tadi, tidaklah bermakna ibu bapa boleh abaikan kebersihan anak tapi kita perlu mengawal kuman yang dihadapi oleh bayi dahulu. 

Justeru kanak-kanak yang telah menghidapi penyakit lelah harus dijauhkan dengan sebarang punca alahan supaya asma tidak berterusan dan dalam keadaan terkawal. 

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga

https://my.theasianparent.compenyakit-asma/