Sering anda ungkapkan ”cinta tidak memandang paras rupa dan usia” kerana menyedari bahawa takdir jodoh telah ditetapkan sejak dalam kandungan ibu lagi.
Namun, bagi sesetengah orang berpendapat bahawa berkahwin dengan wanita lebih berusia adalah kurang serasi kerana mungkin kehidupan anda mungkin akan dikawal sepenuhnya oleh isteri.
Takdir jodoh dengan pasangan berusia
foto: shutterstock
Kebahagiaan tidak terbatas kepada wanita muda sahaja kerana wanita berusia kini dilihat ‘semakin laku’.
Hal ini kerana segelintir lelaki memilih wanita yang lebih tua dari usianya sebagai teman hidup kerana sedar tentang perbezaan usia ini memberikan manfaat kepada hubungan. Antaranya ialah:
#1. Kenikmatan hubungan seks
Hubungan intim anda bersama isteri yang lebih berusia dikatakan lebih memuaskan kerana mereka memiliki pengalaman yang luas dan tahu cara-cara dalam memberikan layanan yang terbaik.
Berdasarkan kajian, kemuncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30 tahun hingga 40 tahun.
Nafsu untuk melakukan hubungan seks akan lebih bergelora sekiranya wanita berkenaan sudah memiliki kerjaya yang bagus dan kewangan yang kukuh.
Hal ini kerana anda tidak berasa terlalu terbeban untuk melakukan kerja lebih masa bagi menyara keperluan keluarga.
#2. Bijak melayan kehendak suami
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan kebahagiaan dengan orang yang dicintai. Kehidupan berumah tangga bukan sekadar makan dan minum sama-sama, kerana ia lebih dari itu.
Tuntutan semula jadi dengan layanan yang cukup mesra membolehkan wanita berusia lebih memahami kehendak nafsu suami.
Tidak hairanlah setelah pulang ke rumah dari tempat kerja anda mendapati isteri yang usianya lebih tua dari anda sudah menghidangkan makan malam bersama dan mengenakan pakaian yang wangi agar anda selesa ketika bersamanya.
#3. Berkeyakinan tinggi
credit to sources
Memiliki isteri yang usianya lebih tua menjadikan anda seorang lelaki yang bertuah kerana mereka memiliki tahap keyakinan diri yang cukup tinggi.
Hal ini kerana mereka telah terbiasa bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia yang membuatkan mereka tidak berasa kekok sekiranya bersama dengan keluarga mentua.
Bukan itu sahaja, mereka juga mampu menghadapi setiap situasi dengan tenang. Malah, isteri turut membantu anda menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan sekaligus membuatkan anda bersemangat untuk terus maju dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
#4. Berfikir secara matang
Menjadi fitrah lelaki akan tertarik terhadap wanita yang berfikiran matang dalam semua perkara, bijak membuat keputusan dan memiliki sifat keibuan.
Dalam hal ini, wanita yang lebih berusia kebiasaannya menunjukkan sikap yang lebih matang dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan.
#5. Tidak bergantung kepada pasangan
Sikap berdikari yang dimiliki oleh wanita yang berusia bukanlah bererti mereka langsung tidak memerlukan pertolongan anda.
Mereka lebih memikirkan masa depan yang lebih baik wujud kerana mereka membuat persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan dalam hidup rumah tangga.
Sebagai contoh, mereka membina bisnes kecil-kecilan secara online untuk membantu anda menambahkan pendapatan keluarga serta belajar memandu.
Hal ini sekaligus mampu memudahkan anda kerana mereka tidak mengharapkan sepenuhnya kepada anda untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
#6. Bertoleransi dengan keadaan
credit to sources
Wanita berusia banyak memberi bantuan dan pertolongan dengan mempertimbangkan risiko dalam semua perkara. Perbincangan menjadi lebih mudah dengan pertolongan dan idea-idea yang cukup bernas.
Mereka juga lebih tenang dalam mengendalikan sesuatu masalah tanpa menyusahkan sesiapa. Kadangkala, pendapat dan idea yang dilontarkan tidak pernah terlintas di kotak fikiran orang lain.
#7. Menghargai hubungan cinta
Pertambahan usia selalunya mengingatkan setiap manusia semakin menghampiri kematian. Hal ini membuatkan isteri yang berusai akan menghargai setiap perkara yang dilalui dalam kehidupannya.
Oleh itu, isteri yang lebih berusia akan sentiasa berdoa dan menghargai setiap perjalanan agar cintanya kekal bersama anda.
Baginya, menghargai suami adalah perkara yang sangat penting. Kepercayaan, kejujuran dan rasa hormat akan dipegang erat oleh isteri hanya demi kebahagiaan keluarga tercinta.
#8. Sentiasa berfikiran terbuka
Usia isteri yang lebih tua dari anda menyebabkan mereka berpandangan lebih luas dan terbuka akan sesuatu perkara.
Tidak cukup dengan itu, isteri turut akan memastikan keluarga yang dibina berada pada landasan yang betul dan sempurna. Sikap suka merajuk, meminta-minta dan berfikiran sempit bukanlah sikap yang hadir dalam diri mereka.
Komunikasi antara anda dan pasangan juga menjadi lebih mudah dan telus kerana mengamalkan sikap keterbukaan ini.
#9. Memiliki wawasan hidup yang jelas
Wanita lebih tua akan membantu anda dengan pendapat dan idea yang bernas bermula dari awal pernikahan dan perancangan menyeluruh dalam membawa kebahagiaan keluarga tercinta.
Perjalanan hidup anda sekeluarga juga akan lebih terancang dan teratur dari semua aspek. Semua impian anda bersamanya akan menjadi lebih mudah untuk anda berdua nikmati.
Takdir jodoh dengan wanita lebih tua membantu anda memperjuangkan setiap impian anda bersama dengan sepenuh jiwa raga.
Sumber: Pesona Pengantin
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compasangan-muda
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!