Sempena bulan Oktober iaitu bulan kesedaran mengenai penyakit payudara berkaitan kanser (Pinktober) antarabangsa, kami ingin mendedahkan beberapa pengetahuan yang mungkin anda sendiri tidak tahu.
Kanser payudara adalah penyakit yang berada di ranking pertama membunuh kalangan wanita di Malaysia. Dikatakan 1 daripada 20 wanita berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini.
Bahaya penyakit payudara, pengesanan awal dapat mengurangkan risiko
Pada tahun 2018, hampir 2 juta wanita di Malaysia telah didiagnos menghidap kanser payudara dalam pelbagai tahap. Angka ini amat tinggi dan menggerunkan, ia menunjukkan golongan wanita pada zaman kini amat mudah terkena penyakit pembunuh nombor 1 ini.
Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada kanser payudara?
Salah satu langkah yang penting adalah anda perlu mengambil langkah pencegahan awal. Ia boleh dibuat melalui 3 cara iaitu:
- Pemeriksaan kendiri
- Melakukan scanning (wanita berusia lebih 40 tahun layak melakukan mammogram dan wanita lebih muda dari 40 tahun, anda perlu melakukan ultrasound.
- Pemeriksaan klinikal. Pemeriksaan payudara akan dilakukan oleh pakar kesihatan.
Menurut National Health Mobility Survey yang dilakukan pada tahun 2019, 3 per 4 yang berusia lebih 40 tahun mengatakan tidak pernah melakukan mammogram sepanjang hidup mereka.
Manakala lebih daripada separuh populasi wanita berusia lebih 18 tahun turut mengatakan tidak pernah pemeriksaan kendiri yang mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan serta pengetahuan.
Pentingnya pencegahan awal
Sekiranya anda ingin melindungi diri daripada serangan penyakit payudara ini, kami nasihatkan supaya segera melakukan pengesanan awal. Dalam negara ini, ia masih belum mencapai tahap yang memuaskan.
Screening sebenarnya boleh dilakukan oleh setiap wanita, tidak kisahlah orang yang sihat, tiada simptom atau merasakan diri berisiko, semua perlulah menjalani screening.
Kebiasaannya bulan Oktober adalah paling mudah untuk melakukan screening. Hal ini kerana kebanyakan klinik mengadakan kempen Pinktober dan menawarkan harga pemeriksaan yang lebih rendah.
Bukan itu sahaja, perkara yang perlu anda ketahui adalah penyakit kanser payudara bukan hanya menyerang golongan berusia sahaja. Ia adalah mitos, sebenarnya masalah ini boleh menyerang setiap peringkat umur.
Ketika seseorang melangkah usia 18 tahun, anda sudah ada risikonya dan ia boleh bertambah seiring dengan peningkatan usia.
Di dalam negara yang berpendapatan tinggi mencatatkan 9 daripada 10 kes yang didiagnos kanser payudara boleh diselamatkan (survive). Walaupun sudah menghidap penyakit ini, rawatan awal dapat diberikan kerana mereka sudah melalui pengesanan lebih awal atau kadar screening yang tinggi.
Sekiranya kanser ini dikesan lebih awal, ia mampu meningkatkan kadar untuk diri anda survive. Walau bagaimana apabila meneliti kes di Malaysia, hanya 5 daripada 10 kes sahaja dilaporkan mampu bertahan.
Benarkah ia penyakit genetik?
Ramai berpendapat bahawa kanser payudara ini berkaitan dengan genetik. Dalam kajian juga menunjukkan siapa yang genetik BRCA 1 dan BRCA 2, lebih berisiko menghidap masalah kanser payudara.
Akan tetapi daripada kes kanser payudara di seluruh dunia, hanya 40 hingga 60 peratus sahaja yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan gen BRCA 1 dan BRCA 2. Pesakit boleh datang daripada mereka yang memiliki genetik kanser payudara dan tidak pernah ada genetik kanser payudara langsung.
Penggunaan deodoran pada setiap hari
Sesetengah wanita berasa risau akan bahaya produk yang mengandungi bahan kimia seperti deodoran, bedak tabur atau minyak wangi bagi kegunaan harian.
Sebenarnya tiada kajian menunjukkan bahawa ia benar-benar punca utama kepada kanser payudara, malah tiada kaitan langsung dengannya. Dalam hal ini, tidak ada masalah pun untuk anda menggunakan produk berkenaan secara berpada-pada.
Kesimpulannya, pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa. Sekiranya anda belum pernah melakukan screening, lakukan sekurang-kurangnya 1 kali sahaja seumur hidup supaya anda tahu tahap kesihatan diri.
Bukan itu sahaja, pemeriksaan payudara sendiri secara rutin menjadi kunci utama bagi mengesan kehadiran kanser. Hanya anda sahaja yang tahu perubahan bentuk payudara. Sentiasa mengamalkan makanan sihat bagi mengurangkan terkena risiko penyakit kanser nombor 1 di Malaysia ini.
Sumber: Mlstudio
Kredit foto: Google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkisah-isteri